Carian

Monday, April 30, 2012

Fadhilat Dan Khasiat Surah Al-Mulk


Assalamualaikum w.b.t

Surah Al Mulk (bahasa Arab:الملك ) adalah surah ke 67 dalam Al-Qur’an. Surah ini tergolong surah ‘makkiyah’ yang terdiri daripada 30 ayat. Dinamakan Al Mulk kerana kata Al Mulk yang terdapat pada ayat pertama surah ini. yang bererti ‘Kerajaan’. Surat ini disebut juga dengan ‘At Tabaarak’ yang bererti Maha Suci.
Surah Al Mulk adalah surah keamanan dan keselamatan, kerana ia akan menjadi penyelamat dan pendinding dari seksa kubur kepada pembacanya. 

Surah Mulk hendaklah dibaca secara istiqamah dengan menjadikan membacanya amalan kehidupan seharian. Ulama berkata: “Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam tidak akan beradu melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk.”

Kelebihan Surah Al Mulk

Surah ini menyelamatkannya daripada azab kubur. Kelebihan juga dinyatakan pada malam hari. Seseorang yang membacanya pada malam hari telah melakukan banyak ibadah dan telah melakukan satu amalan yang baik.
“Sesungguhnya Rasulullah SAW tidak akan tidur melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk.”
Di antara kelebihan Surah ini ialah:
1. Surah ini akan menjadi penyelamat.
2. Penegah pembacanya dari seksa kubur.
3. Berada di bawah naungan sayap malaikat (mendapat rahmat Allah).
4. Di hari kiamat rupanya akan dicerahkan seperti wajah Nabi Yusuf (cantik).
5. Dinamakan Surah gagah perkasa, pintar lagi cerdik.

Selain itu, ayat 14 dalam surah Al-Mulk mempunyai kelebihan iaitu :


أَلَا يَعْلَمُ مَنْ خَلَقَ وَهُوَ اللَّطِيفُ الْخَبِيرُ‌ ﴿١٤


Tidakkah Allah yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui (segala-galanya)? Sedang Ia Maha Halus urusan PentadbiranNya, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya!

1. Dipandang hebat dan berwibawa.
2. Boleh mengetahui apakah kelebihan diri sendiri.
3..Dapat merasai apabila ajal telah hampir tiba.
4. Jika diamalkan menjadi wirid, zikir harian boleh meluaskan rezeki dan menghilangkan fakir.
5. Dibaca 2,012 kali untuk menolak bala yang besar.
6. Jauh dari seksa kubur jika dibaca ayat 14 dan 15 surah Al Mulk.
7. Jika berhajat hendak melihat orang yang melakukan jahat, pencuri, sihir, memfitnah, orang yang sudah meninggal dalam kubur dan perkara yang penting dalam peperiksaan lakukan:
a. Solat hajat.
b. Baca ayat di atas 9 kali dan diniatkan.
c. Tidur dalam keadaan berwudhu dan berdoa (apa niat kita) dan tidur mengiring dengan lembung kanan.



NOTA : Bolehlah diamalkan dalam hidup kita seharian. Faham-faham la sekarang ni orang jahat bersepah. Moga hidup kita sentiasa dilindungi Allah s.w.t
.



Bila Pengantin Cabut Lari


Khemah sudah siap dipasang tetapi majlis perkahwinan yang sepatutnya berlangsung Sabtu lalu
Khemah sudah siap dipasang tetapi majlis perkahwinan yang sepatutnya 
berlangsung Sabtu lalu terpaksa dibatalkan. Gambar kecil: Ramli


ALOR GAJAH - Pihak polis kini giat mencari seorang lelaki yang melarikan kereta tunangnya, dua hari sebelum majlis pernikahan mereka berlangsung.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin, berkata, lelaki terbabit, Ramli Kamaruddin, 30, dan beralamat di Jalan Tun Perak, Bachang, melarikan diri bersama kereta milik tunangnya itu, dua hari sebelum pernikahan.
 
Menurutnya, mangsa mengenali tunangnya setahun lalu dan mengikat tali pertunangan pada Januari lalu.
 
“Lelaki terbabit turut meminjam sejumlah barang kemas milik bakal isterinya itu, kononnya mahu dijadikan contoh membeli barang kemas lain sebagai hantaran perkahwinan.
 
