Carian

Saturday, September 29, 2012

Raja Bola meninggal Dunia

Raja bola, Tan Sri Abdul Ghani Minhat meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) hari ini akibat komplikasi selepas menjalani pembedahan pintasan jantung di institut itu.

NONEAllahyarham, 77, menjalani pembedahan itu Selasa lalu dan menghembuskan nafas terakhir pada 10.34 pagi ini, kata adik iparnya, Datuk Nik Kamaruddin Ismail kepada Bernama hari ini.
    
Nik Kamaruddin berkata jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di masjid Kampung Baru, di sini sebelum dikebumikan selepas solat Jumaat di Tanah Perkuburan Islam USJ 21, Subang Jaya.
    
Allahyarham Abdul Ghani meninggalkan isteri Puan Sri Tengku Aishah Tengku Ibrahim dan empat anak, dua lelaki dan wanita.
    
Di zaman kegemilangannya di sekitar tahun 1960-an hingga 1970-an,
Allahyarham yang bermain sebagai 'inside forward', merupakan pemain yang licik dan lincah dan sering menggerunkan pihak lawan.
        
Walaupun dilahirkan di Rantau, Negeri Sembilan pada 1935, Allahyarham
banyak menyumbangkan tenaga sebagai pemain dan jurulatih bersama pasukan Selangor.
    
Pada 1959, Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) menganugerahkan gelaran Raja Bola kepada Allahyarham sebagai menghargai sumbangannya kepada negeri itu.
    
Allahyarham pernah merangkul anugerah pemain bola sepak terbaik kebangsaan pada 1959 dan 1960 dan pernah melakukan keajaiban dengan menjaringkan 106 gol hanya dalam 15 perlawanan.

- Bernama

Nota: al-Fatihah.......

Monday, September 24, 2012

LGBT : Suatu Penjajahan Minda


KUALA LUMPUR: “Inilah penjajahan minda cara baru dilakukan Barat dengan mengambil tempat dalam masyarakat dan cuba menghuraikan budaya masyarakat yang sudah wujud ratusan tahun,” kata Setiausaha Kerja Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan.

Mengulas mengenai penganjuran parti kolam atau ‘Pool Party’ oleh golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) beliau menyifatkan tindakan berkenaan usaha kumpulan itu dalam mempengaruhi minda masyarakat.

“Budaya LGBT, mungkin ia diterima di Barat, tetapi sejak kebelakangan ini seolah-olah perancangan pihak berkenaan mempengaruhi rakyat negara ini.



“Parti atau budaya LGBT bukan saja berlaku di negara ini, malah turut sama dirasai negara jiran, Indonesia,” katanya, semalam.

Beliau mengulas laporan muka depan Metro Ahad semalam mengenai kegiatan sebuah pusat hiburan, bertindak berani menganjurkan pesta kolam untuk LGBT, Ahad lalu.


Parti liar percuma itu dinamakan ‘Rainbow Party’ atau Parti Pelangi dan pemilihan simbol pelangi memang sinonim dengan golongan LGBT.

Sunday, September 16, 2012

Penerbit Filem Innocence of Muslims Ditahan

Penerbit filem hina Islam guna 10 nama, pernah tipu bank
Rumah Nakoula - ihsan CNN
LOS ANGELES - Pegawai-pegawai persekutuan Amerika Syarikat (AS) sedang mengkaji semula tempoh pemantauan ke atas seorang penduduk tempatan, yang dipercayai menghasilkan filem yang mencetuskan kemarahan umat Islam seluruh dunia.

Jurucakap Pejabat Pentadbiran Mahkamah AS, Karen Redmond berkata, Nakoula Basseley Nakoula telah disabitkan bersalah pada 2009 berhubung kesalahan menipu bank.

Hukuman yang dijatuhkan meletakkan dia di 
bawah pemantauan selama lima tahun.

Pegawai-pegawai persekutuan mengesyaki Nakoula sebagai individu yang bertanggungjawab menerbitkan filem Innocence of Muslims.

Laporan media menyebut lelaki itu menggunakan nama yang berlainan, tetapi Associated Press melaporkan dia orang yang sama.

Dipetik CNN, Redmond berkata, semakan semula hukuman pemantauan masih berjalan.

Bagaimanapun beliau tidak memberi maklumat bila dan sebab semakan ke atas pemantauan diadakan, selain bila proses itu akan selesai.

Sepanjang pemantauan, Nakoula tidak boleh mengguakan komputer atau mana-mana peralatan yang membolehkan dia akses kepada Internet tanpa kebenaran pegawai pemantau.

Dia pernah menjalani hukuman penjara selama setahun di Lompoc, California.

Bagaimanapun pegawai-pegawai mahkamah tidak dapat memberi maklumat sama ada Nakoula telah memulangkan kembali AS$794,700 (lebih RM2.1 juta) sebagaimana diarahkan oleh mahkamah.

