Carian

Wednesday, February 15, 2012

Empat Rakan Didakwa Bunuh Sahabat

Bila syaitan menguasai diri.......

KUALA LUMPUR: Empat rakan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini Rabu atas tuduhan membunuh seorang sahabat mereka di sebuah kondomiminum dekat sini, dua minggu lepas.
Sherill Clarissa Razif, 23, Elina Mahli, 24, Huzaifah Kamal, 23, dan Raja Nur Bahiah Raja Kamarulzaman, 23, didakwa membunuh seorang wanita, Nor Shahirah Hassan, 26, di Blok 3, No 3-7-7, Genting Court Condo, Jalan Genting Klang, Setapak dekat sini antara pukul 12 tengah malam hingga 5 pagi, 3 Februari lalu.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Keempat-empat tertuduh mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka oleh jurubahasa mahkamah.
Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan.
Majistret Erry Shahriman Nor Aripin menetapkan 19 April depan untuk sebutankes.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Cif Insp S. Chandra manakala hanya Sherill diwakili peguam Leng Wie Mun.
Akhbar sebelum ini melaporkan kematian seorang wanita, yang dikatakan membunuh diri dengan terjun dari tingkat tujuh sebuah kondominium di Jalan Genting Klang, Setapak, dekat sini, sebaliknya mempunyai unsur jenayah selepas polis menemui kesan melecur pada badan mangsa. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Terima kasih daun keladi,
Datang sini, komen le lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...