Carian

Sunday, July 14, 2013

Salam Ramadhan Dari Sarawak



Assalamualaikum w.b.t

Lama rasanya aku tak menulis di sini. Mungkin lepas ni tak boleh nak aktif seperti dulu kerana kini aku sudah mula mengajar di SK Nanga Kebiaw, sebuah sekolah di pedalaman Kapit. First time datang ke sini, pelbagai pengalaman yang bermakna dapat aku perolehi. Sekolah ni dikategorikan sebagai sekolah sekolah di kawasan P3 (hanya boleh dihubungi dengan jalan air) so aku akan keluar ke bandar Kapit sekali-sekala jer. Ini pun masa aku menulis aku stay kat rumah kawan aku di bandar Kapit nih..hehe. Pada kesempatan ini jugak lah aku nak berhubung dengan family aku, rakan-rakan dan ehem2..oPPPSsss..Iye la..bila lagi kan sebab bila masuk hutan nanti mana ada coverage utk handphone.


Dalam kesempatan ni jugak, aku nak mengucapkan SELAMAT BERPUASA buat semua pengunjung blog aku nih. Yang mana follow blog aku nih nanti aku follow balik blog korang...^_^

p/s: Lepas nih mungkin boleh buat contest yang menarik sebab dah ada dana...hehe. Pape pun pesanan untuk semua, puasa yer jangan tak puasa dan jangan bagi alasan kata 'cuti' sbb itu utk golongan Hawa sahaja.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih daun keladi,
Datang sini, komen le lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...