Carian

Saturday, June 16, 2012

SELALU MERINDU


Rindu adalah tali yang tak pernah putus
Merentang di tiang hati, di tiang mimpi
Kadangkala di singgahi burung yang mengelakkan kabut
Pada pagi dingin yang mengaburkan sinar matahari
Rindu adalah tiang yang tak pernah tumbang
Tegak di lorong kehidupan, di sepanjang labuh usia
Di situ tergantung lampu kenangan dan ingatan
Biarpun hari semakin tua dan kelam sudah bermula
Rindu adalah lorong yang tak pernah tertutup  
Dari musim ke musim ia menjadi laluan
Pengembara yang mencari cintanya yang hilang
Disitu rumput yang telah lama bertukar warna
Bunga dan daun silih berganti segar dan kuncup
Rindu adalah musim yang tak pernah tenteram
Resah datang gelisah berulang mengusik nasib
Hanya dzikir dan do’a menjadi penawar mereda pedih dan sakit
Dan sesekali puisi menjadi nyanyian yang mengharukan
Dalam senyap air mata perlahan-lahan menitik

(Nurasiyah dan Imat R.)

Segmen: Follow Weekend Bersama AjamOppical

Assalamualaikum w.b.t



Setelah berminggu gak menyepi, aku start berblogging balik. Lama tak jenguk rakan-rakan blogger. Sekali ajam dah tukar header blog dia daa..simple tapi amat menyerlah!! (ayat bodek..hahaha). Siap ada segmen baru lagi. Sori bro lambat join. Apa-apa pun trimas for the info Zam. Dalam kesempatan ni aku nak ajak saudari  ilham alwani untuk lepas sekali bersama. Jom jalan-jalan dalam dunia maya smpai mata lebam!!

Friday, June 15, 2012

Indahnya Dunia Andai Dapat Melihat

Seorang remaja yang buta kedua-dua belah matanya duduk di tepi sebuah bangunan di tengah ibu kota dengan pakaian yang kotor dan wajah yang sayu. Di hadapannya diletakkan sebuah bekas plastik dan sekeping kertas tebal yang tertulis perkataan," SAYA BUTA, BANTULAH SAYA". Di dalam bekas plastik itu hanya terdapat beberapa keping duit syiling. Hanya itu sahaja yang diperolehinya hari itu walaupun sudah 3 jam meminta sedekah di pinggir bangunan besar tersebut.
Tiba-tiba, datang seorang lelaki yang berpakaian kemas dan berdiri dihadapannya. Lelaki itu mengeluarkan beberapa keping duit syiling dari poketnya dan memasukkan ke dalam bekas plastik di hadapan remaja tersebut. Kemudian, lelaki itu menterbalikkan kertas tebal itu dan menulis sesuatu di permukaannya.

Kertas tersebut diletakkan kembali di sisi bekas plastik di hadapan remaja buta ddan lelaki itu pun terus berlalu. Tanpa diduga, selepas lelaki berkenaan pergi, semakin ramai orang yang menderma. Bukan sekadar duit syiling, malah duit-duit kertas yang lebih bernilai turut dimasukkan dalam bekas plastik di hadapan remaja berkenaan!

Beberapa jam berlalu, tiba-tiba lelaki berpakaian kemas itu datang kembali dan menegur remaja yang buta. Si buta yang mengetahui kedatangan lelaki itu lantas berkata, " Encikkah yang menukar tulisan pada kertas saya ini?" 

"Ya" jawab lelaki tersebut
"Apa yang encik tulis?"
"Saya tulis perkara yang sebenar. Saya tulis awak buta tapi dengan cara yang berbeza."

Apa yang ditulis lelaki itu ialah; " HARI INI SUNGGUH INDAH, TAPI SAYANG, SAYA TIDAK DAPAT MELIHATNYA."


Pengajaran: 
1) Besyukur dengan apa yang ada pada kita dan sentiasa membantu mereka yang tidak berupaya.
2) Biar buta mata jangan 'buta hati'




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...