Sejak sedutan filem itu disebar luas menerusi YouTube, Nakoula dilaporkan sudah menghilangkan dirinya daripada publik dan tinggal bersama keluarganya di rumah mereka di Cerritos, California. Kawasan rumahnya juga kini menjadi tumpuan wartawan.

Cerritos terletak kira-kira 35 kilometer ke tenggara Los Angeles.

Filem itu, dihasilkan oleh kumpulan anti-Islam di AS, satu projek kos rendah yang tidak dipandang di AS ketika mula ditayangkan tiga bulan lalu.

Bagaimanapun ia mencetuskan protes dan keganasan di Mesir, Yaman, Tunisia, Maghribi, Sudan, Iran, Iraq, Palestin dan wilayah Palestin, serta di Indonesia dan Malaysia, apabila dimuat naik menerusi YouTube.

Minggu ini, FBI telah menghubungi penerbit filem itu ekoran risiko ancaman, kata seorang pegawai penguat kuasa undang-undang persekutuan kepada CNN kelmarin.

Bagaimanapun dia tidak tertakluk kepada siasatan.

Satu laporan awal awam mengenai Nakoula muncul awal minggu ini apabila dia menghubungi Jabatan Sheriff Los Angeles malam Rabu lalu untuk membuat laporan mengenai gangguan, kata jurucakap polis Steve Whitmore.

Dia mahu polis tempatan memberi perlindungan ke atasnya.

Apabila berita mengenai filemnya muncul, penerbitnya mengelar dirinya, Sam Bacile.

Bacile memberitahu Wall Street Journal berkata, dia seorang keturunan Israel-AS berusia 52 tahun, dan merupakan ejen hartanah dari California.
Katanya, penderma Yahudi membiayai filem itu.
Seorang anggota staf penerbitan, yang pernah terlibat dalam peringkat awal pembikinan filem itu memberitahu CNN bahawa nama yang diisi pada borang Screen Actors Guild adalah "Abenob Nakoula Bassely". Penyelidikan rekod awam menunjukkkan Abanob B. Nakoula tinggal di alamat yang sama dengan Nakoula Basseley Nakoula.

Dia percaya bahawa penerbit filem itu seorang Kristian Koptik dan ketika mereka bercakap menerusi telefon semasa penggambaran berjalan, Nakoula pernah berkata dia berada di Iskandariah, Mesir untuk menjana dana bagi filemnya.

Mesir pernah menyaksikan ketegangan antara masyarakat Islam dan minoriti 'Copts'.

Seorang lagi yang pernah terlibat dalam penghasilan filem ini berkata, dia mengenali penerbit filem dengan nama Sam Bassil.

Dia menandatangani cek menggunakan nama itu.

Apabila CNN membuat penyelidikan mengenai Sam Bassil, pejabat Peguam Negara menghantar satu salinan tuduhan yang dibawa pada 2009.

Dokumen-dokumen mahkamah menunjukkan bahawa Nakoula disabitkan kesalahan berhubung kes menipu bank.

Beberapa nama sampingan atau nama lain juga disertakan dalam kertas tuduhan iaitu Mark Basseley Youssef, Yousseff M. Basseley, Nicola Bacily dan Malid Ahlawi. Dokumen mahkamah yang lain menggunakan Thomas J. Tanas, Ahmad Hamdy dan Erwin Salameh sebagai alias.

Dalam temu bual dengan Wall Street Journal, penerbit itu menyifatkan filemnya sebagai "satu usaha untuk membawa perhatian kepada hipokrasi Islam."

"Islam itu kanser," dakwanya.
"Filem ini filem politik, bukan filem agama," katanya mempertahankan pembikinan filem yang telah mengorbankan sekurang-kurangnya sembilan nyawa termasuk Duta AS ke Libya, Christopher Stevens.

Friday, September 14, 2012

Peniaga Maut, Isteri Parah Ditikam Perompak

Seorang peniaga maut manakala isterinya parah akibat ditikam dalam satu kejadian rompakan di Kampung Baru Simpang Songsang di Temerloh awal pagi ini.
    
Ketua Polis Pahang Datuk Sharifuddin Abd Ghani berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 2.30 pagi ketika mangsa, Abu Talib Yadin, 56, dan isterinya, Siti Rohani Salleh, 48, baru pulang daripada menjalankan perniagaan mereka di kawasan rawat dan rehat Temerloh.
    
Katanya kereta Perodua Kancil dinaiki pasangan itu telah dihalang sebuah kereta Proton Wira berwarna merah yang dinaiki tiga lelaki kira-kira 200 meter dari rumah pasangan itu.
    
"Perompak tersebut memecahkan cermin belakang dan depan kereta mangsa sebelum bertindak menarik keluar Abu Talib dari keretanya yang mengakibatkan berlakunya pergelutan di antara mereka.
    
