Carian

Wednesday, June 29, 2011

CERITARAPU 1

MEE KARI PAK PANDIR

Pada suatu hari, Pak Pandir ingin menunjukkan rasa kasih-sayangnya kepada isterinya. Dia pergi ke kedai dan membeli sebungkus mee, rempah kari dan ramuan rahsia yang lain. Setelah memperoleh segala bahan yang diperlukan, dia pun pulang ke rumah dengan hati yang lapang. Dalam fikirannya, dia berazam untuk membuat mee kari yang akan diingati oleh isterinya sampai bila-bila.

            Sampai sahaja di rumah, dia terus memulakan projek masak-memasak dengan semangat penuh membara. Secara tak sedar sepeket besar kari telah dituang pak pandir dalam ramuan mee itu. Mungkin hendak menambahkan rasa, Pak Pandir menambah sedikit hirisan cili sebesar ibu jari. Setelah selesai masak, maka mee kari itu lantas dihidangkan kepada isterinya.

            Mak Pandir gembira bukan kepalang kerana si suami yang dikiranya ‘buang tabiat’ memasak pada hari tersebut. Baru sesudu menghirup tanpa menghiruakan panas dan ditambah takat pedas yang melampau lantas berderailah air mata Mak Pandir..sob3
            “Kenapa sayang menangis?” tanya Pak Pandir
            “Tetiba sayang teringatkan arwah ibu” jawab Mak Pandir ingin menyembunyikan situasi sebenar.

            Tiba giliran Pak Pandir pula menghirup kuah mee kari yang dibuatnya.  Hal yang sama terjadi. Air mata Pak Pandir menitis (teruk lagi pada isteri dia).

            “Hubby2..kenapa nangis nie?” tanya Mak Pandir sinis
            “Abang teringatkan arwah ibu sayang yang mati meninggalkan sayang untuk abang”                 selamba Pak Pandir menjawab

Mak Mandir terpinga-pinga...........

Tuesday, June 28, 2011

CERITERAPU???


ASSALAMUALAIKUM!!


BERMULA MALAM INI, SAYA SELAKU EMPUNYA BLOG INI AKAN MEMAKLUMKAN YANG SAYA AKAN MEWUJUDKAN SATU RUANGAN YANG DIHARAPKAN DAPAT MEMBUATKAN PENGUNJUNG DAN RAKAN-RAKAN BLOGGER TERHIBUR. RUANGAN INI AKAN DINAMAKAN SEBAGAI CERITERAPU (CERITA MERAPU).....


SEMOGA GEMBIRA..=)


Monday, June 27, 2011

Berani Bersikap Bijaksana (Part 2)


Ramai orang berpendapat bahawa kepandaian adalah segala-galanya dan mampu menakluki apa saja dengan mudah. Namun kisah di atas telah membuktikan kepandaian bukan penyelesaian semua masalah.

Lihatlah betapa pandainya pemuda itu memanah, tetapi dia tidak pandai mengendalikan dirinya sendiri. Apabila diajak menaiki jambatan tinggi, dia sudah hilang konsentrasi. Fikirannya dibelenggu rasa takut akan ketinggian. Semua kemahirannya seakan lenyap begitu sahaja. Namun begitu, orang tua tadi sudah banyak pengalaman dan mampu mengawal dirinya dengan mudah. Di ketinggian ini dia membidik anak panah tepat pada sasaran.

Kini, penelitian para ahli falsafah semakin menguatkan pesanan dalam kisah di atas. Daniel Goldman, pencetus teori kecerdasan emosional telah menyatakan bahawa sesungguhnya apa yang paling menentukan kejayaan hidup seseorang adalah kebijaksanaan manusia mengawal dirinya, bukan seberapa pandai dia. Dia juga mengatakan kemampuan seseorang dalam mengendalikan diri sebagai kecerdasan emosional.
 
