Carian

Monday, November 14, 2011

Keajaiban Mekah dan Perkaitan "Nisbah Emas"


Aku terdetik nak tulis entri nih bila teringatkan ayah aku yang masih berada di Tanah Suci.. Macam  yang kita tahu Tanah Suci Mekah merupakan tempat suci orang Islam di mana di situlah terletaknya Kaabah yang pada mulanya dibina oleh Nabi Ibrahim a.s dan anaknya, Nabi Ismail a.s atas perintah Allah s.w.t. Rupa- rupanya terkandung pelbagai hikmah di sebalik pembinaan Kaabah. Antara keajaiban yang amat menarik perhatian aku ialah mengenai 'Golden Ratio' atau dikenali sebagai Nisbah Emas dalam Bahasa Melayu. Aku mula-mula belajar tentang Nisbah Emas ni masa aku sem 2 kalau tak silap aku. Nak tau apa itu nisbah emas boleh rujuk lebih lanjut kat sini (info Golden Ratio).


Nisbah Emas ini bagi artisan (contohnya orang yang buat lukisan atau arca) menganggap nisbah ini merupakan nisbah yang paling sempurna dan digambarkan sebagai 'tercantik'. Mari kita sama-sama lihat video di atas bagaimana ciptaan Allah s.w.t yang mendahului dan melebihi segala ilmu yang ada pada manusia. Sesungguhnya Allah Maha Menguasai serta Maha Mengetahui.


Nota : Sama-samalah kita berfikir tentang kekuasaan Tuhan. Subhanallah...

2 comments:

  1. Terimakasih sudi follow blogijoks2009.blogspot.com
    Saya juga sudah follow blog pintu minda ni

    ReplyDelete
  2. Sama2..terima ksih jgk sbb sudi tengok2 blog ni..=)

    ReplyDelete

Terima kasih daun keladi,
Datang sini, komen le lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...