Carian

Thursday, February 16, 2012

Satu Platun Tentera Korea Masuk Islam

Satu Platun Askar Korea Masuk Islam


Komandan & 37 askar masuk Islam, Kapten San Jin-Gu adalah salah satu komandan Brigade-11SF, pasukan perdamaian PBB dari Korea Selatan yg ditugaskan di Iraq. Kapten San dan pasukannya bertugas di wilayah Irbil, Iraq Utara.

Semasa bertugas di wilayah tersebut, dia sering mengamati orang-orang muslim bersolat berjemaah di masjid, kebetulan markas pasukannya berada dekat masjid. Dia sangat terpegun dengan gerakan-gerakan solat. Kerana dihinggapi rasa kagum, dia mencuba meniru seluruh gerakan solat dan dipraktikkan di biliknya bersendirian.



Semasa dia mempraktikkan gerakan solat itulah, dia merasakan ada ketenangan, dan perasaan damai dalam hatinya. Itulah sebabnya, gerakan-gerakan solat tersebut kemudian, dia jadikan program meditasi di pasukan yg dia pimpin (disamping Yoga), dan ternyata sebagian besar perajurit setelah mempraktikkan gerakan-gerakan solat tersebut merasakan perkara yg sama, mereka juga merasa lebih tenang dan damai.

Sejak itu Kapten San berinisiatif mempelajari Islam untuk mengenali dengan lebih mendalam lagi, dan akhirnya dia memutuskan untuk memeluk Islam.

Ketika niatnya ingin memeluk Islam disampaikan kepada perajurit-perajuritnya, dia berkata:

“aku telah menemui cahaya kehidupan yang sesungguhnya, aku ingin berada dalam cahaya itu, dan cahaya itu adalah Islam”.

Tanpa dia duga, secara spontan 37 orang askar di bawah pimpinannya mengangkat tangan mereka, sebagai tanda ikut bersama komandannya – untuk juga memeluk Islam.




Wednesday, February 15, 2012

Empat Rakan Didakwa Bunuh Sahabat

Bila syaitan menguasai diri.......

KUALA LUMPUR: Empat rakan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini Rabu atas tuduhan membunuh seorang sahabat mereka di sebuah kondomiminum dekat sini, dua minggu lepas.
Sherill Clarissa Razif, 23, Elina Mahli, 24, Huzaifah Kamal, 23, dan Raja Nur Bahiah Raja Kamarulzaman, 23, didakwa membunuh seorang wanita, Nor Shahirah Hassan, 26, di Blok 3, No 3-7-7, Genting Court Condo, Jalan Genting Klang, Setapak dekat sini antara pukul 12 tengah malam hingga 5 pagi, 3 Februari lalu.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Keempat-empat tertuduh mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka oleh jurubahasa mahkamah.
Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan.
Majistret Erry Shahriman Nor Aripin menetapkan 19 April depan untuk sebutankes.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Cif Insp S. Chandra manakala hanya Sherill diwakili peguam Leng Wie Mun.
Akhbar sebelum ini melaporkan kematian seorang wanita, yang dikatakan membunuh diri dengan terjun dari tingkat tujuh sebuah kondominium di Jalan Genting Klang, Setapak, dekat sini, sebaliknya mempunyai unsur jenayah selepas polis menemui kesan melecur pada badan mangsa. - BERNAMA

Tuesday, February 14, 2012

Hukum Orang Islam Menyambut Perayaan Valentine's Day

Keputusan: 

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-71 yang bersidang pada 22-24 Nov 2005 telah membincangkan Hukum Orang Islam  Menyambut Perayaan Valentine's Day. Muzakarah berpandangan bahawa  ajaran Islam amat mengutamakan kasih sayang dan tidak ada hari tertentu di dalam Islam bagi meraikannya.
Oleh itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.


Keterangan/Hujah: 

Sejarah Valentine’s Day tidak ada di dalam Islam. Amalan, budaya dan hasrat perayaan ini mempunyai unsur-unsur Kristian yang bercanggah dengan Islam.


