MEE KARI PAK PANDIR
Pada suatu hari, Pak Pandir ingin menunjukkan rasa kasih-sayangnya kepada isterinya. Dia pergi ke kedai dan membeli sebungkus mee, rempah kari dan ramuan rahsia yang lain. Setelah memperoleh segala bahan yang diperlukan, dia pun pulang ke rumah dengan hati yang lapang. Dalam fikirannya, dia berazam untuk membuat mee kari yang akan diingati oleh isterinya sampai bila-bila.
Sampai sahaja di rumah, dia terus memulakan projek masak-memasak dengan semangat penuh membara. Secara tak sedar sepeket besar kari telah dituang pak pandir dalam ramuan mee itu. Mungkin hendak menambahkan rasa, Pak Pandir menambah sedikit hirisan cili sebesar ibu jari. Setelah selesai masak, maka mee kari itu lantas dihidangkan kepada isterinya.
Mak Pandir gembira bukan kepalang kerana si suami yang dikiranya ‘buang tabiat’ memasak pada hari tersebut. Baru sesudu menghirup tanpa menghiruakan panas dan ditambah takat pedas yang melampau lantas berderailah air mata Mak Pandir..sob3
“Kenapa sayang menangis?” tanya Pak Pandir
“Tetiba sayang teringatkan arwah ibu” jawab Mak Pandir ingin menyembunyikan situasi sebenar.
Tiba giliran Pak Pandir pula menghirup kuah mee kari yang dibuatnya. Hal yang sama terjadi. Air mata Pak Pandir menitis (teruk lagi pada isteri dia).
“Hubby2..kenapa nangis nie?” tanya Mak Pandir sinis
“Abang teringatkan arwah ibu sayang yang mati meninggalkan sayang untuk abang” selamba Pak Pandir menjawab
Mak Mandir terpinga-pinga...........
xdak yg lagi lawak ka ?
ReplyDeleteaku tngh cuba la nie..hehehe
ReplyDeletesiot pak pndir..haihh
ReplyDelete