Carian

Sunday, January 16, 2011

Minda Biar Terbuka, Madah Biar Waspada

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, akhirnya saya berjaya membuka akaun blog saya sendiri setelah lama berkira-kira untuk membuat blog ini. Dengan kesempatan yang ada, saya cuba menyediakan bahan bacaan untuk dikongsi bersama-sama dengan anda. Sebagai manusia, kita perlu sedar yang ilmu kita ini hanyalah ibarat setitis air di lautan jika hendak dibandingkan dengan ilmu yang ada pada Tuhan semesta alam. Ilmu itu ada di mana-mana namun kita perlu bijak menilai dan memanfaatkannya. Mari kita sama-sama merenung kembali adakah kita sudah puas dengan ilmu yang kita ada atau adakah kita mengamalkan pengetahuan yang kita ada untuk jalan yang sebaiknya. Biar minda kita terbuka dan waspadalah dengan kata-kata kerana kata-kata itu tiada gunanya tanpa ilmu di dada.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih daun keladi,
Datang sini, komen le lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...