Assalamualaikum...
Kebelakangan nie agak sukar nak update selalu blog ni sebab tugas aku masih bertimbun (sedang berpraktikal). Hari ni aku sempat meluangkan masa ke Mesyuarat Agung PIBG tempat aku ngajaq. 7.30 pagi dah ke sekolah hari ni walaupun dengan berat hati aku melangkah keluaq rumah sambil melihat kawan-kawan masih tidoq syok je ari Sabtu ni.
Sampai sekolah aku tolong la mana yang patut sampai la majlis bermula. Aturcara bermula dengan ceramah motivasi oleh Tn. Hj. Azmi Bin Mahmud yang bertugas sebagai seorang kaunselor di SMK Bandar, Sg.Petani, Kedah. Aku ingat aku tak dapat bertahan untuk ceramah yang hampir 2 jam tu tapi at last sampai habis gak aku dengaq ceramah tu bersama para ibu bapa. Macam-macam perihal termasuklah gejala soSIAL dalam kalangan orang Melayu, bagaimana nak mendidik anak, bagaimana menjadi ibu bapa cemerlang dan lain-lain lagi la. Overall, memang mantap la isi ceramah beliau.
Nak tulis banyak-banyak pun aku memang tak cukup masa lagi-lagi dengan proposal kajian aku yang tak siap lagi ni. Mungkin madah di bawah ni (oleh penceramah) boleh aku kongsikan kepada pembaca blog aku ni dan dapat dihayati bersama;
ILMU itu teman sejati,
AKHLAK itu nilainya tinggi,
BUDI itu penghias diri,
SOPAN itu cerminan pekerti,
AGAMA (Islam) itu bekalan ke mati....
Nota: Besaq tanggungjawab sebagai pendidik sekarang. Amanah dipikul bukan sebarang. Menghasilkan modal insan tak macam buat barang.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih daun keladi,
Datang sini, komen le lagi