Di dalam Islam tidak ada hari tertentu bagi meraikan kekasih atau kasih sayang. Islam sangat menitikberatkan soal kasih sayang dan setiap hari di dalam Islam adalah hari kasih sayang.
Islam menolak konsep kasih sayang yang terkandung dalam Valentine’s Day kerana unsur-unsur ritual keagamaan yang diamalkannya boleh menggugat akidah Islam.


Hukum Islam jelas dalam hal melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam. Ini berdasarkan sebuah hadith Rasulullah s.a.w.:




من تشبه بقوم فهو منهم     


“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia termasuk dalam kaum tersebut.”
                                                                                                       ( Riwayat Abu Daud)


Rasulullah s.a.w. juga bersabda:




من عمل عملا ليس عليه أمرنا فهو مردود


“Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia akan ditolak.”
                                                                                      (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Kebanyakan golongan remaja Islam hari meraikan Valentine’s Day dengan perbuatan- perbuatan yang dilarang oleh Islam. Gejala seperti ini sekiranya tidak dibendung akan merosakkan generasi umat Islam akan datang.


Sumber

Sunday, February 12, 2012

Tanda-Tanda Awal Kanser

Dipetik: Syareena.com
TANDA-TANDA AWAL KANSER
(1) Kanser pangkal rahim – sebarang lelehan atau pendarahan yang luarbiasa, sakit selepas bersenggama dan turun berat badan.
(2) Kanser payudara – bengkak atau gumpalan di buah dada, keluar cairan berdarah dari puting, pembesaran kelenjar di ketiak, kedutan pada kulit di buah dada.
(3) Kanser usus besar – perubahan pada tabiat membuang air,hilang berat badan, sakit dalam perut dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air.
4) Kanser paru-paru – batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafas termengah-mengah,sakit dada dan hilang berat badan.
5) Kanser perut – hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaan yg tidak teratur,cepat kenyang walaupun makan sedikit.
6) Kanser limpa – sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan,turun berat badan,kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak.
7) Kanser ovari – haid menjadi tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian abdomen, sakit semasa bersenggama, ketumbuhan bulu rambut yg melampau, suara menjadi lebih mendalam.
8) Kanser otak – sakit kepala,muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemah atau lumpuh, pening/pitam, pelupa, perubahan personaliti.
9) Kanser prostat – sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan.
(10) Kanser darah (leukimia) -letih,pucat, mudah lebam dan mudah mendapat jangkitan (infection).
(11) Kanser tekak – suara garau/serak, ada ketumbuhan di tekak,sukar menelan dan kelenjar membengkak di leher.
10 PENYEBAB UTAMA KANSER
(1) Makanan
(2) Tembakau
(3) Alkohol
(4) Radiasi
(5) Sinaran cahaya matahari
(6) Pekerjaan
(7) Pengambilan ubat
(8) Pencemaran air dan udara
(9) Perokok yang tidak aktif
(10) Keturunan
TEH DAN KANSER
Teh meningkatkan aktiviti antioksidan di dalam darah,membantu mengelakkan sakit jantung dan kanser. Di negara Jepun dan China, mereka mempercayai bahawa meminum teh bersama hidangan dapat mengurangkan risiko penyakit kanser. Teh juga berupaya menyerang bakteria yang boleh menyebabkan penyakit gusi selain memperkuatkannya. Teh juga mempergiatkan enzim sistem “detoxification” di dalam limpa, membantu menyingkirkan bahan-bahan kimia yang tidak dikehendaki oleh tubuh serta membantu melindungi arteri. Ia juga berupaya untuk menghalang darah beku dan juga mengurangkan risiko serangan stroke.
DIET UNTUK MENCEGAH BENJOLAN PADA PAYUDARA
(1) Hindari makanan berlemak dan bergoreng
(2) Hindari makanan ringan yang masam
(3) Kurangkan minum kopi dan minuman bergas
(4) Berhati-hati semasa mengambil ubat selsema ataupun aspirin
(5) Ambil makanan mengandungi vitamin E,B-6,dan evening primrose oil



Nota :
Daripada Jabir bin Abdullah dari Nabi s.a.w sabdanya:
“Tiap-tiap penyakit itu(ada) ubatnya. Apabila menepati ubat terhadap penyakit tersebut, maka sembuhlah dengan izin Allah”
(Riwayat Muslim dan Ahmad)





