Ramai orang berpendapat bahawa kepandaian adalah segala-galanya dan mampu menakluki apa saja dengan mudah. Namun kisah di atas telah membuktikan kepandaian bukan penyelesaian semua masalah.
Lihatlah betapa pandainya pemuda itu memanah, tetapi dia tidak pandai mengendalikan dirinya sendiri. Apabila diajak menaiki jambatan tinggi, dia sudah hilang konsentrasi. Fikirannya dibelenggu rasa takut akan ketinggian. Semua kemahirannya seakan lenyap begitu sahaja. Namun begitu, orang tua tadi sudah banyak pengalaman dan mampu mengawal dirinya dengan mudah. Di ketinggian ini dia membidik anak panah tepat pada sasaran.
Kini, penelitian para ahli falsafah semakin menguatkan pesanan dalam kisah di atas. Daniel Goldman, pencetus teori kecerdasan emosional telah menyatakan bahawa sesungguhnya apa yang paling menentukan kejayaan hidup seseorang adalah kebijaksanaan manusia mengawal dirinya, bukan seberapa pandai dia. Dia juga mengatakan kemampuan seseorang dalam mengendalikan diri sebagai kecerdasan emosional.
Banyak hasil penelitian yang ditemui mengatakan ramai orang yang mempunyai nilai yang bagus semasa di bangku sekolah namun bila dia menempuh kehidupan sebenar, dia mengalami banyak kegagalan. Mereka selalu bertindak emosional dan tidak berfikir waras. Apabila berhadapan dengan masalah mereka menjadi panic, tidak tentu arah dan bersikap tidak rasional.
Sebaliknya, anak-anak yang kelihatan biasa sahaja dahulunya mampu menemui kejayaan yang luar biasa. Setelah diselidiki, anak-anak zaman sekarang merupakan individu yang mampu mengendalikan emosi atau memiliki kecerdasan emosional yang tinggi. Ini sangat berbeza dengan anak-anak zaman dahulunya yang tidak mampu untuk mengawal emosinya.
Mereka yang memiliki kecerdasan emosional, tidak terburu-buru dalam membuat keputusan. Mereka juga tidak mudah dimanipulasi oleh keadaan sebaliknya tetap tenang menghadapi setiap persoalan. Pemikiran mereka jelas walaupun dalam keadaan yang keruh. Ibarat seekor ikan yang mampu mengawal dirinya agar tetap tawar walaupun berada di dalam air masin.
Bagi mereka yang berada dalam golongan ini, segala pujian atau cacian tidak memberi perbezaan. Sebagaimana cacian tidak membuat mereka merasa rendah diri, begitu juga dengan pujian tidak akan membuat mereka lupa diri. Mereka inilah orang arif dan bijaksana.
Perkataan “bijak” bermaksud orang yang sentiasa menggunakan akal fikirannya dalam menyingkapi sesuatu. Orang pandai pula adalah orang yang berhati-hati, cermat dan teliti dalam menghadapi persoalan. Di dunia persekolahan, bijaksana sering diberi makna sebagai orang yang mampu menempatkan sesuatu pada tempatnya. Ketika berbicara dengan orang –orang pandai, dia menggunakan komunikasi sederhana. Ucapannya boleh difahami oleh semua ragam manusia.
Pada gambaran kita, hanya orang-orang yang sudah berumur yang memiliki kebijaksanaan berbicara. Seolah-olah anak-anak muda tidak layak untuk menyandang gelaran bijaksana. Secara umumnya, anak-anak muda sering dikaitkan dengan semangat yang berkobar-kobar, emosi yang keterlaluan, tidak berfikir panjang dan tidak menggunakan kewarasan akal dalam memutuskan sesuatu perkara sehingga hasilnya menjadi kurang bijaksana. Sebenarnya tidak juga. Nabi Muhammad telah membuktikannya sebagai anak muda tidak bererti tidak boleh menjadi seorang yang bijaksana.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih daun keladi,
Datang sini, komen le lagi