Carian

Thursday, November 1, 2012

Taufan Sandy Membadai Amerika Syarikat

Assalamualaikukum w.b.t

Gambar taufan dari satelit

Taufan Sandy (juga dirujuk sebagai 'Superstorm Sandy') adalah siklon tropika yang membadai bahagian Caribbean, Mid-Atlantik dan timur laut Amerika Syarikat  baru-baru ini. Ia adalah taufan terbesar Atlantik yang dicatatkan, dengan angin yang merangkumi 1,100 batu (1,800 km) per jam. Dalam 18 siklon tropika dan merupakan ribut dan taufan kesepuluh pada musim 2012.  Sandy dianggarkan  telah menyebabkan kerosakan sekurang-kurangnya $ 20 bilion hingga $ 25 bilion USD dan termasuk antara lima taufan paling merosakkan dalam sejarah Amerika. Bencana ini telah menyebabkan 3.75 juta orang terjejas akibat ketiadaan bekalan elektrik. Seramai 61 orang terbunuh dan angka kematian dikhuatiri meningkat apabila penyelamat memeriksa bawah tanah kediaman yang telah dibanjiri yang memerangkap pemilik rumah di dalamnya. Paras air ke darat yang didorong oleh ribut itu juga telah menenggelamkan tiga balai polis, dua di Brooklyn dan satu di Queens.

Nota: Fuhh dasyat gak taufan ni..Alhamdulillah, negara kita terlepas daripada ancaman taufan@superstorm macam yang melanda US nih

sumber berita: The Economic Times

Tuesday, October 30, 2012

Doakan Aku..=)






Friday, October 26, 2012

Hikmah Di Sebalik Ibadah Korban






1. Mengenang dan mencontohi pengorbanan besar yang tidak ada tolok bandingnya, yang dilakukan oleh Nabi ibrahim AS yang digelar sebagai ‘Abu al-Anbiya’ (bapa para nabi) yang sanggup mengorbankan anaknya Ismail sebagai kemuncak dalam melaksanakan ketaatannya di atas perintah Allah SWT, namun begitu Allah menggantikannya dengan seekor kibas. Selain daripada itu sebagai mengenang dan mencontohi pengorbanan Nabi Ismail yang sanggup mengorbankan dirinya bagi mematuhi dan mentaati perintah Allah Azza wa Jalla.

2. Sebagai satu ibadah yang boleh mendekatkan seoarang hamba dengan Tuhannya, melalui bukti pengorbanan yang dilakukan. Ianya juga dianggap sebagai simbolik kesedian hamba untuk mengorbankan apa sahaja demi kerana Allah, termasuklah sanggup mengorbankan dirinya demi menegakkan agama Allah yang ytercinta. Di samping itu melatih diri kita supaya sentiasa ikhlas dalam beribadah.

3. Melatih diri agar sentiasa bersedia untuk berkorban bila-bila masa diperlukan demi menegakkan agama Allah.

4. Memulia serta mengagungkan satu syiar dari syiar-syiar agama Allah sebagai memenuhi tuntutan Allah;

Maksudnya;

“Demikianlah perintah Allah dan barangsiapa yang mengagungkan syiar-syiar agama Allah, maka (perbuatan) itu timbul dari ketaqwaan hati.”
                                                                                                                           (Surah al-Haj : ayat 32)

5. Untuk melahirkan rasa syukur di atas segala nikmat Allah yang terlalu banyak ke atas diri kita dan yang masih menghidupkan kita.

6. Sebagai penghapus kepada segala kesalahan dan dosa yang kita lakukan, sama ada melakukan kemungkaran dan maksiat atau mengabaikan suruhan Allah.

7. Untuk memberikan kegembiraan kepada keluarga yang melakukan korban dan orang-orang lain yang mendapat bahagian daripada daging korban tersebut, di mana mereka dibenarkan untuk memakan, mensedekahkan atau menyimpan daging tersebut untuk dimakan dalam jangka masa yang lama.


8. Sentiasa mengingatkan kita, bahawa hidup ini amat memerlukan kepada pengorbanan, untuk mencapai kejayaan dan kecemerlangan yang hakiki dalam apa jua bidang yang kita ceburi. Tanpa pengorbanan, tiada nilainya sebarang usaha yang kita lakukan.


sumber


NOTA: Selamat Hari Raya Aidiladha

Sunday, October 21, 2012

Suami Punya Angkara, Bini Kena Bala


KUALA LUMPUR: Mengejutkan apabila kajian terbaru trend kes HIV di negara ini mendapati golongan isteri, terutama suri rumah, sebenarnya lebih lima kali ganda lebih ramai menghidap virus maut itu berbanding pekerja seks berikutan kegiatan liar si suami yang gemar ‘makan luar’.

