Carian

Monday, October 10, 2011

Sifat Keji : Khianat Terhadap Pasangan


KUALA LUMPUR: “Tiada siapa yang dapat menerima pengkhianatan lebih-lebih lagi jika ia berlaku di kalangan pasangan suami isteri,” kata Penasihat Media Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Tuan Asmawi Tuan Umar.
Katanya, perbuatan itu menunjukkan salah seorang pasangan mengalami keruntuhan akhlak atau moral yang serius sehingga sanggup membelakangkan institusi perkahwinan.


Selain itu, tiada mana-mana agama di dunia ini membolehkan perbuatan seperti itu kerana kesannya akan membuatkan banyak pihak menderita.


“Mengikut aspek kemanusiaan, pengkhianatan ini satu jenayah besar dalam sesuatu perhubungan dan sebijak mana pun seorang pasangan itu menderhakai pasangannya, ia tetap akan diketahui di kemudian hari.


“Semua agama mengajar kebaikan dan mahukan yang terbaik untuk penganutnya dan kita seharusnya menghormati perkara itu,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan muka depan Sabtu lalu mengenai seorang suami mengetahui isterinya yang dikahwini sejak 12 tahun lalu curang selepas wanita itu beria-ia mahu menggugurkan kandungan.





Hasil penyiasatan lelaki itu yang juga seorang pakar psikologi, isterinya rupa-rupanya mengandungkan anak luar nikah hasil hubungan sulit dengan rakan sepejabat berusia 40-an.


Malah, selepas dia melakukan semakan bil telefon, dia mendapati lelaki yang menjalin hubungan sulit dengan isterinya itu membuat lebih 2,000 panggilan telefon sepanjang dia tiada di rumah kerana bertugas di luar kawasan.


Tuan Asmawi berkata, perbuatan isteri itu juga menunjukkan pegangan agama dan integriti dirinya tidak kukuh.


“Perkara ini memberi kesan terhadap ahli keluarga lain amnya dan anak-anak mereka khasnya.


“Kelebihan teknologi yang semakin canggih pada masa kini juga memudahkan perbuatan seperti ini diketahui dan didedahkan,” katanya.


Justeru, setiap pasangan harus berfikir sedalam-dalamnya sebelum melakukan sesuatu perkara dan beringat bahawa apa yang dilakukan kini mungkin akan terjadi kepadanya semula kelak.


NOTA: Berhati-hati pilih calon suami atau isteri. Didiklah keluarga dan diri sendiri dengan nilai agama.

1 comment:

  1. nauzubillah..
    janganlah cuba kita curang atau menkhianati orang lain.. *ingatan buat amna juga

    ReplyDelete

Terima kasih daun keladi,
Datang sini, komen le lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...