Carian

Monday, December 30, 2013

Menjengah 2014

Assalamualaikum w.b.t



Lama aku tak menjengah blog aku nih. Kalau blog ni bilik konpem dah penuh bersawang. Ishh3.....Kejap aje masa berlalu pergi meninggalkan kita. Pejam celik kita dah pun nak memasuki tahun baru 2014. Aku walaupun dapat cuti sebulan lebih pun berasa terkejar-kejar masa. Biasa la musim cuti akhir tahun ni memang penuh dengan undangan perkahwinan saudara mara, sahabat handai dan jiran.  
         Alhamdulillah, ketika aku menulis entri kali nih, aku dah pun sampai di LCCT. Tak lama lagi nak sambung lagi perjalanan ke Sibu dan seterusnya naik pulak bot ekspres ke Kapit. Lepas tu masuk lagi pedalaman sebelum sampai ke tempat aku  bertugas. Itu la perjalanan aku sebagai seorang guru di pedalaman Sarawak.
         Berganjak kita ke tahun baru ni, pelbagai azam baru, harapan dan impian yang bakal kita kejar untuk dicapai. Apa-apa pun diharapkan kita dapat berusaha dengan lebih gigih dan sabar dalam menempuh pelbagai rintangan yang mendatang. Akhir kata majulah sukan untuk negara bersama-samalah kita mengharungi tahun 2014 dengan lebih bermakna. See you all next time ^_^

p/s: Pasal kenaikan segala macam benda, aku dah pening dok pikiaq pasal hal ni. Pastinya rakyat marhaen berasa terbeban dan terpulang kepada kerajaan untuk memikirkan penyelesaian yang terbaik. Kita hanya mampu berdoa....

Saturday, September 28, 2013

Fenomena Petir Catatumbo

"Petir Catatumbo" merupakan salah satu fenomena alam yang pelik.


Terletak di sungai Catatumbo, Danau Maracaibo (Venezuela), feneomena halilintar berlaku di langit yang mempunyai ketinggian lebih dari 5 kilometer, 10 jam dalam satu malam dan berlaku sebanyak 280 kali perjam. Ribut yang hampir kekal ini berlaku di atas dataran tanah paya. Kawasan ini kerap berlaku 1.176.000 sambaran elektrik setahun dengan keamatan hingga 400000 ampere dan dapat dilihat hingga jarak 400 km.

Peta lokasi fenomena ini
Fenomena ini juga digunakan oleh para pelaut sebagai navigasi(penunjuk arah). Pelanggaran angin dari pergunungan Andes menyebabkan berlaku ribut dan petir yang merupakan sebagai hasil dari electrical discharge melalui proses pengionan gas-gas, terutama metana yang dibentuk oleh penguraian bahan organik di paya.
 
 
 
 
 
 

Sunday, July 14, 2013

Salam Ramadhan Dari Sarawak



Assalamualaikum w.b.t

Lama rasanya aku tak menulis di sini. Mungkin lepas ni tak boleh nak aktif seperti dulu kerana kini aku sudah mula mengajar di SK Nanga Kebiaw, sebuah sekolah di pedalaman Kapit. First time datang ke sini, pelbagai pengalaman yang bermakna dapat aku perolehi. Sekolah ni dikategorikan sebagai sekolah sekolah di kawasan P3 (hanya boleh dihubungi dengan jalan air) so aku akan keluar ke bandar Kapit sekali-sekala jer. Ini pun masa aku menulis aku stay kat rumah kawan aku di bandar Kapit nih..hehe. Pada kesempatan ini jugak lah aku nak berhubung dengan family aku, rakan-rakan dan ehem2..oPPPSsss..Iye la..bila lagi kan sebab bila masuk hutan nanti mana ada coverage utk handphone.


Dalam kesempatan ni jugak, aku nak mengucapkan SELAMAT BERPUASA buat semua pengunjung blog aku nih. Yang mana follow blog aku nih nanti aku follow balik blog korang...^_^

p/s: Lepas nih mungkin boleh buat contest yang menarik sebab dah ada dana...hehe. Pape pun pesanan untuk semua, puasa yer jangan tak puasa dan jangan bagi alasan kata 'cuti' sbb itu utk golongan Hawa sahaja.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...