Carian
Saturday, February 22, 2014
Monday, December 30, 2013
Menjengah 2014
Assalamualaikum w.b.t
Lama aku tak menjengah blog aku nih. Kalau blog ni bilik konpem dah penuh bersawang. Ishh3.....Kejap aje masa berlalu pergi meninggalkan kita. Pejam celik kita dah pun nak memasuki tahun baru 2014. Aku walaupun dapat cuti sebulan lebih pun berasa terkejar-kejar masa. Biasa la musim cuti akhir tahun ni memang penuh dengan undangan perkahwinan saudara mara, sahabat handai dan jiran.
Alhamdulillah, ketika aku menulis entri kali nih, aku dah pun sampai di LCCT. Tak lama lagi nak sambung lagi perjalanan ke Sibu dan seterusnya naik pulak bot ekspres ke Kapit. Lepas tu masuk lagi pedalaman sebelum sampai ke tempat aku bertugas. Itu la perjalanan aku sebagai seorang guru di pedalaman Sarawak.
Berganjak kita ke tahun baru ni, pelbagai azam baru, harapan dan impian yang bakal kita kejar untuk dicapai. Apa-apa pun diharapkan kita dapat berusaha dengan lebih gigih dan sabar dalam menempuh pelbagai rintangan yang mendatang. Akhir katamajulah sukan untuk negara bersama-samalah kita mengharungi tahun 2014 dengan lebih bermakna. See you all next time ^_^
p/s: Pasal kenaikan segala macam benda, aku dah pening dok pikiaq pasal hal ni. Pastinya rakyat marhaen berasa terbeban dan terpulang kepada kerajaan untuk memikirkan penyelesaian yang terbaik. Kita hanya mampu berdoa....
Alhamdulillah, ketika aku menulis entri kali nih, aku dah pun sampai di LCCT. Tak lama lagi nak sambung lagi perjalanan ke Sibu dan seterusnya naik pulak bot ekspres ke Kapit. Lepas tu masuk lagi pedalaman sebelum sampai ke tempat aku bertugas. Itu la perjalanan aku sebagai seorang guru di pedalaman Sarawak.
Berganjak kita ke tahun baru ni, pelbagai azam baru, harapan dan impian yang bakal kita kejar untuk dicapai. Apa-apa pun diharapkan kita dapat berusaha dengan lebih gigih dan sabar dalam menempuh pelbagai rintangan yang mendatang. Akhir kata
p/s: Pasal kenaikan segala macam benda, aku dah pening dok pikiaq pasal hal ni. Pastinya rakyat marhaen berasa terbeban dan terpulang kepada kerajaan untuk memikirkan penyelesaian yang terbaik. Kita hanya mampu berdoa....
Saturday, September 28, 2013
Fenomena Petir Catatumbo
"Petir Catatumbo" merupakan salah satu fenomena alam yang pelik.
Terletak di sungai
Catatumbo, Danau Maracaibo (Venezuela), feneomena halilintar berlaku di
langit yang mempunyai ketinggian lebih dari 5 kilometer, 10 jam dalam
satu malam dan berlaku sebanyak 280 kali perjam. Ribut yang hampir kekal
ini berlaku di atas dataran tanah paya. Kawasan
ini kerap berlaku 1.176.000 sambaran elektrik setahun dengan keamatan
hingga 400000 ampere dan dapat dilihat hingga jarak 400 km.
Peta lokasi fenomena ini |
Fenomena ini juga
digunakan oleh para pelaut sebagai navigasi(penunjuk arah). Pelanggaran
angin dari pergunungan Andes menyebabkan berlaku ribut dan petir yang
merupakan sebagai hasil dari electrical discharge melalui proses
pengionan gas-gas, terutama metana yang dibentuk oleh penguraian bahan
organik di paya.
Subscribe to:
Posts (Atom)