Carian

Loading...

Friday, February 3, 2012

Kajian: Seorang Daripada 6 Orang Rakyat Malaysia Hadapi Masalah Mental

SUNGAI PETANI – Tinjauan Kesihatan Mobiditi dan Kesihatan 2011 menunjukkan 12 peratus rakyat Malaysia berusia antara 18 dan 60 tahun berhadapan pelbagai jenis penyakit mental.
Presiden Persatuan Psikiatri Malaysia (MPA) Dr Abdul Kadir Abu Bakar berkata statistik itu satu angka yang tinggi kerana menunjukkan seorang daripada enam rakyat negara ini ada penyakit mental.
“Macam kemurungan ada dua peratus, sakit risau ada 1.8 peratus dan psikosis ada satu peratus. Penyakit mental yang serius adalah macam psikosis, dan kemurungan…penyakit keresahan itu pun kronik juga dan kemudiannya penyakit ringan-ringan yang lain,” katanya ketika ditemui di sini.
Katanya Tinjauan Kajian Mobiditi dan Kesihatan itu juga mendapati wanita dua kali ganda lebih ramai mengalami sakit mental berbanding lelaki.
“Puncanya bagi wanita kerana masalah dengan pasangan dan masalah dengan anak-anak…kedua-dua ini punca yang penting. Bagi lelaki pula punca lebih kepada kemalangan jalan raya yang mana mengalami kecederaan otak dan penyalahgunaan dadah,” katanya.
Sehubungan itu, beliau menyarankan agar golongan wanita mendapatkan rawatan doktor secepat mungkin jika mengalami kemurungan dan kerisauan berlanjutan dalam tempoh melebihi dua minggu bagi mengelakkan perkara yang lebih buruk.
“Kalau kita (wanita) risau baca (surah) Yassin banyak, bincang dengan mak dan ayah serta suami…dapat kurangkan tetapi jika kita tidak dapat berbincang dan kurangkan, itu akan bagi masalah,” katanya.
Beliau berkata terdapat 45 jabatan psikiatri di seluruh negara di samping empat buah hospital mental untuk pesakit mental menjalani rawatan pemulihan dengan sebaik mungkin. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Terima kasih daun keladi,
Datang sini, komen le lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...