“Selain itu, dia turut mengambil sebuah telefon bimbit dan komputer riba milik tunangnya,” katanya.
 
Umar Ali Saifuddin berkata, dalam kejadian berkenaan, kira-kira jam 2 petang Khamis lalu, mangsa yang berada di rumahnya ketika itu didatangi tunangnya yang mahu meminjam kereta dan berjanji memulangkannya keesokan pagi.
 
“Lelaki terbabit bagaimanapun tidak mengotakan janjinya menyebabkan mangsa cuba menghubunginya tetapi gagal.
 
“Mangsa yang merasakan dirinya ditipu membuat laporan polis dan mengambil keputusan membatalkan majlis perkahwinannya yang sepatutnya berlangsung kelmarin (Sabtu),” katanya.
 
Menurutnya, dalam tempoh bertunang, lelaki terbabit turut menjalin hubungan dengan wanita lain menggunakan nama ‘Shah’ dan mendakwa bekerja sebagai anggota keselamatan.
 
“Siasatan awal polis mendapati, lelaki ini dikehendaki polis berhubung laporan polis yang dibuat di Balai Polis Dang Wangi pada 2004.

“Malah, dia juga memiliki rekod jenayah lampau atas kesalahan penipuan pada 2009,” katanya.


NOTA: Siapa-siapa yang jumpa gambar penyangak nih, sila buat laporan polis di balai yang terdekat. Tolong-menolong bagi kebaikan adalah amalan mulia

Perlu ke sampai nak tumbuk terajang?

Assalamualaikum w.b.t





Kalau aku siarkan entri ni mesti ramai yang anggap aku pro pembangkang..Hahaha..... Aku cuba bersifat neutral kat sini. Aku tidak menyalahkan semua pihak polis dalam coretan kali ini. Tapi video ni buat aku rasa 'curious'!!. Perlu ke sampai nak sepak terajang seorang penunjuk perasaan masa Bersih 3.0 2 hari lepas. Demonstrator tu buat apa? Kutuk?Baling botol air? Banyak lagi penjenayah yang buat kes berat kalau nak bergasak pun. Kalau yang dibelasah tu mati, sapa nak bertanggungjawab?? 

Siapa-siapa yang ada belajar 'law' boleh la jelaskan kat aku, boleh tak polis (polis trafik pulak tu!) membelasah orang ramai (bukan penjenayah). Give ur opinion................... 


NOTA: Orang yang menuntut haknya sesuai kadar ketertindasannya bukanlah orang yang zalim. Dia bersikap benar jika tidak melampaui kadar ketertindasannya dan penganiayaannya. Bahkan Allah akan membelanya. Allah berfirman memuji orang-orang yang beriman.

“Dan ( bagi) orang-orang yang apabila mereka diperlakukan dengan zalim mereka membela diri. Dan Balasan suatu kejahatan adalah kejahatan yang serupa, Maka barang siapa memaafkan dan berbuat baik Maka pahalanya atas (tanggungan) Allah”.(QS. Asy-Syura: 39-40)











Sunday, April 29, 2012

Segmen : Miss Z Cari Blogger

Assalamualaikum w.b.t

miss Z berceloteh

Petang ni hujan renyai-renyai di Sg. Petani. So, macam biasa la berblogwalking ke blog-blog yang menarik. Tiba-tiba ternampak PAPAN TANDA ni kat blog miss z nih. Apa lagi terus join la.Hahaaha (Hurmm..lawak ker Wan???).....Komen untuk segmen ni : Bagus sangat-sangat sebab dapat menarik minat blogger-blogger lain  untuk mengenali blog miss z dengan lebih dekat. Maksudnya yang jauh tu didekatkan, yang dekat dirapatkan (bukan rapat berdua-duaan yer). 


Polis Bertudung Pertama di Sweden


 


Donna Eljammal yang berusia 26 tahun, merupakan polis Muslimah pertama di Sweden yang mengenakan tudung. 

Dia mendedahkan bahawa keinginannya untuk menjadi anggota polis jauh sebelum dirinya memakai tudung. "Sejak saya masih kecil, saya ingin membantu orang lain sehingga boleh bergerak dan bukan hanya duduk di depan komputer," katanya.


