Carian

Saturday, April 27, 2013

Kronologi Kes Bunuh Timbalan Ketua Pengarah Kastam

Maut ditembak tepat di leher
Lokasi Kejadian (Sumber)
SEKILAS PANDANG

PUTRAJAYA - Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri), Datuk Shaharuddin Ibrahim, 58, mati ditembak ketika dalam perjalanan dari rumahnya di Dengkil ke pejabatnya di Putrajaya, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 8.15 pagi itu, mangsa parah selepas salah seorang daripada suspek
 yang merupakan pembonceng motosikal melepaskan tiga das tembakan ke arah arwah yang berada di hadapan sebelah kiri tempat duduk penumpang, ketika keretanya berhenti di persimpangan lampu isyarat dari Lebuh Sentosa ke Lebuh Wawasan.


KRONOLOGI:

7.55 pagi – Kereta Nissan Murano dinaiki Datuk Shaharuddin Ibrahim bergerak dari rumahnya
di Kondominium Intan, Dengkil untuk ke pejabatnya di Putrajaya.

8.15 pagi – Kereta berhenti di persimpangan lampu isyarat dari Lebuh Sentosa ke Lebuh Wawasan ke Presint 2, Putrajaya. Seorang pembonceng motosikal melepaskan tembakan ke arah arwah yang berada di hadapan sebelah kiri tempat duduk penumpang. Pemandu terus bawa mangsa ke Hospital Putrajaya.

9.20 pagi - Mangsa disahkan meninggal dunia dan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat dan jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 20, Putrajaya.

Sumber: Sinar Harian.com.my

Friday, April 26, 2013

Hari Yang Mendatang : Konvokesyen

Assalamualaikum w.b.t

Syukur sebab hari ni dapat gak aku selesaikan urusan pembayaran bagi Majlis Konvokesyen IPGM 2013 yang akan berlangsung pada 26 hingga 29 Mei kelak (lepas PRU 13). RM 200 gak la melayang dengan posting yang masih lagi tak dengaq khabar berita. Namun aku tetap bersyukur sebab sekurang-kurangnya aku bekerja secara sambilan mengajar di pusat-pusat tuisyen sekitar tempat tinggal aku. Kalau naik moto ada la dalam 15 minit. Aku berterima kepada Cikgu Shima yang memberikan peluang kerja kepada aku. Thanks a lot ^_^. So, dengan duit gaji tu la aku lunaskan bayaran nih. Alhamdulillah

Putrajaya, here I come!!

p/s: Mendung je cuaca petang nih..hujan pun sodap nih

1# Info Menarik Hari Ini

Assalamualaikum w.b.t


p/s : Rajin-rajin bersenam dan ambil makanan yang seimbang ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...