Mendedahkan perkara itu, Presiden Majlis Aids Malaysia (MAM), Datuk Dr Raj Karim berkata, bilangan wanita yang dijangkiti HIV sangat menyedihkan berikutan ramai tidak tahu suami mereka menyebar virus berjangkit itu.
“Isteri perlu mengambil sikap berjaga-jaga dengan memakai kondom ketika bersama suami (jika mengesyaki pasangan curang) sebagai perlindungan, selain mendapatkan rawatan segera jika mendapati ada jangkitan penyakit untuk mengelak risiko kepada anak dikandung.

“Kita tidak menafikan segelintir lelaki di pantai timur, utara tanah air atau yang bersempadan dengan negara jiran seperti Thailand dan Indonesia, melanggani pelacur kerana kaji selidik mengenainya pernah dibuat sepasukan penyelidik bagi mendapatkan gambaran sebenar.



“Selain itu, golongan nelayan menyebarkan penyakit kepada pasangan selepas melakukan hubungan dengan wanita lain di luar perairan negara dan segelintirnya didapati mengambil dadah jenis suntikan. Hal ini akan menjadi semakin membimbangkan jika tidak dipantau sebaik mungkin,” katanya kepada Metro Ahad.


sumber: myMetro


Saturday, October 20, 2012

Contoh Rancangan Mengajar Matematik

Steps (Duration)

Contents
Teaching and Learning Activities
Remarks
Set Induction

(10 minutes)



Teacher shows a magic that relate with the lesson today.

Magic: Where is my money
1)    Teacher takes out 5 notes of RM 1.

2)    Then, teacher put all the money inside a box.

3)    Show an item (example: doll). Tell them the price of it is RM 5.


4)    Call one pupil to come out and tell the class that he/she will use all the money in the box to buy it.

5)    Count the money with them. Is it enough?



Elaboration

Step 1
(15 minutes)





Teacher’s explanation and demonstration of handling addition process of money

1)    Teacher shows a brochure (using Tesco brochure).

2)    Tell them today, they will buy some goods using it.


3)    But first, teacher show 2-3 examples of addition involve the goods that can be found in the brochure.

4)    Then, ask two pupils to come and try the questions. If they can’t do, encourage others to help them.




Step 2
(20 minutes)




Group work:


Using brochure and fake 
money

1)    Teacher divides the pupils by six groups.

2)    Ask them to sit in their group.


3)    Teacher asks the head of each group to come in front. They must choose one from six envelopes in teacher’s hand.

4)    They need to buy 3 goods according to the task given.

5)    They will make addition of the value of the goods they buy.

6)    Gives each group the worksheets after they identify the goods that they want.


7)    They need to add all the prices. Then, ask them to get the fake money from teacher according the total value.

8)    Get their findings by call them to present their works.




Step 2
(10 minutes)







Individual work:

Solving the problem in the Activity Book (page 73 and 79

1)    Teacher asks them to open their activity book.

2)    Ask them to complete the exercise in page 79 first.


3)    While they are doing their work, teacher observes them and guides them if they have problems.

4)    Also give attention to the weaker group in the class.


5)    Discuss the answer with them. If have time continue the exercise in page 73. If not, ask them to do it as their homework.



Closure
( 5 minutes)


Conclusion by using questioning technique.









1)    Show them a pizza box.

2)    Call one of them to open it and then read the question inside it.


3)    Solve the question together with them.



p/s : Ni contoh RPH yang aku buat masa praktikal dulu. Memang khas untuk lecturer aku observe masa tu =)..yang paling best magic aku jadi. Murid first yang kira duit dalam kotak memang ada rm 4. At last aku tunjuk gak macam mana aku hilangkan duit tu lagi RM 1 tu..hehe



Thursday, October 18, 2012

Orang Inggeris Pertama Memeluk Islam


Assalamualaikum w.b.t

Entri kali ini akan membawa kita mengenali seorang lelaki yang merupakan orang Inggeris pertama yang memeluk Islam.

Moga roh arwah ditempatkan dalam golongan orang yang beriman

Perjalanan masuk agama Islam di Britain sejak beberapa abad silam dan kisah William Henry Quilliam sebagai orang Inggeris pertama yang menjadi muslim ditayangkan stesen televisyen BBC London.

