MELAKA - Kegembiraan enam bersaudara selepas ditawarkan bekerja sebagai pembantu kantin bertukar duka apabila wang tunai, barang kemas dan pelbagai jenis telefon bimbit milik mereka yang dianggarkan kira-kira RM34,000 didakwa dilarikan dua wanita kelmarin.
Salah seorang mangsa, Rohani Putih, 30, dari Bachang di sini mendakwa, dia menerima tawaran pekerjaan untuk menyara keluarga kerugian kira-kira RM4,000 apabila wang tunai dan barang kemas lesap dalam kejadian pada pukul 11 pagi itu.
Suri rumah itu mendakwa, lima saudara Rohani yang tinggal berhampiran itu pula kehilangan wang tunai, pelbagai jenis telefon bimbit dan barangan kemas dengan anggaran lebih RM30,000.
Menurut Rohani, dua wanita terbabit yang berusia lingkungan 20-an disyaki menggunakan ilmu pukau sewaktu menawarkan pekerjaan pembantu kantin dengan pendapatan sebanyak RM950 sebulan.
Ketika itu, katanya, dia dan anggota keluarganya yang lain berusia antara 18 hingga 52 tahun sedang berkumpul di hadapan rumah sebelum dihampiri oleh dua wanita berkenaan dengan menaiki sebuah van berwarna hijau.
"Ketika itu, saya amat memerlukan pekerjaan kerana suami tidak bekerja kerana sakit jantung dan apabila wanita terbabit menawarkan peluang itu, saya terus merebut peluang itu kerana menyangka ia mampu membantu kehidupan kami sekeluarga," ceritanya lagi.
Dia berkata demikian ketika ditemui selepas membuat aduan kepada Pembantu Khas Hal Ehwal Awam dan Kebajikan Pejabat Ketua Menteri, Datuk M. Mahadevan di sini semalam.
Sumber : Kosmo
Nota: Aku rasa perlu ada satu akta yang memperuntukkan hukuman ke atas pelaku sihir. Kejadian pukau ni aku rasa makin menjadi-jadi kat Malaysia nih..pape pun kita semua boleh mengamalkan ayat Kursi sebagai perlindungan diri kita dan juga keluarga. InsyaAllah
No comments:
Post a Comment
Terima kasih daun keladi,
Datang sini, komen le lagi