Beberapa tahun yang lalu mengenakan tudung menjadi mungkin, sebagai sebahagian daripada pakaian seragam polis, pasca beberapa perdebatan. Menurutnya, Sweden ialah sebuah negara multikultural dan itu penting dimana dalam setiap bidang, akan ada orang-orang dari latar belakang yang berbeza, kerana ingin meningkatkan pengetahuan dan pemahaman.

"Saya membesar di Piteå kecil dan kami berada di antara keluarga pendatang pertama di sana. Bahkan ketika saya bekerja di lapas (Lembaga Pemasyarakatan), saya adalah orang pertama yang memakai tudung. Tapi tidak ada banyak komentar tentang tudung ketika mereka harus tahu saya sebagai peribadi," jelasnya.

Eljammal tidak berfikir untuk membuka jilbabnya semasa bekerja. Dia melihat tudung sebagai sebahagian daripada dirinya dan boleh melakukan segala sesuatu dengan tudung, sehingga dia melihat tidak ada gunanya untuk membukanya.



NOTA: Cantikkan bertudung. Tak kira la siapa anda (perempuan sahaja). Satu langkah perubahan positif anda akan membawa 1000 makna!

Friday, April 27, 2012

Cikgu Sayang Kamu

Assalamualaikum w.b.t

Rasa sedey la pulak. Semalam merupakan hari terakhir aku sebagai guru praktikal di SK Sg.Pasir. 1001 kenangan dengan murid-murid kelas 3S dan para guru yang sporting abis memang tak akan dilupakan. Tiga bulan yang berlalu memang sekejap. Buat anak murid cikgu, kalau la kamu semua tau, cikgu nak  kamu semua berjaya dalam hidup kamu. Yang cikgu marah tu bukan sebab cikgu benci kat kamu tapi cikgu nak kamu buang mana perangai yang tak elok. Realiti kehidupan kadangkala memang menakutkan. Hanya doa yang dapat cikgu mohon untuk kejayaan kamu semua di dunia dan akhirat serta dijauhkan kamu semua daripada KEJAHATAN MANUSIA DAN GODAAN SYAITAN. 


video




Dah cikgu mau balik kampung nih. Cikgu sayang kamu!!






Nota: Luahan hati seorang guru..sob..sob..sob







Thursday, April 26, 2012

Legoland Pertama Asia di Iskandar Malaysia

Assalamualaikum w.b.t


NUSAJAYA — Legoland pertama Asia akan dibuka bagi perniagaan pada 15 September.
Pengurus Besar Legoland Malaysia, Siegfried Boerst berkata, taman tema berharga RM700 juta di kawasan seluas 76 ekar di Iskandar Malaysia, Johor itu kini sudah 75 peratus siap.
Beliau berkata, bulan lepas, kontraktornya memulakan kerja-kerja memberi tema kepada taman itu, dan bulan depan mereka akan mula memasang 50 juta kepingan lego dan model.
“Saya gembira mengumumkan bahawa hasil daripada usaha keras semua kontraktor kami, kami akan membuka taman itu beberapa bulan lebih awal daripada dijadualkan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Legoland Malaysia di sini merupakan taman tema Legoland keenam di dunia dan yang pertama di Asia.
Taman itu yang ditampilkan dengan tujuh tema khas iaitu ”Lego kingdom”, ”imagination”, ”land of adventure”, ”lego technic”, ”the beginning”, ”lego city” dan ”miniland”, direka khas bagi keluarga yang mempunyai kanak-kanak berusia dari dua hingga 12 tahun.
Legoland Malaysia akan menampilkan lebih 40 tunggangan interaktif, pertunjukan dan pelbagai tarikan apabila ia dibuka kelak.
Taman-taman tema Legoland lain di seluruh dunia ialah di Denmark, United Kingdom, Jerman dan Florida di California, Amerika Syarikat.
Ini adalah taman kedua selepas taman Legoland Billund, Denmark, untuk menempatkan Menara Cerap di mana pengunjung dijulang naik ke ketinggian 41 meter untuk menyaksikan pandangan keseluruhan taman tema itu sambil menara itu berputar untuk melengkapkan satu pusingan dalam tempoh 50 saat.— BERNAMA

