"Membaca, setelah beberapa waktu, menggelapkan fikiran, terlalu jauh dari pencarian kreatifnya. Seseorang yang membaca terlalu banyak dan menggunakan otaknya terlalu sedikit akan menjadi kebiasaan MALAS untuk berfikir"- Albert Einstein
Mari kita renungkan kata-kata seorang ilmuwan yang terkenal pada zamannya. Beliau dilahirkan pada 14 Mac1879 dan meninggal dunia18 April 1955. Merupakan seorang ilmuwan Fizik yang mengemukakan teori relativiti dan juga banyak menyumbang bagi perkembangan teori mekanikal kuantum, mekanikal statistik, dan kosmologi. Dia dianugerahkan penghargaan Nobel dalam Fizik pada tahun 1921 untuk penjelasannya tentang kesan fotoelektrik dan prinsip "pengabdiannya".
Mustahil ke kita nak mendapat kejayaan sebegitu??? Kita sendiri perlu menyedari bahawa tiada apa yang mustahil di sisi Allah S.W.T. Fahami ayat suci Al-Quran di bawah;
"Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: ” Jadilah engkau! “. Maka ia terus menjadi" - Surah Ya Sin, ayat 82
Setiap manusia mempunyai otak untuk berfikir dan melalui pemikiran yang dijana oleh otak kita itulah yang menghasilkan sesuatu kelakuan (action). Orang yang jarang-jarang berfikir atau memerah otaknya untuk berfikir mempunyai paling minimum 10 bilion sel. Setiap sel berhubung antara satu sama lain. Orang yang rajin dan kuat berfikir mempunyai hingga 1 trilion sel dalam kapasiti saiz otak yang sama. Oleh itu dapat disimpulkan bahawa semakin kerap seseorang berfikir maka semakin aktif berlakunya jalinan antara neuron-neuron dalam otak.
Membina Imaginasi Yang Kreatif
Adakalanya kita sering diperlekehkan kerana idea-idea kita yang dianggap leceh @ tak berguna pun..Hurmm..nak marah ke?? Biarkan saja dan teruskan usaha untuk merealisasikan apa yang anda fikirkan tu. Lihat fakta-fakta di bawah :
a) Pengasas Disneyland, Mr Walt Disney ketika bekerja di syarikat akhbar pernah dimarahi oleh editornya oleh kerana “Tidak mempunyai imaginasi dan tidak pernah mempunyai idea yang bernas”!
b) Isaac Newton sering gagal ketika sekolah dan diberi gelaran oleh guru-guru sebagai murid yang “tiada harapan”!
c) F.W Woolworth ketika berumur 21 tahun bekerja dikedai runcit sering dimarahi oleh pemilik kedai sebagai “seorang yang tidak pandai menjual!”. Kini, Woolworth adalah antara rangkaian pasaraya terbesar di United Kingdom!
d) Albert Einstein memperkenalkan teori relativiti selepas berfikir mengenai kemungkinan manusia untuk bergerak sejauh 300,000,000 km/j!!
e) Leonardo da Vinci yang terkenal pada 'zaman Renaisance' mengkonseptualkan beberapa ciptaan mustahil seperti helikopter, kereta kebal dan kapal selam melalui lukisannya. Kini, semua ciptaan tersebut telah direalisasikan.
Tokoh-tokoh ini berjaya dan terkenal kerana daya imaginasi mereka yang kuat di samping usaha yang berterusan dan bersungguh-sungguh!!!!
Tips-Tips Untuk Membentuk Imaginasi Kreatif
Kadangkala imaginasi akan terlintas di fikiran kita pada bila-bila masa tanpa ada usaha untuk merealisasikannya. Jadi untuk menghasilkan sesuatu yang 'HEBAT', kita perlu menyusun imaginasi kita dan merangka pelan untuk menjadikan apa yang kita imaginasikan itu menjadi realiti. Cuba bayangkan kereta yang mempunyai AI (artificial intelligence). Pasti kemalangan dapat dikurangkan bukan!!
Perkara pokok dalam membentuk imaginasi yang kreatif ialah melalui proses penyelesaian masalah. Minda yang kreatif sentiasa datang bukan sahaja dengan jawapan tetapi juga dengan soalan. Untuk memupuk minda kreatif ini, cuba langkah-langkah di bawah:
1. Ubah perspektif kamu. Kadangkala kita perlu berfikir pada sudut yang berbeza. Sebagai contoh, berfikir mengikut pandangan kanak-kanak memberi idea kepada kita dalam menyelesaikan beberapa masalah tertentu. Bagi usahawan pula, mereka perlu memikirkan apa yang pelanggan mahukan untuk menghasilkan inovasi terhadap produk yang dikeluarkan.
2. Cabar tanggapan kamu. Apa yang akan terjadi apabila restoran tiada pekerja?? Sebenarnya, pemilik restoran itu mampu untuk menguruskan restoran itu seorang diri.Bagaimana?Pelanggan akan membayar menu yang mereka inginkan melalui mesin di kaunter, menikmati menu secara buffet dan segalanya akan diselesaikan secara automatik seboleh-bolehnya. Cuba anda fikirkan masalah lain pula....
3. Biar idea anda meletup!! Idea anda adakalanya mampu menjadi kenyataan.Tenang, biarkan idea itu datang melalui pelbagai bentuk dan apa yang penting kita boleh membuang idea itu kelak jika dirasakan tidak perlu. Sebagai contoh, Seorang designer dari Inggris bernama Priestman Goode memiliki sebuah visi dari sebuah produk yang sederhana dan sangat praktis. Pills To Go menggabungkan 2 caplet dari bekas yang anda sukai boleh bersatu dengan air.

Pills To Go |
No comments:
Post a Comment
Terima kasih daun keladi,
Datang sini, komen le lagi