Carian

Thursday, November 10, 2011

Masa Yang Berlalu......

Assalamualaikum,

Dah dekat sebulan tak aktif blog nih. Dalam tempoh tu macam-macam yang berlaku. Ni antara catatan yang sempat aku titipkan buat kali nih.

18 Oktober

Hari ini aku pi antaq ayahanda aku ke Bayan Lepas. Alhamdulillah, beliau dapat menunaikan haji tahun ni tapi tidak bersama ibunda aku. Dia pegi dengan imam masjid kampung aku. InsyaAllah, ada rezeki aku yang bawak mak aku. Dalam masa 50  hari yang akan dilalui di sana, aku doakan semoga beliau sihat dan dapat menjalankan ibadah dengan sempurna dan memperoleh haji yang mabrur.


21 Oktober


Nenek aku memang dalam keadaan uzur semasa ayah aku tinggalkan dia untuk menunaikan haji. Sebelum tu ayah aku sempat memohon restu dan mengajarkan kalimah syahadah kepadanya. Sesudah asar hari ni, keadaan nenek makin nazak dan aku menjemput orang-orang kampung untuk membacakan Yasin tapi sebelum sempat aku sampai ke rumah, nenenk aku dah menghembuskan nafas yang terakhir. Aku berasa agak terkilan namun apakan daya ini semua sudak ketentuan Ilahi. Ayah aku pulak dapat tahu berita kematian nenek pada pagi esoknya. Walaupun sangat sedih tapi aku tau dia seorang yang tabah. Bagi nenek aku pulak, Alhamdulillah segala urusan pengebumian dapat diselesaikan tanpa apa-apa halangan. Semoga roh nenda ditempatkan dalam golongan mereka yang beriman. 




6 November


Aku balik kampung dua hari lebih awal. Tolong mak aku buat persiapan raya mana yang patut. Tahun ni kek pisang dengan kuih loyang je yang buat. Yang lain semua kerepek je beli sikit. Buat bihun sebagai juadah utama. Lepas solat raya, aku pegi tolong orang kampung buat korban. 4 ekor tahun nih. Tengah dok melapah tu tetiba hujan. Tak per ni semua rahmat Yang Esa. Hujan ke tak hujan ke yang penting ibadah korban kena dilakukan dengan hati yang ikhlas..=)


8 November


Bersiap-sedia dengan mengadap segala nota yang bertimbun..Yearghhh...This sem exam kena buat lebih baik dari sem lepas. Semoga aku berjaya..Amin

No comments:

Post a Comment

Terima kasih daun keladi,
Datang sini, komen le lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...