NOTA: Aku masa kecik-kecik suka sangat main lego. Budak sekarang main PSP,ipad, dll. Apa-apa pun lego memang best..=)

Wednesday, April 25, 2012

Doa Mengelak Sihir Dan Dijauhkan Dari Syaitan

Assalamualaikum w.b.t

Tidak dinafikan, dalam hidup kita di dunia ini datang pelbagai dugaan yang datang dari manusia yang khianat dan iri hati mahupun godaan syaitan. Oleh yang demikian, doa di bawah eloklah di amalkan dalam kehidupan seharian.




(Ayat 84 : An-Nisaa)
(Ayat 64 : Yusof)
(Ayat 97-98 : Al-Mukminun)





Tuesday, April 24, 2012

SEGMEN: BLOG PILIHAN ZAMANI 84

Assalamualaikum w.b.t



Bila bukak jer laptop malam nih, terus melompat dari satu blog ke blog lain. Yeah...aku dapat jadi 'JUMPER'!! Hebat kan...hehe..Tetiba jumpa ini segmen. Segmen yang dianjurkan Bro Zamani84. Fuhh..mujur sempat sebab tarikh tutupnya pada 24 April 2012. Beberapa minit jer lagi nih sebelum pukul 11.59 malam. Sapa nak join..cepat2!!
Assalamualaikum w.b.t

Mungkin ada di kalangan anda yang mengenali pemain yang bernama Theyab Awana yang menjaringkan gol dengan membelakangi badannya. Video jaringan golnya dalam YouTube pula mencecah sehingga 1 juta penonton. Namun di kala prestasi pemain muda ini memuncak naik, usia beliau tidak panjang kerana meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya. Di bawah merupakan petikan berita mengenai kematian beliau.

Pemain Jaring Gol Terbalik Meninggal Dunia"PEMAIN bolasepak Emiriah Arab Bersatu, Theyab Awana yang menjadi sensasi internet  kerana menjaringkan penalti dengan tumit sambil membelakangkan badannya dilaporkan meninggal dunia akibat kemalangan.
 Kenyataan itu disahkan oleh persatuan bola sepak negara berkenaan.Pemain bahagian tengah berusia 21 tahun itu yang mendapat perhatian media meninggal dunia apabila kereta yang dinaikinya ketika pulang dari latihan di Al Ain menuju ke Abu Dhabi merempuh belakang sebuah lori.

Theyab Awana
Theyab ketika itu pulang daripada latihan persediaan pusingan piala dunia di mana negaranya dijadual bertemu dengan Korea Selatan pada 11 Oktober ini (2011).
Pemain muda berkenaan menjaringkan gol kontroversi itu pada minit ke-78 di mana UAE menang 7-2 ketika bertemu Lubnan untuk perlawanan persahabatan Julai 2011 lalu"



Monday, April 23, 2012

Hilang di Jepun, Jumpa di Alaska



TOKYO – Mujurlah Misaki Murakami menulis namanya di atas bola sepak. Bola yang hilang ketika tsunami Jepun tahun lalu itu ditemui di pulau terpencil Alaska di seberang Lautan Pasifik.
Agensi berita Kyodo berkata, remaja berusia 16 tahun yang berasal dari daerah Rikuzentakata yang terjejas teruk akibat bencana itu, terkejut dan bersyukur kerana bola sepaknya ditemui.
Murakami menulis namanya di atas bola sepak itu.
Pegawai Pentadbiran Atmosfera dan Perairan Kebangsaan berkata, bola berkenaan adalah antara objek pertama daripada sisa tsunami Jepun selepas tragedi 11 Mac 2010.
David Baxter yang menemui bola sepak itu di Pulau Middleton, berkata isterinya yang berbangsa Jepun, Yumi, menghubungi Murakami menerusi telefon.
Pasangan itu bercadang untuk menghantar semula bola sepak itu kepada remaja terbabit tidak lama lagi – AP

Sunday, April 22, 2012

Pelajar UPSI Maut Jatuh Bangunan

Assalamualaikum w.b.t


Gambar Pelajar UPSI Maut Terjun Bangunan

Hari ni aku dikejutkan dengan berita kematian seorang penuntut wanita UPSI. Untuk berita mengenai kejadian tersebut, korang boleh klik pautan nih ( sumber: sinar harian). Aku tak mau ulas lebih lanjut tentang kejadian ni. Cukuplah sekadar aku seru diri aku nih, rakan-rakan blogger dan pelawat untuk menyedekahkan Al-Fatihah kepada arwah. 

