Nota: Tak malukah kita melihat kanak-kanak kecil ini sudahpun mampu mengislamkan ribuan orang!!! Walaupun kita tak mampu seperti beliau, tetapi kita boleh memperbaiki diri. Mulakan dulu dengan yang terdekat dengan diri kita seperti menunaikan solat 5 waktu.Berusahalah sedikit demi sedikit untuk menjadi seorang Islam yang diredhai penciptaNya..InsyaAllah..=)
Carian
Saturday, April 30, 2011
Budak 5 Tahun Berdakwah
Nota: Tak malukah kita melihat kanak-kanak kecil ini sudahpun mampu mengislamkan ribuan orang!!! Walaupun kita tak mampu seperti beliau, tetapi kita boleh memperbaiki diri. Mulakan dulu dengan yang terdekat dengan diri kita seperti menunaikan solat 5 waktu.Berusahalah sedikit demi sedikit untuk menjadi seorang Islam yang diredhai penciptaNya..InsyaAllah..=)
Kanak-Kanak Indigo
Kanak-kanak Indigo???
Siapa mereka?
Apa keistimewaan mereka?
Super human kah mereka?
Ini adalah persoalan-persoalan yang menerjah ke minda saya buat pertama kali apabila diperkenalkan dengan istilah ini. Apabila melakukan pembacaan, barulah saya mengerti bahawa wujud golongan kanak-kanak seperti ini di dunia, Menurut wikipedia, Kanak-kanak Indigo ialah golongan kanak-kanak yang mempunyai sifat unik yang membezakan generasinya dengan generasi sebelum itu. Mereka ini dikurniakan Tuhan dengan kelebihan iaitu bakat yang luar biasa atau secara akademik berprestasi. Anak yang mengalami indigo ini mampu menunjukkan empati yang sangat dalam dan mudah merasa hiba, serta tampak bijaksana untuk anak seusianya.
Istilah ini mula diperkenalkan pada tahun 1982 melalui sebuah buku 'Understanding Your Life Through Colour' tulisan Nancy Anne Tappe. Laporan bertulis dalam buku ini menyatakan bahawa kes kanak-kanak Indigo telah muncul sejak 1960-an lagi. Golongan kanak-kanak ini amat berbeza dengan kanak-kanak lain. Mereka mempunyai perwatakan yang menonjolkan persepsi luar deria atau saintifiknya 'ESP-Extrasensory Perception'. Pemikiran mereka menyamai orang dewasa malah dapat melangkaui batasan tersebut. Mereka juga kerap memberontak terhadap suatu pemerintahan, tidak patuh terhadap aturan atau adat, kesulitan dalam mengelola emosinya (seorang yang sensitif). Tidak jarang pula anak menunjukkan sikap yang sangat dingin dan tidak punya perasaan. Ada sesetengah pihak yang melabel anak ini dengan indikasi gangguan ADD (attention deficit disorder).
Nota :Murid yang mengalami ADD (Attention Deficit Disorder) tergolong dalam murid-murid yang bermasalah pembelajaran namun bukan semua ialah kanak-kanak Indigo.
Berikut merupakan antara kanak-kanak Indigo yang dikenalpasti:
Kes 1:
Di Afrika pada tahun 2008, muncul seorang kanak-kanak lelaki yang dikenali sebagai Sheikh Sharifuddin berumur 5 tahun yang menggemparkan dunia kerana berjaya mengIslamkan beribu-ribu orang dalam ceramah agamanya. Beliau juga fasih bertutur dalam 5 bahasa iaitu Swahili, Arab, Inggeris, Perancis dan Itali.
Kes 2:
Di Indonesia pada tahun 2007, seorang kanak-kanak perempuan bernama Anissa Rania Putri mampu bertutur dalam pelbagai bahasa antaranya ialah bahasa Inggeris, Arab dan Belanda (tanpa belajar secara formal).
Kes 3:
Negara kita juga turut dikejutkan dengan genius matematik cilik iaitu Adi Putra. Biodata adik Adi Putra boleh dilihat seperti di bawah:
Nama : Adi Putra bin Abd Ghani
Tarikh Lahir : 27hb Januari 1999
Umur : 8 tahun
Tahap Akademik : Sedang mengikuti program A-Level
Kolej Matrikulasi,UIA, Petaling Jaya.
Cita-cita : Professor Matematik Islam
Idola : Prof. Dato’ Dr Ismail b. Md Salleh
Impian : Bila besar nanti, insyaAllah,
Adi akan cipta sebuah komputer canggih yang boleh bercakap untuk orang buta dan Adi akan hadiahkan kepada idola Adi.
Adi akan cipta satelit bumi dan angkasa untuk kegunaan negara-negara Islam sahaja dengan menggunakan password Al-Quran.