Banyak hasil penelitian yang ditemui mengatakan ramai orang yang mempunyai nilai yang bagus semasa di bangku sekolah namun bila dia menempuh kehidupan sebenar, dia mengalami banyak kegagalan. Mereka selalu bertindak emosional dan tidak berfikir waras. Apabila berhadapan dengan masalah mereka menjadi panic, tidak tentu arah dan bersikap tidak rasional.

Sebaliknya, anak-anak yang kelihatan biasa sahaja dahulunya mampu menemui kejayaan yang luar biasa. Setelah diselidiki, anak-anak zaman sekarang merupakan individu yang mampu mengendalikan emosi atau memiliki kecerdasan emosional yang tinggi. Ini sangat berbeza dengan anak-anak zaman dahulunya yang tidak mampu untuk mengawal emosinya.

Mereka yang memiliki kecerdasan emosional, tidak terburu-buru dalam membuat keputusan. Mereka juga tidak mudah dimanipulasi oleh keadaan sebaliknya tetap tenang menghadapi setiap persoalan. Pemikiran mereka jelas walaupun dalam keadaan yang keruh. Ibarat seekor ikan yang mampu mengawal dirinya agar tetap tawar walaupun berada di dalam air masin.

Bagi mereka yang berada dalam golongan ini, segala pujian atau cacian tidak memberi perbezaan. Sebagaimana cacian tidak membuat mereka merasa rendah diri, begitu juga dengan pujian tidak akan membuat mereka lupa diri. Mereka inilah orang arif dan bijaksana.

Perkataan “bijak” bermaksud orang yang sentiasa menggunakan akal fikirannya dalam menyingkapi sesuatu. Orang pandai pula adalah orang yang  berhati-hati, cermat dan teliti dalam menghadapi persoalan. Di dunia persekolahan, bijaksana sering diberi makna sebagai orang yang mampu menempatkan sesuatu pada tempatnya. Ketika berbicara dengan orang –orang pandai, dia menggunakan komunikasi sederhana. Ucapannya boleh difahami oleh semua ragam manusia.

Pada gambaran kita, hanya orang-orang yang sudah berumur yang memiliki kebijaksanaan berbicara. Seolah-olah anak-anak muda tidak layak untuk menyandang gelaran bijaksana. Secara umumnya, anak-anak muda sering dikaitkan dengan semangat yang berkobar-kobar, emosi yang keterlaluan, tidak berfikir panjang dan tidak menggunakan kewarasan akal dalam memutuskan sesuatu perkara sehingga hasilnya menjadi kurang bijaksana. Sebenarnya tidak juga. Nabi Muhammad telah membuktikannya sebagai anak muda tidak bererti tidak boleh menjadi seorang yang bijaksana.

Friday, June 24, 2011

Berani Bersikap Bijaksana

Ada satu pertandingan memanah di sebuah negeri. Setelah melepasi semua peringkat, dua orang mara ke peringkat akhir. Seorang yang dah berumur dan seorang lagi masih muda. Anak muda ini telah menguasai pelbagai kemahiran namun dia sombong. Manakala orang yang dah berumur itu merupakan guru memanah yang sudah mempunyai banyak pengalaman.

Pemuda yang sombong ini pernah memenangi banyak pertandingan sebelum ini. Dia memulakan persembahannya. Diluncurkan anak panah pertama tepat pada sasaran. Anak panah kedua pula diluncur dan mampu membelah anak panah pertama. Melihat pada kemahirannya, pemuda tadi merasa kagum dan amat yakin orang tua itu tidak mampu menandinginya.


Bila tiba giliran orang tua itu, dia dengan tenang mengajak pemuda tadi naik ke atas gunung. Pemuda itupun mengikuti kehendak orang tua tadi dengan perasaan ingin tahu dan mereka berjalan beriringan. Akhirnya mereka sampai di pinggir jurang di mana hanya ada jambatan dari kayu nipis.

