Carian

Friday, June 29, 2012

Osman Kering Meninggal Dunia


KUALA LUMPUR: Pelakon dan pelawak, Osman Kassim atau Osman Kering, 58 meninggal dunia kira-kira jam 3.45 petang, hari ini selepas koma di Unit Rawatan Rapi (ICU), Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), sejak 10 Jun lalu.
Anaknya, Norain, 25, berkata doktor mengesahkan bapanya meninggal dunia selepas mendapati otak dan pernafasannya gagal berfungsi. 
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di sisi tujuh anak serta balunya, Nor Hayati Che Omar, 48. 

sumber

NOTA: Mari sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada beliau. Semoga roh beliau ditempatkan dalam golongan orang yang beriman.

Thursday, June 28, 2012

EURO 2012 : Siapa Bakal Juara?

Assalamualaikum w.b.t




EURO 2012 semakin hampir ke kemuncaknya. Awal pagi tadi (waktu Malaysia), Sepanyol telah berjaya menundukkan Portugal melalui jaringan penalti (4-2). Penjaga gol bagi kedua-dua pasukan iaitu Casillas (Sepanyol) dan Patricio (Portugal) bertindak cemerlang dengan masing-masing menyelamatkan satu sepakan penalti. Namun nasib lebih menyebelahi Sepanyol apabila tendangan Bruno Alves terkena palang gol. Secara keseluruhannya, Sepanyol lebih dilihat mendominasi permainan melalui gandingan pemain tengah perancang mereka seperti Xavi, Iniesta dan Xabi Alonso. 


Awal pagi nanti, satu lagi perlawanan separuh akhir menyaksikan pertemuan antara Itali dan Jerman bakal berlangsung. Siapakah yang akan ke final untuk bertemu Sepanyol dan merebut gelaran juara? Mari sama-sama kita menonton secara langsung di TV3 atau melayari www.tonton.com.my pada pukul 2.45 pagi nanti.


NOTA : Kalau rajin boley terus solat sunat dulu 2 rakaat. Lepas tu tengok la puas-puas. Aku pilih Jerman sebagai team pilihan aku. Go  Jerman go!!

Tuesday, June 26, 2012

Malaysia (U-22) menang 7-0. Terbaik!!!


SKUAD Bawah 22 Tahun negara (B-22) menjadikan Filipina sebagai mangsa kebangkitan apabila merekod kemenangan besar 7-0 pada perlawanan kedua Kumpulan G Kejohanan Kelayakan Piala Asia 2013 B-22, semalam yang menyaksikan Rozaimi Abd Rahman muncul pemain paling menyinar dengan ledakan empat gol.
Ini kemenangan pertama cukup bermakna buat skuad kendalian Ong Kim Swee yang turun dengan misi memungut tiga mata penuh selepas dikecewa pasukan pilihan Korea Selatan, 2-3 pada aksi pembukaan Sabtu lalu.

“Saya berpuas hati dengan kemenangan pertama ini, tapi mengingatkan pemain supaya jangan cepat selesa. Saingan masih panjang dan kami masih ada baki tiga lagi perlawanan.


“Selepas ini kami berdepan Taiwan dan saya harap semua pemain mampu mengekalkan momentum,” kata Kim Swee yang dihubungi di Yangon, Myanmar selepas tamat perlawanan itu.

Ternyata percaturannya membuat rombakan dengan menurunkan Mohd Fadhli Shas, Gary Steven Robbart, Rozaimi dan pemain berusia 16 tahun, Muhammad Ariff Farhan Md Isa bagi menggantikan Muhammad Nazmi Faiz Mansor berjaya.


“Saya gembira dengan prestasi mereka khususnya Rozaimi yang memainkan peranan penting hari ini (semalam). Kemampuan Rozaimi membuktikan kami bukan hanya bergantung kepada pemain penyerang untuk mencipta jaringan,” kata Kim Swee.



Untuk berita lanjut klik sini


Sumber : myMetro
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...