Carian

Monday, March 26, 2012

Wakil Rakyat Perlu Isytihar Harta

Assalamualaikum,

Sempat gak aku meluangkan masa malam ni. Bahang pilihan raya makin terasa. Banyak blog yang aku dah terjah termasuklah pro-kerajaan mahupun Pakatan Rakyat. Macam biasa la serang sana serang sini. Tapi apa yang menarik perhatian aku ialah ada segelintir wakil rakyat yang dilihat 'terlebih kaya'. Hahaha. Mana dapat??. Aku pun malas nak tuduh yang bukan-bukan. Mungkin  Dah tiba masanya untuk setiap wakil rakyat isytihar harta masing-masing. Aku selaku rakyat marhaen ni nak lihat la keadilan tu wujud. Bukan apa kesian sangat aku tengok ada rakyat yang hidup melarat.

Pape pun tengok petikan berita di bawah:


Nik Aziz: Saya tiada masalah isytihar harta jika perlu


Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan kesediaannya untuk mengisytiharkan harta jika undang-undang memerlukan beliau berbuat demikian.
Isu pengisytiharan harta, menurut Mursyidul Am Pas ini, sudah lama dibangkitkan tetapi malangnya sehingga kini rasuah berleluasa kerana manusia tidak bertakwa kepada ALLAH s.w.t.
"Kalau kena isytihar, saya isytihar tapi yang pentingnya takwa kepada ALLAH. Kalau hakim atau polis tidak bertakwa contohnya, maka berlakulah rasuah," kata beliau di sini hari ini.


Nota :  Aku cipta pantun ni khas untuk entri ni :

                                Sinar mentari terang cahaya,
                                           Sesuai sungguh menjemur kain,
                                Duit dan pangkat mainan si kaya,
                                            Harapan dan janji untuk si miskin                                           
                                            

No comments:

Post a Comment

Terima kasih daun keladi,
Datang sini, komen le lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...