Carian

Friday, August 10, 2012

Monteng Puasa

Sekadar hiasan... Mungkin macam ni la reaksi golongan yang
tak puasa melahap makanan mereka

KUALA LUMPUR: Tanpa rasa malu atau sebarang reaksi bersalah, segelintir umat Islam yang tidak berpuasa berani membeli makanan dari gerai makan pada waktu siang walaupun lokasinya menjadi tumpuan orang ramai.
Tinjauan di Jalan AU3/29, Keramat, Hulu Klang, semalam mendapati, ada individu membeli makanan untuk dibungkus seawal jam 11 pagi sedangkan waktu berbuka puasa sekitar jam 7.20 malam.

Wartawan yang menunggu satu jam di lokasi mendapati lebih 10 motosikal terma
suk kereta berhenti di hadapan kedai dan meninggalkan semula kedai itu dengan bungkusan makanan di tangan.

Tidak ada perasaan takut mahupun segan apabila mereka memilih pelbagai lauk dan nasi dengan selamba di gerai nasi campur itu sebelum beredar dengan melemparkan senyuman.

Seorang buruh yang hanya mahu dikenali sebagai Azam, 30-an, mengaku tidak berpuasa dengan alasan penat kerana terpaksa bekerja di tempat yang panas dan menggunakan tenaga yang banyak.


“Dulu selalu minta kanak-kanak di kawasan ini belikan makanan dan upah akan diberikan, tetapi melihatkan ramai juga orang Melayu kita ke kedai makan, saya pun ikut serta, tambahan pula tempat ini selamat dan tak pernah diserbu lagi.



“Memang takut ditangkap penguat kuasa yang buat serbuan, tapi kena pandai-pandailah,” katanya.

Pemerhatian lebih sejam juga mendapati, dua gerai Melayu berdekatan Sekolah Kebangsaan Keramat di kawasan itu didatangi lebih 20 lelaki yang dipercayai beragama Islam untuk membeli pelbagai makanan dan majoriti daripadanya berusia antara pertengahan 20-an serta kelihatan sihat fizikal mereka.


Hasil penyamaran wartawan untuk membeli makanan di salah sebuah gerai tersebut mendapati terdapat lebih 10 jenis lauk terhidang secara terbuka yang dijual seorang lelaki Melayu dan dibantu beberapa pekerja Indonesia.

Dan bagi mengelakkan makanan yang dibeli dilihat orang ramai, peniaga menggunakan plastik hitam bagi melindungi bungkusan makanan itu.


Penduduk yang mahu dikenali sebagai Hanapi berkata, walaupun terdapat hampir 10 gerai di kawasan itu, hanya dua gerai saja yang berani beroperasi awal.


Sumber

NOTA: Ini la yang berlaku bila Melayu merosakkan Melayu. Islam tak dihiraukan. Hidup Melayu!!

2 comments:

  1. Macam nilah Melayu yang tak kuat jati dirinya.... Islam hanya pada nama.... kewajipan dilaksanakan hanya ikut 'dan'... Walau apa pun... doakan yang terbaik untuk mereka ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu..malu kat bangsa lain yang bukan beragama Islam..apa2 pun moga diorang ni nnti terbukak hati

      Delete

Terima kasih daun keladi,
Datang sini, komen le lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...