Berikut pula merupakan sajak yang dibaca oleh Adi Putra dalam rancangan AC? Sempoi:
Akulah Adi Putra
Melayu tdk penah lupa
duduk tahun satu rasanya tersiksa
tiada siapa peduli
tetapi aku bisa bedakan
ilmu Allah bagi dan ilmu diajar guru bermula dengan
‘A’, ‘B’, C ,’one’, ‘two’, ‘three’, ‘alif’, ‘ba’, ‘ta’
di mana trillion di manakah billion,
di mana tafsir Al Quran
di mana doa2 para nabi para wali
untuk apa aku disini
aku berfikir rasional aku berfikir international
pandai aku bijak aku comel aku hanya untuk ditonton diuji dan dipuji
aku malu alangkah ruginya mereka
untuk apa semua ini
di mana mata hati mereka
pujian biar bertempat
marah bila bersopan
kurang ajar biarlah berbudi bahasa
tersirat mereka tak nampak
tersurat sahaja mereka lihat
di mana silapnya
Rasulullah memimpin ummah
hebatnya baginda
pimpinlah aku
doakanlah aku
aku punya cita-cita
aku punya idola
barangkali aku kecil mereka
hanya ketawa

Allah maha perkasa
tahfiz Al Quran itu hebat
Hafaz Yaasin itu penerang hati
matematik itu tunjang ilmu
tahfiz Al Quran itu hebat
Hafaz Yaasin itu penerang hati
matematik itu tunjang ilmu
ayuh bangsaku bangunlah
kita bertemankan islam
kita penuhkan ilmu didada
kita jadikan melayu paling hebat di persada dunia
bersamaku adi putra
akulah modal insan
anak melayu jati
wawasan 2020
takkan melayu hilang di dunia
pantang melayu menderhaka pada sultannya
pemuda harapan bangsa
pemudi tiang negara
mengapa bersembunyi diri di balik ibu pertiwi
sejengkalpun tanahairku dijajah
biar putih tulang jangan putih mata

Nota: Siapalah kita untuk mendabik dada dan katakan kita ni hebat???..Allah menciptakan golongan kanak-kanak ini untuk kita berfikir tentang kebesaranNya. Mungkin masa saya menulis dalam blog ni, ada golongan muda-mudi yang duduk melepak di pasar raya, merempit di jalan raya dan ada yang jadi 'hantu raya' di disko dan kelab-kelab malam. Hindarkan diri daripada gejala negatif dan renung-renungkanlah entry di atas..Walaupun kita tidak dianugerahkan kemampuan luar biasa namun SETIAP MANUSIA PUNYAI KEISTIMEWAAN MASING-MASING. Satu usaha dalam menegakkan agama Islam membuka jalan kita ke syurga.
Thursday, April 28, 2011
Inspirasiku Untuk Menulis:Harun Yahya
Mungkin ada di antara sahabat yang biasa dengan nama penulis terkenal ini ; Harun Yahya. Beliau dilahirkan di Ankara, Turki pada tahun 1956. Pada peringkat pengajian tinggi, beliau telah belajar di Universiti Mimar Sinan, Istanbul dalam bidang sastera dan seterusnya di Universiti Istanbul dalam bidang falsafah. Nama sebenar Harun Yahya ialah Adnan Oktar. Sejak tahun, 1980-an lagi, beliau telah menghasilkan pelbagai karya yang meliputi bidang-bidang yang berkaitan politik, agama dan sains.
Info Yang Menarik Tentang Harun Yahya
a) Nama pena beliau iaitu Harun Yahya ialah hasil gabungan daripada dua nama nabi iaitu "Harun" (Aaron) dan "Yahya" (John).
b) Semasa menuntut di Universiti Mimar Sinan, beliau tidak terpengaruh dengan pemikiran Atheis (tidak percaya akan adanya Tuhan) walhal institusi pendidikan tersebut telah berada di bawah pengaruh pelbagai organisasi bawah tanah berhaluan Marxisme, sehingga pemikiran tersebut tampak jelas mendominasi kampus.
c) Ibu beliau, Ny. Mediha Oktar, menyatakan bahawa Adnan Oktar hanya tidur beberapa jam saja di malam hari, sebahagian besar waktu yang tersisa digunakan untuk membaca, membuat catatan (hasil pembacaan) dan mengumpulkan catatan beliau tersebut.
d) Beliau berdakwah tentang kebenaran Islam dengan Al-Quran (dikaitkan dengan bukti-bukti saintifik)
e) Nama beliau muncul untuk pertama kali di majalah Nokta (Titik) pada tahun 1986 dan ini adalah kali pertama beliau dikenali masyarakat umum.
f) Karya pertama beliau telah membuktikan bahawa 'Teori Evolusi' (ciptaan Darwin) adalah terpesong jauh daripada lumrah sebenar kejadian manusia.
g) Berjaya membuktikan pengaruh Yahudi (zionis) dan 'Freemasonry' yang menyusup masuk dalam dunia Islam.
h) Beliau pernah ditawarkan sejumlah wang yang banyak oleh golongan 'Freemason' untuk beliau berhenti daripada berdakwah dalam karya-karya beliau. Namun wang yang disogok itu ditolak mentah-mentah oleh Adnan Oktar.
i) Adnan Oktar pernah ditahan dan dikurung bersama-sama pesakit jiwa yang berbahaya (di rumah sakit jiwa Bakirköy. Penyokong beliau pula hanya dibenarkan menjenguk antara 5-10 minit sahaja. Antara kata-kata beliau pada masa itu ialah:
“Janganlah khuatir, Allah sentiasa bersama kita.”
j) Penahanan beliau berterusan selama 19 bulan dan atas kuasa Allah, beliau terselamat dan dibuktikan tidak bersalah.
k) Dua tahun setelah beliau dibebaskan pada tahun 1988, Adnan Oktar meletakkan landasan Islam dalam Lembaga Kajian Sains (Science Research Foundation, SRF) yang didirikan pada tahun 1990.