Tayangan selama dua jam dalam dua siri yang bertajuk "Great British Islam" itu sempena menyambut bulan suci Ramadan 1433 Hijriah tahun 2012 yang lalu oleh umat Islam di Britain, mula dilaksanakan Jumaat, di musim panas bermula pukul 2.30 pagi hingga saat Maghrib sekitar pukul 09.05 waktu setempat.


William Henry Quilliam menurut laman Wikipedia adalah lelaki kelahiran Liverpool, 10 April 1856 yang berasal dari keluarga kaya raya.

Ayahnya, Robert Quilliam, adalah seorang pembuat jam. Sejak kecil William sudah mendapatkan pendidikan yang mencukupi, dan oleh kedua-dua orang tuanya disekolahkan di Liverpool Institute dan King William s College.

Pada kedua-dua institusi pendidikan ini, beliau mempelajari bidang undang-undang dan pada tahun 1878, William memulakan kerjayanya sebagai seorang peguam.

William dibesarkan sebagai seorang Kristian. Agama Islam baru dikenalinya ketika beliau mengunjungi wilayah Perancis selatan pada 1882. Sejak saat itu, beliau mula mempelajari dan mendalami mengenai Islam dan ajarannya. Ketertarikannya terhadap Islam semakin bertambah apabila beliau berkunjung ke Algeria dan Tunisia.

Sekembalinya dari melawat Maghribi, William merealisasikan keinginannya untuk berpindah keyakinan kepada agama Islam. Setelah memeluk Islam, ia menukar namanya menjadi Abdullah Quilliam. Setelah menggunakan nama baru ini, William hebat mempromosikan ajaran Islam kepada masyarakat Liverpool.

Untuk menyokong syiar Islam di bandar tempat kelahiran The Beatles itu, William mendirikan institusi bagi mereka yang ingin mengetahui dan belajar tentang Islam.

Pada 1889, beliau telah mendirikan Liverpool Muslim Institute. Tidak hanya setakat menjadi pusat maklumat Islam,  Abdullah kemudian memfungsikan bangunan Liverpool Muslim Institute menjadi tempat beribadah bagi komuniti Muslim Liverpool. Bangunan itu mampu menampung sekitar 100 orang jemaah.

Pendirian masjid ini kemudian diikuti oleh penubuhan sebuah universiti Islam di Bandar Liverpool  dan sebuah pusat asuhan bernama Madina House.


NOTA: orang Islam di Malaysia macam mana? Kalau kita tunjukkan akhlak yang baik tak mustahil orang bukan Islam akan tertarik kepada agama yang suci ini. Tiga hari yang lepas aku ada ikut satu program bersama seorang muallaf yang berbicara mengenai detik-detik awal dia memeluk Islam. Seorang wanita bangsa Cina yang pada mulanya merupakan orang yang berada. Pelbagai cabaran ditempuhi beliau termasuklah diusir oleh keluarga kandung sendiri dan suami..Alhamdulillah, ada yang membantu namun berapa ramai daripada kita yang prihatin terhadap saudara/saudari baru seperti beliau di luar sana?? Fikirkanlah....





Wednesday, October 17, 2012

Azraai Khor Pengurus Baru Perak


TEKA-TEKI siapa yang menjadi ketua jurulatih skuad Liga Super Perak terjawab dengan pelantikan jurulatih berwibawa, Mohd Azraai Khor Abdullah bagi mengendali persiapan skuad Seladang bagi menghadapi kempen musim 2013.

Bekas pemain kebangsaan kelahiran Kedah itu yang menjulang nama negeri asalnya serta Negeri Sembilan memeterai ikatan selama dua musim dengan pasukan barunya itu. Presiden Pafa, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin yang mengesahkan pelantikan itu berkata, Azraai yang masih mempunyai kontrak dengan Negeri Sembilan hingga hujung bulan depan akan menyertai Perak selepas menguruskan pelepasannya daripada Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS).

“Azraai akan bertanggungjawab secara tidak langsung terhadap perjalanan pasukan lain iaitu Piala Presiden dan Belia,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif pertama Pafa di pejabat persatuan itu malam kelmarin.


Menurutnya, Azraai akan dibantu dua penolong jurulatih iaitu Chong Yee Fatt dan Syamsol Saad. Sementara itu, Timbalan Presiden, Khairul Azwan Harun dilantik semula sebagai pengurus pasukan Liga Super manakala Isham Shahruddin selaku penolong pengurus.

