Assalamualaikum w.b.t
Baru-baru ini, pelancaran P2 Ascend, sejenis telefon pintar keluaran syarikat China, Huawei, seolah-olah mempunyai satu lagi tanda untuk bermegah di pentas global. Peranti perdana terbaru dari Huawei dianggap sebagai "telefon pintar terpantas dunia" kerana ia mempunyai 4G LTE Cat-4 di atas 'board', cukup baik untuk kelajuan sehingga mencecah 150 megabit sesaat. Realiti keadaan kini menunjukkan minat pengguna android yang mahukan capaian yang pantas hanya di mana sahaja mereka berada.
P2 Ascend beroperasi melalui sistem operasi Android 4.1dijana oleh bateri 2420 mAh dan 1.5 GHz quad-core pemproses, Ascend P2 mampu memuat turun filem HD dalam beberapa minit sahaja dan video dalam talian, laman web, lagu-lagu atau e-Book hanya dalam saat.
'Perkongsian pantas' bagi android ini juga menyokong muat naik (upload) dan muat turun (download) dua hingga tiga kali lebih cepat daripada telefon pintar yang lain dalam persekitaran Wi-Fi. Kawalan Kuasa unik Pantas Huawei (QPC) dan Reception Automatik tak selanjar (ADRX) teknologi jimat-tenaga, mengurangkan penggunaan tenaga dan masa mengecas hingga 25% berbanding telefon pintar lain.
Sebagai pengetahuan anda semua, Huawei Technologies
Ltd adalah peneraju ketiga terbesar bagi dunia telefon pintar, selepas Samsung dan
Apple, pada suku keempat tahun lalu, menurut firma penyelidikan IDC. Syarikat ini mempunyai
kedudukan yang sangat baik di Eropah, di mana mereka telah menguasai pasaran melalui syarikat Orange France yang dilihat begitu komited untuk memasarkan produk terbaru ini. HUAWEI Ascend P2 akan dijual di Perancis melalui Orange pada bulan Jun 2013 kelak.
p/s: Agaknya hujung tahun ni ler masuk pasaran Malaysia. Sapa2 'penggila' gadget jangan lupa rembat okeh :-)
No comments:
Post a Comment
Terima kasih daun keladi,
Datang sini, komen le lagi