Carian

Wednesday, August 8, 2012

Mari-mari...Aiskrim Free!!



KUALA LUMPUR: Bagi menghargai usaha gigih semua ahli sukan Malaysia yang berjuang di Olimpik London, Impian Emas Negara, satu inisiatif Olimpik oleh Media Prima Bhd, telah memutuskan untuk memberi ganjaran kepada semua rakyat Malaysia dengan ais krim percuma Baskin-Robbins.
Sebelum itu, Impian Emas Negara berikrar untuk memberi ais krim percuma di cawangan Baskin-Robbins di seluruh negara jika Malaysia menang pingat emas Olimpik pertamanya. 
Impian Emas Negara akan tetap memberi ais krim percuma hari ini di kesemua 61 cawangan Baskin-Robbins di seluruh negara, kecuali di dua kiosk di Pantai Hospital, Bangsar, dan Taman Tema Genting, dari 8.00 malam hingga 10.00 malam. 

"Setiap seorang rakyat Malaysia berhak mendapat satu skop ais krim berjenama yang diminati itu," kata Ketua Pegawai Operasi Rangkaian TV dan Ketua Pegawai Operasi Primeworks Studios, Media Prima Bhd Ahmad Izham Omar.



"Kami merasakan tiada sebab bagi kami tidak meneruskan rancangan memberi ais krim percuma kepada semua rakyat Malaysia selepas menyaksikan ahli sukan Malaysia mempamerkan komitmen dan semangat kesukanan masing,masing di temasya sukan itu," katanya.


"Kita perlu meraikan kesemua wira yang telah membantu negara mencapai kegemilangan antarabangsa dan di dalam usaha itu, telah menyatukan kita semua," kata Ahmad Izham dalam satu kenyataan.

Inisiatif Impian Emas Negara itu dilancarkan pada Mei. - Bernama

Monday, August 6, 2012

Perjalanan Ini....

Assalamualaikum w.b.t


Kejap jer masa berlalu. Hari ni dah pun 16 Ramadan. Alhamdulillah, masih lagi diberi kekuatan untuk meneruskan ibadah puasa setakat nih. Harap-harap pembaca sekalian dalam keadaan sihat hendaknya. Lebih kurang 2 minggu je lagi kita bakal menyambut Aidilfitri. Teringat aku satu citer nih..............


(Hari Pertama)


Imam: Ramai jemaah malam nih yer Pak Abu.
Pak Abu: Betul tu pak imam. Nak kena perbesaq masjid kita nih
Imam: Betui tuh..tak pa, kita tengok sampai abis bulan puasa nih.
Pak Abu: Betui3


(Malam ke-29 Ramadan)


Imam: Aishhh...satu saf pun tak penuh malam nih..mana pi yang len???
Pak Abu: Ada ekspo malam nih pak imam. Baju raya, kuih raya, lampu raya...semua murah-murah. Diorang pi sana agaknya.
Imam: Hurmm..tak pa lah. Hah, Pak Abu pi la azan. Dah nak isyak nih.
Pak Abu: Ok pak imam tapi nanti tarawikh buat 8 rakaat jer yer. Nak pegi sana jugak. Nak beli kain pelikat baru..hehe
Imam: *%&^&#*%&$



Dalam hidup ni, kita diberi jalan pilihan olehNya untuk berbuat sama ada kebaikan atau kejahatan. Perjalanan hidup ini pastinya ada dugaan dan onak ranjau. Tak kira la sebaik mana pun kita pasti ada ujian dariNya. Yang penting sejauh mana kita bersabar dan berusaha untuk mencari keredhaan dari Ilahi. 


Saturday, August 4, 2012

Akhirnya Setan Itu Berjaya Ditangkap


AMPANG: Seorang lelaki berusia 26 tahun yang mengelar leher seorang remaja perempuan berusia 17 tahun ketika cuba merogol mangsa ketika memecah masuk sebuah rumah di Pangsapuri Kos Rendah, Pandan Perdana, bulan lalu, berjaya ditahan polis, kelmarin.
Lelaki tempatan itu mahu menyamun rumah berkenaan tetapi mengambil kesempatan cuba merogol anak pemilik rumah berkenaan pada 4 Julai lalu.

Dalam kejadian jam 3.50 pagi itu, Hasrin Abdullah dan isteri sedang tidur apabila dikejutkan oleh jeritan anak perempuan berusia 17 tahun. Mereka bergegas ke bilik anaknya itu dan mendapati leher mangsa berlumuran darah akibat dikelar perompak menggunakan pisau pemotong buah.
Kejadian itu menyebabkan keluarga berkenaan trauma sehingga memaksa mereka tidur dalam kereta.

Bagaimanapun, hasil risikan dan intipan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, lelaki berkenaan ditahan di rumahnya di perumahan yang sama, tetapi di blok berlainan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata lelaki tempatan yang ditahan pada jam 12.45 tengah malam kelmarin itu mengaku terbabit dalam kes samun pada 4 Julai lalu.
“Pemeriksaan dalam rumah suspek menemui telefon bimbit, dompet dan barang lain dipercayai milik mangsa yang disamunnya,” katanya pada sidang media di Balai Polis Pandan Indah di sini, semalam.

Menurutnya, suspek kini ditahan reman selama tujuh hari hingga 9 Ogos ini bagi membantu siasatan kegiatan jenayah dilakukannya.
Beliau berkata, semakan lanjut mendapati suspek positif syabu dan mempunyai satu rekod jenayah membabitkan kes pukul mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

“Polis juga sedang menyiasat sama ada suspek melakukan jenayah samun secara bersendirian atau berkumpulan,” katanya.

Berikutan penahanan lelaki itu, Amiruddin berkata, kes pecah masuk dan cubaan merogol itu dianggap selesai. Dalam perkembangan lain, itu, Amiruddin menafikan jenayah di Pandan Jaya meningkat kebelakangan ini seperti dakwaan penduduk yang tersiar di sebuah akhbar.

Beliau berkata, indeks jenayah bagi jenayah kekerasan, harta benda dan jalanan menunjukkan penurunan bukan saja di Pandan Jaya, malah di seluruh daerah Ampang Jaya.

NOTA: Bulan puasa ni setan pun kena rantai...buat jahat last2 kena tangkap jugak. Buat keluarga En.Hasrin, syukur kes tersebut telah selesai. Semoga penjenayah itu dibalas dengan hukuman yang setimpal.

sumber: myMetro
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...