Cintai Bahasa

Assalamulaikum w.b.t

Memang tak dapat dinafikan, masih ada lagi sesetengah indiividu/pihak yang masih lagi melakukan kesilapan dalam ejaan Bahasa Melayu khususnya pada iklan mahupun peringatan seperti gambar di bawah. Mungkin kesilapan ini tidak disengajakan namun pada masa akan datang, usaha bagi mengelakkan kesalahan ini daripada berulang perlulah dilakukan. Kan bahasa tu jiwa bangsa..=)


Nota: Yang penting niat penjaga tandas awam ni dah baik. Cuma salah eja jer..hehe

Tuesday, February 7, 2012

Keropok Lekor Herba..MENARIK!

Keropok Lekor Herba Untuk Awet Muda

KUALA TERENGGANU – Yayasan Pembangunan Keluarga (YPU) Terengganu dengan kerjasama Sidratul Corporation Sdn. Bhd., akan mengeluarkan keropok lekor dan keping yang diadun dengan pelbagai tumbuhan herba.
Ketua Pegawai Eksekutif YPU, Azmi Razik berkata, langkah tersebut sebagai antara usaha membawa keropok Terengganu menembusi pasaran antarabangsa.
“Keropok tersebut akan terasa tongkat ali, kacip fatimah, manjakani dan lain-lain tumbuhan herba untuk awet muda yang akan diadunkan sebagai salah satu bahan untuk membuat keropok,” katanya di sini hari ini.
Beliau berkata, keropok terbabit dijangka dapat dikeluarkan selewat-lewatnya pertengahan tahun ini. – BERNAMA

Monday, February 6, 2012

Sultan Kelantan Lawat Mangsa Tembak

Sultan Kelantan Lawat Mangsa Tembak
KOTA BAHARU – Seorang suri rumah yang menjadi mangsa tembakan oleh perompak di Kampung Slow Machang, Pasir Mas, minggu lepas, melahirkan rasa teruja kerana nasib malang yang menimpanya mendapat perhatian Sultan Kelantan Sultan Mohammad V, yang melawatnya, di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII), di sini.
Che Hasmah Awang, 50, menganggapkan keberangkatan Sultan Kelantan itu menyuntik semangatnya untuk pulih daripada dihantui trauma ekoran kejadian rompakan di rumahnya pada pukul 5 pagi, 30 Jan lepas.
“Saya amat bersyukur kerana selain menerima sumbangan, saya juga dapat bertemu dan bercakap secara dekat dengan baginda Sultan yang tidak pernah saya impikan sebelum ini.
“Inilah apa yang dikatakan orang, Sultan berjiwa rakyat,” katanya kepada Bernama, sambil menyifatkan berpuas hati kerana dapat berbual mesra dengan baginda Sultan walaupun sekejap.
Sultan Kelantan singgah di hospital itu Sabtu ketika dalam perjalanan ke Kampung Alor Pasir, Pasir Puteh untuk menziarah keluarga dua kanak-kanak adik beradik yang mati lemas dua hari lepas.
Che Hasmah cedera parah selepas terkena tembakan di perut kanan dalam kejadian rompakan di rumahnya di mana perompak melarikan sebuah kereta Honda Jazz, barang kemas serta wang tunai RM5,000. – BERNAMA

Nota: Semoga baginda sultan dirahmati Tuhan

Sunday, February 5, 2012

Salam Maulidur Rasul



Nota : Marilah sama-sama kita memperbanyakkan selawat ke atas Rasulullah s.a.w. InsyaAllah...

