Carian

Wednesday, November 30, 2011

Top 5 Orang Melayu Terkaya

Assalamualaikum w.b.t


Kita semua mesti nak jadi kaya. Tapi nak senang memang bukan senang. Betul kan??.. Ok di bawah merupakan 5 orang Melayu terkaya di dunia. Check diz out!!

1. Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary



Nilai Kekayaan: USD 2.5 billion   
Sumber:    Pelbagai
Umur: 59 tahun 
Status: Kahwin

2. Tan Sri Dato’ Azman Hashim
azman hashim Info Menarik   Senarai 5 Orang Melayu Terkaya Di Malaysia


Nilai Kekayaan: USD 785 juta
Sumber: Sektor kewangan
Umur: 72 tahun
Status:Kahwin (salah seorang anak beliau ialah Mizz Nina)



3. Dato' Mokhzani Mahathir

Nilai Kekayaan: USD 560 juta
Sumber: Gas & minyak
Umur: 50 tahun
Status:Kahwin

4. Datuk Shahril & Shahriman Shamsuddin


Nilai Kekayaan: USD 500 juta
Sumber: Gas & minyak
Umur: Shahril (50 tahun), Shahriman (42 tahun)
Status:Kahwin







5. Dato' Kamarudin Meranun



Nilai Kekayaan: USD 495 juta
Sumber: Sektor penerbangan (Air Asia)
Umur: 50 tahun
Status:Kahwin





Monday, November 28, 2011

3 Jenis Kawan

Assalamualaikum w.b.t


Ada 3 jenis kawan yang kita kena tahu:

  1. Golongan kawan yang macam air, setiap masa diperlukan dan selamanya bermanfaat dan menguntungkan.
  2. Golongan kawan yang macam ubat, bila 'sakit' baru ada.
  3. Golongan kawan yang macam kudis, makin digaru makin merebak. 
Nota: Paling bahaya mesti la macam kudis. Kalau tak dijauhi makin membawa kerosakan kepada kita....

Saturday, November 26, 2011

Blackberry Punya Pasal


Tiga Cedera Rebut BlackBerry Diskaun


JAKARTA – Promosi harga diskaun untuk telefon pintar BlackBerry semalam bertukar kecoh apabila beribu-ribu warga Indonesia menyerbu premis perniagaan di sini dengan menyebabkan sekurang-kurangnya tiga orang cedera manakala beberapa yang lain pengsan.
Promosi harga murah itu bertempat di sebuah premis perniagaan di pusat beli-belah Pacific Place di sini.
Sekitar 300 anggota polis dan anggota separa tentera dikerahkan ke lokasi berkenaan selepas sesi promosi itu bertukar kecoh.
Pengeluar telefon BlackBerry, Research in Motion (RIM) mengumumkan seminggu lalu bahawa model baharu BlackBerry Bold 9790 akan dilancarkan di sini semalam pada separuh harga untuk 1,000 pelanggan pertama.
Namun, sekitar 5,000 peminat BlackBerry berkumpul dalam cuaca panas di luar pusat beli-belah berkenaan untuk mendapat peluang membeli model terbaharu itu pada harga AS$260 (RM831) selepas diskaun.
Sebahagian mereka sudah beratur sehari sebelum promosi berkenaan berlangsung, kata polis.
“Promosi itu menjadi huru-hara menjelang tengah hari apabila beribu-ribu orang saling menolak untuk mendekati pusat beli-belah tersebut. Kami terpaksa mengarahkan penganjur supaya menghentikan sesi promosi itu,” kata jurucakap polis Jakarta, Baharudin Djafar.
Seorang wanita berusia 32 tahun dikenali sebagai Sherly yang menunggu sejak awal pagi semalam adalah antara yang pengsan dalam kekecohan tersebut.
“Orang ramai seperti gila dan mula menolak antara satu sama lain, saya dihimpit sehingga tidak sedarkan diri,” dia dipetik sebagai berkata oleh laman berita Jakarta Globe.
Indonesia adalah pasaran telefon BlacBerry terbesar di luar rantau Amerika Utara.
Nota : Hahaaha..macam2

Wednesday, November 23, 2011

Jom Naik Baracuda

Assalamualaikum..


Selepas kejayaan pasukan negara memenangi pingat emas Sukan Sea dalam acara bola sepak baru-baru nih, aku melihat penyokong fanatik Indonesia rata-ratanya sukar menerima kekalahan team mereka. Apa tidaknya, team negara kita sekali lagi terpaksa menaiki kereta perisai 'Baracuda' selepas upacara penyampaian hadiah bagi mengelakkan provokasi tak sudah-sudah mereka.


Tapi lupakan lah peristiwa tu. Tahniah diucapkan buat team negara. Yang penting kekalkan momentum untuk bertemu Syria malam nie. Terus mara 'Harimau Muda'!!. 




Nota : Jangan sampai lepas nih kena naik 'Blackhawk' pulak sudah...muahahaha
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...