"Dalam pergelutan itu mangsa ditikam sebanyak tiga kali dengan senjata tajam di bahagian kiri dan kanan rusuk menyebabkan dia mati di tempat kejadian," katanya kepada pemberita di Temerloh hari ini.

Sharifuddin berkata, isteri mangsa turut ditikam di bahagian rusuk kanan dan bahagian kiri perut dan dikejarkan ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah di Temerloh oleh jirannya dan keadaannya kini dilaporkan stabil.
    
Menurutnya ketiga-tiga perombak itu melarikan wang tunai RM700, tiga telefon bimbit, seutas gelang tangan dan seutas gelang kaki dan kerugian dianggarkan RM4,000.
     
"Tiada sebarang senjata ditemui di tempat kejadian dan pihak kita belum dapat memastikan motif sebenar kejadian, tetapi ia dipercayai rompakan dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.
    
Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang menyaksikan atau mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya segera menghubungi mana-mana balai polis.

Bernama

Wednesday, September 12, 2012

Biarkan Memori Itu Berlalu..

Assalamualaikum w.b.t


Lama tak update blog nih..Lega rasa boleh aktif balik lepas siap keje-keje aku yang berkaitan dengan kajian tindakan yang aku buat. Tinggal nak jilidkan jer lagi. Alhamdulillah..selangkah jer lagi untuk menggenggam ijazah. Sedar tak sedar dah 5 tahun aku menyelami ilmu bagi mendidik kelak. Sangat pantas masa berlalu....

Dalam tempoh masa tu, macam-macam perkara yang berlaku. Kisah percintaan yang tak kesampaian, kisah buat keje sorang-sorang, kisah selisih faham ngan kawan-kawan, kisah gembira ngan kawan-kawan dan macam-macam lagi. Jika tak wujud pengalaman ni semua bukan manusia la jawabnyer..hehehe..Biarkan saja memori duka itu berlalu dan yang gembira itu dijadikan 'album' kehidupan.

Pape pun kisah cinta aku memang berliku. Mungkin tak la seteruk lelaki lain ataupun teruk lagi pada korang semua. Macam-macam ada. Kenal rapat dengan pompuan yang dah berpunya siap kena 'attack' ngan laki tu pun ada, halangan keluarga la dan macam-macam lagi ler. Tapi apa aku boleh buat? Tak kan aku nak tunjukkan rasa tak puas hati dengan berdendam atau bergaduh pulak.

Kerana itu, kita kena fikir rasional. Segala apa yang kita buat fikir dulu apa kesannya ke atas diri kita ni. Yang paling penting banyakkan berdoa. Kadang-kadang aku pun pernah rasa kesunyian tapi bila tengok gambar family aku, diorang ni la yang sebenarnya memberikan semangat untuk teruskan kehidupan. Kita kena ingat not 'gelifren' atau 'boyafren' yang menjana kehidupan kita. Dah kawin tu lain ceghiter la. Dan yang tersangat-sangat penting untuk kita ingat ialah Allah s.w.t tak pernah tinggalkan kita..Manusia meninggalkankan kita itu pula pasti. 


Monday, September 10, 2012

Siapa Kita Untuk Menentukan?