Di bawah ni, aku sertakan sekali petikan dari laman web PEMBINA.


"Takziah buat keluarga arwah Fatimah Mina Md Juferi di atas pemergian arwah. Arwah merupakan akhwat yang menuntut di UPSI di semester 4 dalam Kursus Pendidikan Awal Kanak-kanak didapati telah meninggal dunia akibat terjatuh daripada bangunan di UPSI.
Sebarang sumbangan dialu-alukan bagi meringankan beban keluarga arwah di alamat: 
Pos43H, Lorong Mustafa, Jeram Bukit Batu, Bakri 84200 Muar, Johor atau
melalui nombor akaun waris Bank Simpanan Nasional (BSN): 04127-29-85304362-0"


NOTA: Jangan kita berburuk sangka terhadap arwah. Moga arwah ditempatkan dalam golongan orang-orang yang diredhai Allah s.w.t






Segmen: Jom Join Bloglist Mieya Atiera

 Assalamualaikum w.b.t






Aishh..hang nak join berapa banyak segmen Wan??? Ala baru 3 jer pun... Dan ini la segmen yang ketiga aku join. Semoga dapat la share something yang menarik dengan rakan-rakan blogger yang lain. Sapa-sapa yang nak terjah blog nih, boleh la klik kat link di atas tu. Jangan lupa bagi salam dulu..hehe

Saturday, April 21, 2012

Bila orang kata.....





Bila jumpa pelacur tepi jalan, orang akan kata “Eee perempuan kotor ni” Padahal kita tak tahu dia telah dijual oleh bapanya ketika umur 10 tahun. 
Bila jumpa bekas banduan, orang akan kata “ish penjahat ni. jangan dekat dengan dia” Padahal kita tak tahu dia telah difitnah mengambil rasuah oleh sahabat karibnya sendiri. 

Bila jumpa pesakit mental, orang akan kata “orang gila ! Jangan kacau aku” Padahal kita tak tahu dia telah didera oleh mak tirinya hingga mengalami trauma berpanjangan. 


Bila jumpa lelaki muka hodoh, orang akan kata “euww hodohnya. Siapalah nak kahwin dengan kau tu” Padahal kita tak tahu lelaki tu kehilangan ketampanannya akibat melecur dalam usaha menyelamatkan ibunya dalam kebakaran. 





NOTA: Tak baik berburuk sangka pada orang tapi berwaspada itu penting..Lagi-lagi zaman sekarang. 







Modul Latihan ESQ 165 Difatwakan Haram



KUALA LUMPUR – Sebanyak 30 bekas peserta program motivasi anjuran syarikat Emotional and Spiritual Quotient (ESQ) Leadership Training mengakui kebenaran fatwa pengharaman yang dikeluarkan oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Wan Zahidi Wan Teh terhadap modul pengajaran syarikat itu dua tahun lalu.
Wakil alumni, Rosile Saat Al-Gayauwi berkata, perkara itu disedari sendiri oleh mereka yang semakin lama semakin berasa curiga dengan modul ESQ 165 yang dibawa syarikat berkenaan.
Sehubungan itu, katanya, Majlis Fatwa Kebangsaan (MFK) perlu membuat keputusan segera ke atas modul latihan ESQ 165 yang didakwa berupaya menyesatkan akidah seseorang.
“Keputusan itu perlu dicapai secepat mungkin kerana latihan ESQ 165 kini sudah semakin menular dalam agensi-agensi kerajaan seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), tentera, polis dan sebagainya.
“Kami tidak faham mengapa perkara ini boleh berlaku kerana fatwa pengharamannya telahpun berkuat kuasa,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam. Sumber

NOTA : Di sini disertakan kepada pembaca untuk menilai sendiri dengan bukti-bukti yang diberikan. Sila klik link untuk baca atau download. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...