Orang tua tadi berjalan dengan tenang di atas jambatan itu. Dia menjadikan buah dari sebatang pohon yang terletak jauh dari tempatnya berdiri sebagai sasaran mata panah. Dia meluncurkan anak panah tepat mengenai buah di pohon tersebut.

“Sekarang giliran kamu,” kata orang tua itu kepada pemuda tersebut sambil memberi laluan.

Namun pemuda tersebut tidak berani menyahut cabaran itu. Memandangkan dasar jurang yang curam sudah cukup membuatkannya gayat. Dia pasti tidak mampu memberi konsentrasi yang baik apatah lagi  membidik anak panah di atasnya.

“Kamu memang mempunyai kemahiran dengan busurmu, namun kamu tidak mempunyai kemahiran dalam mengendalikan dirimu sendiri,” kata orang tua tersebut kepada pemuda itu.


                                  bersambung....................

JOM JALAN2 : TAMAN NEGARA PULAU PINANG




Kali ini, entri aku berkisarkan perjalanan aku ngn kengkawan ke Taman Negara P.Pinang dekat Telok Bahang. Nanti sesapa yang ada kelapangan boleh la berkunjung ke sana. Dengan trek/laluan yang agak mencabar, pastinya menguji ketahanan mental dan fizikal. Selain tu ada juga pusat penetasan penyu di sana. Sapa2 yang nak ber'camping' pun boleh.dan pelbagai lagi aktiviti menarik yang korang boleh buat.

Bawah ni ada beberapa foto yang sempat aku ambil sebelum kamera aku  buat hal. HUHU!!







Hah..ni la 'tukang pandu' aku merangkap kawan serumah dan sekelas aku..hehe

Berpoyo jap bersama 'tukang pandu arah' aku, saudara Ibrahim  (jangan marah aaaaa....)

Hah..lepak sini jap..tempat rehat ni mengadap ke  pantai..So, angin  sepoi2 bahasa  dapat dirasai di sini dengan nyaman

Geng daki gunung (tapi daki kt badan x dak..nooo)..Ketika ni perjalanan dilakukan dengan berhati-hati kerana trek agak licin akibat hujan pada hari sebelumnya

Ke kanan atau ke kiri. Jalan mana harus ku tuju??? 
Subhanallah...indah tempat ni. Jangan buang sampah merata-rata yer. BUANG BAYI??MESTILAH TAK BOLEH

Ahaaa..ini pun kawan aku gak..nama dia Syaima..dia ni memang tak gayat langsung naik benda-benda tinggi. Aku respek la..=)



Nota : 'Curi' la sedikit masa untuk beriadah/melancong ke mana-mana. Bukan setakat bagus untuk menenangkan minda bahkan dapat membuka minda kita memikirkan keindahan alam ciptaan Tuhan. Untuk yang berkeluarga pastinya dapat mengeratkan hubungan antara suami-isteri serta anak-anak.


Tuesday, June 21, 2011

Pembantu Rumah pun Boleh Berjaya..=)

