Carian

Sunday, July 14, 2013

Salam Ramadhan Dari Sarawak



Assalamualaikum w.b.t

Lama rasanya aku tak menulis di sini. Mungkin lepas ni tak boleh nak aktif seperti dulu kerana kini aku sudah mula mengajar di SK Nanga Kebiaw, sebuah sekolah di pedalaman Kapit. First time datang ke sini, pelbagai pengalaman yang bermakna dapat aku perolehi. Sekolah ni dikategorikan sebagai sekolah sekolah di kawasan P3 (hanya boleh dihubungi dengan jalan air) so aku akan keluar ke bandar Kapit sekali-sekala jer. Ini pun masa aku menulis aku stay kat rumah kawan aku di bandar Kapit nih..hehe. Pada kesempatan ini jugak lah aku nak berhubung dengan family aku, rakan-rakan dan ehem2..oPPPSsss..Iye la..bila lagi kan sebab bila masuk hutan nanti mana ada coverage utk handphone.


Dalam kesempatan ni jugak, aku nak mengucapkan SELAMAT BERPUASA buat semua pengunjung blog aku nih. Yang mana follow blog aku nih nanti aku follow balik blog korang...^_^

p/s: Lepas nih mungkin boleh buat contest yang menarik sebab dah ada dana...hehe. Pape pun pesanan untuk semua, puasa yer jangan tak puasa dan jangan bagi alasan kata 'cuti' sbb itu utk golongan Hawa sahaja.

Sunday, June 30, 2013

Friday, May 31, 2013

My Sweet Memories

Assalamualaikum w.b.t

Bulan Mei merupakan bulan yang agak sibuk buat aku. Sedar tak sedar kejap je dah 31hb kan. Dari awal bulan tadi sampai minggu lepas, aku agak sibuk dengan tugas-tugas sebagai seorang guru ganti. Nak buat entri istimewa untuk HARI GURU pun aku tak berkesempatan..hehe. Habis je kontrak sebagai guru ganti di SMK Simpang Empat, Penang, aku sibuk pulak dengan majlis konvokesyen yang diadakan di PICC, Putrajaya. Pada 26hb Mei yang lalu, aku datang untuk pendaftaran dan raptai bersama-sama dengan rakan-rakan yang lain. Kemudian, ada 2 hari yang berselang sebelum sidang aku pada 29hb telah aku gunakan untuk menjelajah KL. Iye la kan, orang kampung macam aku ni mana la selalu datang bandar besar. Dah ada masa terluang macam ni la nak jalan-jalan dengan my BFF. Memang best la ngan diorang. Aku tak nak tulis berjela-jela, nanti terlepas pulak solat Jumaat..haha. So, hangpa layan la gambar-gambar kenangan aku di sana yer..^_^

Optimus Prime datang KL..warghhh!!


Time raptai..aku lepak belakang je..haha

 
hahhh..tudia kawan aku sedang melahap
Bersama keluarga tersayang
p/s: Tak terlambat lagi rasanya aku nak mengucapkan SELAMAT HARI GURU buat semua guru di Malaysia termasuklah yang belum posting lagi tu. Tak apa dah tak lama dah tu. Sabar ye kawan-kawan.
                                                                                                                               
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...