Friday, February 3, 2012

Kajian: Seorang Daripada 6 Orang Rakyat Malaysia Hadapi Masalah Mental

SUNGAI PETANI – Tinjauan Kesihatan Mobiditi dan Kesihatan 2011 menunjukkan 12 peratus rakyat Malaysia berusia antara 18 dan 60 tahun berhadapan pelbagai jenis penyakit mental.
Presiden Persatuan Psikiatri Malaysia (MPA) Dr Abdul Kadir Abu Bakar berkata statistik itu satu angka yang tinggi kerana menunjukkan seorang daripada enam rakyat negara ini ada penyakit mental.
“Macam kemurungan ada dua peratus, sakit risau ada 1.8 peratus dan psikosis ada satu peratus. Penyakit mental yang serius adalah macam psikosis, dan kemurungan…penyakit keresahan itu pun kronik juga dan kemudiannya penyakit ringan-ringan yang lain,” katanya ketika ditemui di sini.
Katanya Tinjauan Kajian Mobiditi dan Kesihatan itu juga mendapati wanita dua kali ganda lebih ramai mengalami sakit mental berbanding lelaki.
“Puncanya bagi wanita kerana masalah dengan pasangan dan masalah dengan anak-anak…kedua-dua ini punca yang penting. Bagi lelaki pula punca lebih kepada kemalangan jalan raya yang mana mengalami kecederaan otak dan penyalahgunaan dadah,” katanya.
Sehubungan itu, beliau menyarankan agar golongan wanita mendapatkan rawatan doktor secepat mungkin jika mengalami kemurungan dan kerisauan berlanjutan dalam tempoh melebihi dua minggu bagi mengelakkan perkara yang lebih buruk.
“Kalau kita (wanita) risau baca (surah) Yassin banyak, bincang dengan mak dan ayah serta suami…dapat kurangkan tetapi jika kita tidak dapat berbincang dan kurangkan, itu akan bagi masalah,” katanya.
Beliau berkata terdapat 45 jabatan psikiatri di seluruh negara di samping empat buah hospital mental untuk pesakit mental menjalani rawatan pemulihan dengan sebaik mungkin. – BERNAMA

Rumah Terbalik Di Malaysia??

Assalamualaikum w.b.t

Malaysia kena gempa bumi ke?? Tak la cuma ada individu yang membina rumah ini sebagai satu mesej untuk menyedarkan orang ramai tentang penjagaan alam sekitar. Berita lanjut boleh di baca di bawah:



KOTA KINABALU: Seorang lelaki kelahiran Sabah membelanjakan setengah juta ringgit bagi membina rumah terbalik pertama di Malaysia yang menyampaikan mesej alam sekitar.
Yee menunjukkan rumah terbalik yang dibinanya di Kampung Bantayan-Telibong di Sabah. Foto ihsan Alexander Yee.
Alexander Yee berkata, struktur rumah luar biasa yang terletak di Kampung Bantayan-Telibong, kira-kira 40 kilometer dari bandar itu amat berbaloi.
“Jika kita terus mengeksploitasi sumber semulajadi secara berterusan, lambat laun kita akan melihat dunia ‘terbalik’ (musnah),” kata Yee yang memiliki firma binaan selain mengusahakan rumah penginapan untuk pelancong di taman hidupan liar daerah Kinabatangan di pantai timur Sabah.
Yee menunjukkan rumah yang berkeluasan 140 kaki persegi itu dilengkapi dengan kemudahan lengkap termasuk ruang tamu, bilik mandi, ruang makan dan juga dapur yang mempunyai ciri-ciri tradisional Sabah.
Dia berkata, semuanya diletakkan secara terbalik dan ini termasuk peti sejuk, dapur memasak dan periuk nasi di dapur serta mesin jahit.
Pembinaan rumah terbalik itu mengambil masa hampir enam bulan melibatkan bumbung, dinding dan lantai yang diperkukuhkan dengan hiasan dalaman yang membuatkannya seperti tergantung.
Hiasan dalaman di dalam rumah diletakkan secara terbalik seolah-olah seperti tergantung.
Yee berkata, pengunjung boleh melawat rumah terbalik itu.
Bayaran masuk berharga RM18 bagi orang dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak berusia sehingga 12 tahun.
Bagi mereka yang mempunyai MyKad boleh mengunjungi rumah terbalik itu dengan bayaran RM10.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai rumah terbaik Yee di laman sosial Facebook yang dibuka untuk rekaan terbaru itu.    SUMBER                                                      
Nota: Tak perlu la ke Gettorf, Jerman semata-mata nak tengok rumah terbalik kat sana. Sini pun dah ada..=)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...