Rizal Ali Naizali dilantik pengurus Piala Presiden manakala Zainal Anuar Abdul Rashid pengurus pasukan belia.


sumber: myMetro

NOTA: Harap sangat Perak makin mantap tahun depan. Kejor yob kejor

Tuesday, October 16, 2012

Malam Apresiasi..Korea ke aku??

Assalamualaikum w.b.t




Mungkin tajuk entri kali nih agak menjengkelkan..muahahaha. Harap korang tak muntah bila baca. Malam ni nak citer skit tentang malam apresiasi yang telah dijayakan oleh adik-adik guru pelatih Matematik aku. Memang best la diorang. Aku nih sebenarnya tak la reti berfesyen. Tapi sebab dah kena tema 'Trendy & Elegance', terpaksa la buat research skit dan beli la mana yang patut. Bertuah aku sebab ada gak yang sudi sponsor (bagi pinjam sebenarnya) aksesori serba sedikit. Sejuta terima kasih kepada bro Piju dan Din Kokaq atas keprihatinan kalian..sob3.

Jamuan yang diadakan di Park Avenue pada malam Rabu minggu lepas memang meriah dengan dihadiri oleh semua guru pelatih Matematik termasuk KPLI. Turut diserikan dengan majlis penyampaian award, cabutan bertuah, persembahan dan pelancaran logo GAPEMA (Gabungan Guru Pelatih Matematik) IPG aku. Yang paling menarik malam tu bila tengok pensyarah aku, Dr.Ng Kok Fu mempersembahkan lagu 'Andainya Aku Pergi Dulu' dengan piano..purghh, memang sentap. 

Apa-apa pun aku harap kenangan, ilmu dan pengalaman selama 5 tahun 6 bulan kat Sg.Petani mampu mematangkan aku. Sembang semua tu sepurnama pun tak habis gamaknya kan. Semoga satu langkah keluarnya aku nanti menjadi titik tolak untuk aku menjadi seorang pendidik yang mampu menyumbangkan sesuatu kepada anak murid dan negara. Yang pasti aku bukan Korea tapi anak Malaysia =) 

Monday, October 15, 2012

Sistem Penguji Ketulenan Ijazah

SKUDAI – Imbas Arqis (Academic Record QR Information System) yang dibangunkan melibatkan kos RM100,000 di bawah geran penyelidikan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) untuk kesan ketulenan ijazah adalah  perisian pertama seumpamanya di dunia.

Bukan sahaja bakal dipasarkan di dalam negara, malah ciptaan terkini seorang penyelidik UTM, mampu takluki pasaran antarabangsa apabila dikomersialkan nanti.

Naib Canselor UTM, Profesor Datuk Dr Zaini Ujang berkata, setakat ini, sebanyak empat institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) sudah menunjukkan minat untuk mengguna pakai perisian tersebut di universiti masing-masing.

“Menerusi ciptaan ini, ia dapat mengesan kesahihan setiap sijil dengan mudah sekali. Kita juga yakin perisian ini mampu menarik minat khususnya kepada majikan yang khuatir dalam mencari pekerja baru.

“Dengan kredibilitinya, ia juga diyakini menjadi salah satu alternatif kepada penyelesaian isu ijazah palsu seperti yang pernah dilaporkan berlaku baru-baru ini," katanya kepada media, di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa), Dr Rose Alinda Alias dan Pensyarah Kanan Fakulti Alam Bina Jabatan Perancang Bandar dan Wilayah, Dr Muhammad Zaly Shah Muhammmad Hussein yang mencipta perisian itu.


Sementara itu, buat pertama kalinya, UTM telah mengaplikasikan inovasi tersebut pada majlis konvokesyennya yang berlangsung pada 13 sehingga 16 Oktober ini melibatkan 5,304 pelajar.

Mengulas tentang ciptaan itu, Muhammad Zaly Shah berkata, perisian berkenaan menggunakan kod bertindak cepat (QR) yang dicetak pada ijazah graduan dan dibangunkan bersama ‘Imbas Pembaca’.

“Para majikan yang berminat boleh mendapatkan perisian ‘Imbas Pembaca’ yang mempunyai versi bahasa Melayu dan Inggeris itu dengan memuat turunnya secara percuma di laman web www.imbas.my/download mulai Selasa depan.


Nota: hehe..kantoi sudah sama yang nak menipu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...