SHAH ALAM –  “Saya bukan cari publisiti." Demikian kata Abil Fikri Ahmad, 43, yang kesal dengan tanggapan sesetengah pihak yang menuduhnya cuba mengambil kesempatan atas penderitaan isterinya, Fauziah Muhamad.
Perkara ini timbul apabila dia mula melakarkan perjalanan hidupnya menjaga Fauziah, 38, yang menderita akibat kerosakan saraf pada otak, menerusi blog sejak April lalu.
Abil menjadikan laman blog yang didaftarkan atas nama 'abil4fauziah' sebagai diari.
Abil Fikri AhmadKetika dihubungi Sinar Harian Online, Abil berkata, satu kiriman pesanan ringkas yang diterimanya sebelum ini cukup meruntunkan hatinya apabila ada pihak yang cuba menuduhnya mencari publisiti atas kesengsaraan dialami isterinya.
“Saya kecewa. Saya tak sangka ada pihak yang sanggup menuduh saya sedemikian rupa,” katanya yang tidak pernah terfikir untuk mengambil kesempatan atas keadaan isterinya.
Dia yang tinggal di Seremban berkata, SMS yang diterima lebih kurang berbunyi, “Encik Abil saja reka cerita nak cari publisiti ke? Buat blog untuk 'promote' diri? Nak tunggu dapat anugerah suami mithali? Supaya dapat gelaran Datuk?"
“Saya terkilan apabila ada pihak yang menuduh saya sebegitu,” katanya dengan nada penuh kesal sambil beristighfar panjang.
Ceritanya, SMS itu diterima Jun lalu daripada insan yang tidak dikenali dan dia cuba menerangkan dengan cara baik, namun gagal.
“Saya buat blog ini atas nasihat kawan, selain saya mahu apabila dia sihat nanti, blog ini dapat menjadi tukang cerita kerana memorinya hilang sepanjang dia sakit,” katanya ketika dihubungi pagi ini.
“Melalui blog yang saya kemas kini tiga hari seminggu ini juga saya dapat mengumpulkan dana untuk isteri saya. Apabila mereka membaca, sebahagian besar mereka menyumbang.
“Saya sangat bersyukur dan berterima kasih dengan kemurahan hati mereka. Dana yang saya kumpulkan untuk isteri saya tidak pernah saya salah gunakan. Semua untuk dia,” jelasnya.
Abil menambah, baju raya mahu pun kasut raya tidak dibeli sejak tahun lalu.
Katanya, baju kurung Melayu yang digunakan pada hari pernikahan mereka sekitar tiga tahun lalu menjadi baju Aidilfitri tahun ini.
“Saya langsung tidak membeli apa-apa keperluan untuk diri saya kecuali makan dan minum,” ujarnya.
Bercakap soal raya, Abil begitu teruja menceritakan kemeriahan sambutan Aidilfitri tahun ini.
“Tahun ini sangat meriah. Meskipun keadaan isteri saya begini, namun saya sangat gembira. Kami sekeluarga gembira.
“Ahli keluarga semuanya pulang ke Seremban dan memasak makanan hari raya bersama-sama. Sangat berbeza dengan tahun lalu,” katanya.
Menurut Abil, tahun lalu merupakan sejarah di mana bulan Syawal 'diiringi' kemurungan dan kesedihan.
Namun dia percaya ALLAH akan menggantikan kesedihan dengan kebahagiaan tahun ini.
“Orang ramai tidak putus-putus datang berkunjung untuk beraya sambil menziarah. Ada yang saya kenal tetapi ramai juga yang saya tidak kenal datang bersama keluarga.
“Bukan kawasan sini saja, ada yang datang jauh dari Kelantan dan Johor,” katanya.
Beralih kepada topik kahwin, Abil ketawa kecil apabila soalan berkaitan diajukan.
“Kahwin lain? Kalau saya suka kahwin-kahwin, dah lama saya kahwin. Tidak perlu tunggu berumur 40 tahun baru nak kahwin,” katanya.
Fauziah merupakan cinta pandang pertamanya.
Menurut Abil, ramai rakan-rakan terdekat yang mencadangkan agar dia berkahwin lain, namun dia menolak.
“Perempuan berkahwin supaya ada seseorang menjaga dia, jadi saya menjalankan apa yang diamanahkan.
“Saya tak rasa saya mampu memberi fokus kepada dia sepenuh masa jika saya berkahwin lain,” katanya yang mengakui tidak pernah terlintas untuk berkahwin lain.
Tambah Abil, sebelum ini Fauziah pernah bertanya, “kalau saya sakit tak boleh bangun, awak kahwin lain tak?”
Kata Abil, ketika itu dia tidak mampu menjawab kerana dia tidak boleh memberi jawapan.
“Kini, saya boleh jawab. Selagi dia isteri saya, walaupun rupa dia berubah, saya tetap sayangkan dia.
“Kalau saya tak sayang dia, boleh saja saya hantar dia ke kampung dan setiap bulan saya kirim duit,” katanya.
Sementara itu, Abil menolak apabila rutin hariannya itu dikaitkan dengan rasa bosan, penat dan tertekan.
“Tak ada kerja di dunia ini yang tak penat. Tak kerja pun penat. Penat itu normal.
“Saya dah tahu saya akan rasa penat, muak, bosan dan tertekan, jadi saya sudah ubah perasaan itu jadi penghibur hati sejak awal. Saya kawal hati saya,” jelasnya.
Menerima pelbagai bentuk sokongan daripada orang ramai membuatkan dirinya lebih bersemangat menjalankan rutin hariannya.
“Saya semakin bersemangat setiap hari. Ada yang SMS ada yang telefon ada yang tinggal pesanan di laman sosial. Terima kasih untuk keprihatinan anda semua,” katanya.
Orang ramai yang mahu menyumbang boleh menyalurkan bantuan kepada Fauziah melalui akaun Maybank atas nama Abil, akaun 1551-7109-4087 atau menghubungi Abil sendiri menerusi 016–2634258.

NOTA: Aku cukup sedih bila baca berita nih. Kisah realiti bagaimana seorang suami yang sanggup menjaga isteri dengan setia. Segelintir masyarakat hanya pandai berkata-kata dan menuduh yang bukan-bukan. Harap abang Abil dapat bersabar dengan dugaan ini. Abaikan mereka yang ibarat 'tin kosong' tuh 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...