Carian

Friday, May 31, 2013

My Sweet Memories

Assalamualaikum w.b.t

Bulan Mei merupakan bulan yang agak sibuk buat aku. Sedar tak sedar kejap je dah 31hb kan. Dari awal bulan tadi sampai minggu lepas, aku agak sibuk dengan tugas-tugas sebagai seorang guru ganti. Nak buat entri istimewa untuk HARI GURU pun aku tak berkesempatan..hehe. Habis je kontrak sebagai guru ganti di SMK Simpang Empat, Penang, aku sibuk pulak dengan majlis konvokesyen yang diadakan di PICC, Putrajaya. Pada 26hb Mei yang lalu, aku datang untuk pendaftaran dan raptai bersama-sama dengan rakan-rakan yang lain. Kemudian, ada 2 hari yang berselang sebelum sidang aku pada 29hb telah aku gunakan untuk menjelajah KL. Iye la kan, orang kampung macam aku ni mana la selalu datang bandar besar. Dah ada masa terluang macam ni la nak jalan-jalan dengan my BFF. Memang best la ngan diorang. Aku tak nak tulis berjela-jela, nanti terlepas pulak solat Jumaat..haha. So, hangpa layan la gambar-gambar kenangan aku di sana yer..^_^

Optimus Prime datang KL..warghhh!!


Time raptai..aku lepak belakang je..haha

 
hahhh..tudia kawan aku sedang melahap
Bersama keluarga tersayang
p/s: Tak terlambat lagi rasanya aku nak mengucapkan SELAMAT HARI GURU buat semua guru di Malaysia termasuklah yang belum posting lagi tu. Tak apa dah tak lama dah tu. Sabar ye kawan-kawan.
                                                                                                                               

Friday, May 3, 2013

Warna-Warni Menjelang PRU13 Di Tempatku

Assalamualaikum w.b.t

Petang tadi puas aku meronda keliling 'hometown' dengan motor cabuk aku. Sempat la jugak aku merakamkan beberapa keping gambar menunjukkan betapa meriahnya PRU13 kali ini. Hope korang semua yang dah layak mengundi pakat keluaq mengundi hari Ahad ni nohhh. Dah tak mau membebel panjang lebar, harap korang enjoy le tengok yer..adios











Thursday, May 2, 2013

Sumbangan Derma Bagi Masjid Parit Tok Ngah

Assalamualaikum w.b.t


p/s: Jika ada apa-apa pertanyaan, boleh sahaja ajukan pertanyaan anda ke emel tuan blog (mr.nightstalker89@gmail.com). Semoga sumbangan anda mendapat ganjaran pahala yang berpanjangan. InsyaAllah

Wednesday, May 1, 2013

Selamat Hari Pekerja 2013

Assalamualaikum w.b.t


Buat semua pekerja rakyat Malaysia dan pekerja yang bekerja di Malaysia termasuklah Mat Bangla, Mat/Minah Indon, orang Myanmar (yang tak anti Islam SAHAJA), orang Vietnam, pak cik Pakistan juat karpet dan seluruhnya, tuan blog ini ingin mengucapkan SELAMAT HARI PEKERJA 2013. Harap hari ni dapat la korang beristirehat sepuasnya. Korang cuti ke??


p/s: Tuan blog ni bila la nak dapat panggilan keje. Keje part time pun part time je lah...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...