Carian

Friday, March 4, 2011

APa2 seliDik la DulU yEr..

Baru-baru nie penduduk Kampung Lembah Raja, Pinang Tunggal dikejutkan dengan penemuan sebatang pokok petai yang dikatakan menangis. Air yang turun seperti hujan tu lak dikatakan telak turun semenjak 3 hari sebelum penemuan. Pokok setinggi kira-kira 10 meter dan berusia lebih 35 tahun itu dikatakan mengeluarkan air melalui dahannya, malah lebih banyak ketika tengah malam.


ITU X LA PELIK...NI YG AKU PELIK!!!

Berikutan itu, penduduk kampung berkenaan berpusu-pusu melihat sendiri pokok petai yang dikatakan menangis, malah sanggup menunggu hingga jam 4 pagi.Bukan penduduk kampung ini saja yang berpusu-pusu datang, malah penduduk beberapa kampung berhampiran turut datang untuk melihat sendiri pokok petai menangis.Ramai juga mengambil air yang ditadah dan meminumnya.



Penduduk, Sopian Ahmad, 40, berkata, baju dipakainya basah selepas berada di bawah pokok petai itu beberapa minit.


Saya minum sedikit air ditadah dengan niat dijadikan ubat dan rasanya payau. Namun, setakat ini tiada penduduk membuat perkara bukan-bukan kerana bimbang menjadi khurafat, katanya. - Metro



ish3...mcm2 hal la

JENG3...NI BERITA YANG AKU BACA ARI NIE..


Pakar sah air kencing reriang, bukan pokok petai menangis


2011/03/04

KEPALA BATAS: Misteri pokok petai menangis di Kampung Lembah Raja, Pinang Tunggal, di sini yang mendapat perhatian orang ramai sejak beberapa hari lalu, terbongkar apabila ada pihak mendakwa air yang keluar menerusi dahan pokok itu adalah air kencing reriang

Reriang atau riang-riang adalah sejenis serangga yang banyak hinggap di atas pokok berkenaan sejak seminggu lalu.
Pengamatan beberapa pihak dengan menggunakan kamera, mendapati serangga itu mengeluarkan cecair dipercayai air kencing pada setiap lima hingga enam saat.

Seorang pakar kajian serangga, Prof Dr Zaidi Md Isa, berkata air itu dikeluarkan serangga berkenaan ketika proses mengawan dan lazimnya dikeluarkan oleh riang-riang betina. 

“Ini adalah fenomena semula jadi, cuma mungkin kali ini berlaku di pokok yang terletak berhampiran rumah yang menyebabkan orang ramai menganggapnya sebagai pelik," katanya ketika dihubungi, semalam.


No comments:

Post a Comment

Terima kasih daun keladi,
Datang sini, komen le lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...