Penemuan Pakar Dari Barat
Aku masih lagi terfikir tentang nasib anak bangsa kita sekarang. X abis2 dengan gejala so 'SIAL'..Berzina, minum arak, buang anak..agak2 la wei!!..Aku sedar aku ni pun insan biasa so setiap manusia mmg sntiasa melakukan kekhilafan tp klu dh ada org nasihat ke arah kebaikan ikut jer la!!
Akhir-akhir ni banyak kajian yg dilakukan penyelidik Barat yg membuktikan kebenaran Al-Quran. Salah satunya di Florence, Itali, Penelitian oleh penyelidik di sana menunjukkan hubungan seks yang dilakukan secara rutin biasa baik untuk jantung (SUAMI ISTERI YG SAH JER). TETAPI melakukan hubungan seks rambang akan meningkatkan risiko sakit jantung yang serius. Begitu juga halnya dengan lelaki yg beristeri tetapi melakukan seks dengan wanita lain.
Menurut Alessandra Fisher, peneliti dari Sexual Medicine and Andrology Unit, Florence, Itali "Sikap lelaki yang berkahwin dan tidak setia merupakan faktor kepada gangguan kardiovaskular termasuk serangan jantung". Bagi golongan belia yg sering melakukan seks bebas pula, mereka akan menunjukkan gejala depresi berbanding belia yang menjalankan tabiat hidup yang sihat. Depresi kemudiannya akan diikuti dengan gejala serangan sakit jantung.
Kajian yang dilaporkan akhir tahun 2010 tersebut memang tidak menyebutkan berapa banyak lelaki yang terkena serangan jantung kerana seks bebas. Namun berbagai sumber tidak rasmi di internet menyebut, 85% mereka yang mengamalkan seks bebas meninggal kerana serangan jantung.
Larangan Zina Dalam Al-Quran
Firman Allah yang bermaksud:
“Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk” (surah al-Isra’ - ayat 32).
Berdasarkan ayat di atas jelaslah Islam melarang sekeras-kerasnya perbuatan zina malah menghampirinya pun tidak dibenarkan. Hal ini menunjukkan perbutan seks bebas (zina) itu membawa pelbagai kemudaratan kepada diri sendiri malah kepada masyarakat amnya,
Rujuk saja kepada laporan rasmi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang menyatakan terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008. Gejala ini jika tidak dibendung akan membawa kepada keruntuhan nilai dalam masyarakat malah membawa kepada kemurkaan Allah yang tidak sekali-kali akan melewatkan bala bencana ke atas kaum yang melampaui batas.
NOTA : Kalau 'orang Putih' pun sedar akan keburukan gejala buruk nih..orang Melayu beragama Islam bila pulak nak sedar..semua pihak kena berperanan la..The action must be taken from the government until the family institution itself..
No comments:
Post a Comment
Terima kasih daun keladi,
Datang sini, komen le lagi