KUALA LUMPUR - Perasaan bangga dan terharu terpancar pada wajah pasangan majikan ketika pembantu rumah mereka, Sarmini Muhyadi menerima tepukan paling gemuruh ketika menaiki pentas untuk mendapatkan diploma dalam bidang pengurusan pada majlis konvokesyen Universiti Terbuka Malaysia (OUM) ke-10 semalam.
Tan Choo Tang, 56, dan isteri, Wee Phooi Khuan, 47, telah membiayai sebahagian besar kos pengajian Sarmini, 28, yang bekerja dengan mereka sejak tujuh tahun lepas, selepas pembantu rumah itu menyatakan hasratnya untuk kembali ke Indonesia bagi melanjutkan pengajiannya pada 2007.
Choo Tang yang bertugas sebagai pensyarah sebuah kolej swasta, bagaimanapun telah memujuk Sarmini untuk terus bekerja dengannya sebagai pembantu rumah sambil melanjutkan pelajarannya di sini dengan bantuan Choo Tang, bukan sahaja dari segi kewangan tetapi juga mencarikan institusi pengajian tinggi yang sesuai.
Sarmini dari Kampung Bayunmas, Jawa Tengah walaupun terpaksa menjalani pengajian separuh masa sambil bekerja sebagai pembantu rumah selama empat tahun, telah berjaya memperoleh mata purata nilai gred kumulatif (CGPA) 3.39.
Choo Tang berkata: "Ketika nama Sarmini diumum pada majlis konvoksyen semalam, beliau menerima tepukan paling gemuruh dan ia membuatkan kami sangat bangga dan terharu dengan kejayaannya."
Sarmini yang akan pulang ke Indonesia pada 3 Julai ini menyatakan rasa terhutang budi kepada majikannya yang telah membantu dia mencapai impiannya untuk mendapat pendidikan tinggi.
"Saya sangat berterima kasih tak terhitung nilainya, senang sekali mendapat kesempatan untuk belajar di sini sekali gus bekerja... mungkin saya yang pertama bernasib baik," katanya.
Dia yang terharu mengenang kebaikan majikannya itu berkata: "Keluarga majikan turut membantu saya membuat tugasan, terutama untuk mendapatkan maklumat bagi tugasan universiti serta membantu saya menguasai bahasa Inggeris." - Bernama

Monday, June 20, 2011

Tanda-Tanda Kecil Kiamat



Alhamdulillah..aku kembali dr cuti yg panjang...Moga post kali ini menjadi renungan kepada kita semua..Kita semua maklum bahawa akhir-akhir ini sudah berlaku pelbagai tanda kecil berlakunya Hari Kiamat. Manusia ibarat lemas ditenggelamkan ombak keduniaan. Namun, berdoalah kita semoga kita sentiasa berada dalam lindungan Allah s.w.t.dan tergolong dalam golongan yang diredhai. InsyaAllah.

Berikut merupakan tanda-tanda kecil Hari Kiamat sebagai renungan kita bersama dan sebagai amaran untuk kita yang alpa:


1) Penaklukan Baitulmuqaddis
Dari Auf b. Malik lah.a. katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda: “saya menghitung 6 perkara menjelang – hari kiamat.” Baginda menyebutkan salah 1 di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.” – Sahih Bukhari
2) Zina bermaharajalela
“Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.” – Sahih Muslim
3) Bermaharajalela alat muzik
“Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka.
” Ada yang bertanya kepada Rasulullah; “Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?” Baginda menjawab; “Apabila telah bermaharajalela bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita” – Ibnu Majah
4) Menghias masjid & membanggakannya
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid” – Riwayat -Nasai.
5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik
“Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga.” – Riwayat Ahmad dan Hakim.
6) Ramai orang soleh meninggal dunia
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik & ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran” – Riwayat Ahmad
7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat
“Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’ (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia”
- Riwayat Thabrani
8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja
“Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.” – Riwayat Ahmad
9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang
Diriwayatkan dari Abu Hurairah lah.a. “Di antara tanda-tanda telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian2 wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang”.
10) Bulan sabit kelihatan besar
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.”
- Riwayat Thabrani
11) Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita
“Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu” – Sahih Muslim
12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar
“Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar.” – Riwayat Ahmad
13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai” – Sahih Muslim
14) Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda
“Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka dengan warna hitam seperti ‘bulu merpati’ yang mereka itu tidak akan mencium bau syurga.” – Sahih Abu Daud & Nasai
15) Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam
“Apabila umatku berjalan dengan sombong dan yang melayan mereka adalah putera-puteri raja, putera-puteri Parsi dan Rom, maka orang yang paling buruk akan berkuasa terhadap orang yang paling baik (pilihannya).” – Riwayat Tarmizi, Sahih Abdullah ibnu Umar r.a.



               


                                                                          

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...