Carian

Thursday, February 28, 2013

Request: Saya Nak Doodle Alif Ismail V2.0


Nak join..klik sini

Lama tak berblogging nih, rasa macam ada yang 'missing' je..yea!! ini dia..join segmen blogger lain. Merayau ntah macam mana, akhirnya sampai ke blog saudara Alif Ismail yang gempak dengan kartun mata bulat-bulat. Memang menarik!!

1) So, dengan muka yang tersipu-sipu malu aku nak doodle yang gempak tu kasi blog nih meriah skit. Mana la tau makin ber'aura' balik lepas hampir 3 bulan aku tinggalkan blog aku nih. 

2) Kalau boleh, aku nak request mata doodle tu warna biru (perasan orang putih skit..muahaha)


Wednesday, February 27, 2013

Wow!! Telefon Pintar 'Terpantas' di Dunia

Assalamualaikum w.b.t


Baru-baru ini, pelancaran P2 Ascend, sejenis telefon pintar keluaran syarikat China, Huawei, seolah-olah mempunyai satu lagi tanda untuk bermegah di pentas global. Peranti perdana terbaru dari Huawei dianggap sebagai "telefon pintar terpantas dunia" kerana ia mempunyai 4G LTE Cat-4 di atas 'board', cukup baik untuk kelajuan sehingga mencecah 150 megabit sesaat. Realiti keadaan kini menunjukkan minat pengguna android yang mahukan capaian yang pantas hanya di mana sahaja mereka berada.

P2 Ascend beroperasi melalui sistem operasi Android 4.1dijana oleh bateri 2420 mAh dan 1.5 GHz quad-core pemproses, Ascend P2 mampu memuat turun filem HD dalam beberapa minit sahaja dan  video dalam talian, laman web, lagu-lagu atau e-Book hanya dalam saat. 

 'Perkongsian pantas' bagi android ini juga menyokong muat naik (upload) dan muat turun (download) dua hingga tiga kali lebih cepat daripada telefon pintar yang lain dalam persekitaran Wi-Fi. Kawalan Kuasa unik Pantas Huawei (QPC) dan Reception Automatik tak selanjar (ADRX) teknologi jimat-tenaga, mengurangkan penggunaan tenaga dan masa mengecas hingga 25% berbanding telefon pintar lain.

Sebagai pengetahuan anda semua, Huawei Technologies Ltd adalah peneraju ketiga terbesar bagi dunia telefon pintar, selepas Samsung dan Apple, pada suku keempat tahun lalu, menurut firma penyelidikan IDC. Syarikat ini mempunyai kedudukan yang sangat baik di Eropah, di mana mereka telah menguasai pasaran melalui syarikat Orange France yang dilihat begitu komited untuk memasarkan produk terbaru ini. HUAWEI Ascend P2 akan dijual di Perancis melalui Orange pada bulan Jun 2013 kelak. 

p/s: Agaknya hujung tahun ni ler masuk pasaran Malaysia. Sapa2 'penggila' gadget  jangan lupa rembat okeh :-)

Thursday, February 21, 2013

Penyelewengan Dalam aplikasi al-Quran




PERHATIAN SATU SEBARAN DIPERLUKAN ..SHARE SEBERAPA BANYAK YANG BOLEH.

Satu versi baru al-Quran telah dikeluarkan Apple APP STORE oleh komuniti kafir Ahmadiyyah / Qadiani.

Nama app adalah"The Holy Quran, Arabic text and English translation". "Diterjemahkan oleh Maulvi Sher Ali, Ahmadiyya Muslim Community" telah jelas disebut dalam maklumat app dalam iPhone App Store.

Umat Islam perlu peka untuk tidak membeli dan memuat turun aplikasi ini!

Produk ini perlu diboikot kerana ini adalah salah / mengelirukan & bercanggah dengan ayat Al-Quran yang asal.

Sila kongsikan kepada semua orang supaya mereka tahu walaupun mereka tidak menggunakan androids atau iPhone tetapi mereka boleh memberitahu orang lain insya-Allah.

Jangan abaikan...sila share


Dr. Hj. Tengku Asmadi T. Mohamad


sumber fb media islamic
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...