Pengajaran
1) Usaha menyebarkan ilmu itu perlu lebih-lebih lagi dalam menegakkan agama Islam.
2) Niat hanya kerana Allah S.W.T dan ikhlas hanya keranaNya.
3) Musuh Islam sentiasa ingin menghancurkan agama yang mulia ini. Mereka sentiasa mengambil peluang untuk melemahkan kita umat Islam walau dengan apa cara sekalipun.
4) Kerja yang dilakukan kita mesti terancang dan sistematik dalam segala segi termasuklah belajar,berdakwah,bekerja mahupun menyampaikan ilmu.
5) Saling menasihati merupakan perkara yang dituntut dalam Islam..Berilah nasihat walaupun sepotong ayat dan terimalah nasihat walaupun sepotong ayat.
Saturday, April 23, 2011
Aku & Blog
Assalamualaikum...
Ntah naper aku rasa nak tulis entry ni..hehehe..
Peredaran masa menyebabkan pelbagai teknologi yang memudahkan manusia mucul ibarat ' tumbuhnya cendawan selepas hujan'. Kalau dulu nak berhubung pakai surat jer @ yg yang ada hp dlu mungkin saiznya leh membunuh seekor kambing bila dibaling tp sekarang ni taip msge, e-mail dan lain-lain lg laa..Begitu juga dengan FB...Masa aku kecik-kecik dlu nak cari kawan setakat tengok jer la dlm majalah Didik contohnya..(tp aku malas nak antaq surat..ha3..)
Blog...blog...blog..Apa istimewanya blog???Mungkin aku agak terlewat dalam penulisan di dalam blog..Disebabkan oleh faktor-faktor tertentu, aku jatuh cinta lak utk menjadi seorang 'blogger'..Antara sebab aku menulis dalam blog ialah:
a) Fleksibel..Kalau aku tulis dalam diari memang mudah hilang..Bila buat blog selagi aku ingat password, x der masalah la aku nak continue penulisan aku..muahaha
b) Aku boleh kongsi maklumat atau ilmu yang aku perolehi...Ilmu berguna yang diajarkan kepada org len tu kan memberi pahala..=)
c) Aku suka membaca so bila rasa penuh sangt input dalam kepala hotak (bukan botak) patutnya ada satu medium untuk aku transfer skit..so blog la sesuai dan leh aku buat rujukan utk masa akan datang.
d) Free dan mudah..
e) Ramai kenalan len, so leh exchange maklumat..
f) Luahan rasa aku..(klu ada yang aku x puas hati laa).
g) Mengisi masa lapang (hobi yang ke-??? aku)..kurang2 aku x der la trlibt dgn gejala so SIAL kt luaq sana.
dan banyak lg...........
So, bg aku blog ni sangt berguna utk aku dan org len (utk golongan yg memanfaatkannya)..

Saturday, April 16, 2011
Minyak O Minyak..Kenapa Harga Naik
Penyelarasan subsidi ke atas bebearapa bahan keperluan seperti petrol dan gula bukan sahaja memberikan kesan kenaikan harga keperluan asas lain, malah, pelbagai pihak dari sektor perkhidmatan juga menaikkan cas atas alasan tersebut.
Dalam keadaan yang semakin tertekan ini, kakitangan kerajaan yang bergaji RM3,000 sebulan pun sudah boleh dikategorikan miskin, apatah lagi yang tidak bekerja.
Ironinya, setiap kali kenaikan harga barang, golongan ini disaran berjimat cermat. Bagaimanakah lagi caranya hendak berjimat? Adakah sehingga makan sekali seminggu itu yang dikatakan berjimat? Semua saranan ini tentu sekali tidak akan meredakan kemelut sara hidup yang menyeksakan.
Bagi merungkai permasalahan kenaikan harga ini, ikuti wawancara khas wartawan NOR KHALILAH GUSTI HASSAN (Sinar Harian: 5 Januari 2011) dengan Pakar Matematik Gunaan, Prof Madya Hamid Yeop Yeop Zainuddin. Beliau menggunakan pendekatan Matematik untuk meneliti fakta apakah kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia benar-benar merugikan negara sehingga terpaksa mengurangkan subsidi rakyat.
1) Bolehkah harga bahan api ini diturunkan?
HAMID YEOP:
Ya boleh! Malah boleh diturunkan kepada 30 sen sahaja seliter jika menggunakan formula menurunkan harga minyak dan barang-barang yang sekaligus menghapuskan kemiskinan. Formula ini ditemui semasa kajian pada 2008 yang lalu.
Di pasaran dunia harga bahan api turun dan naik tetapi di Malaysia boleh dikatakan tidak pernah turun asyik naik sahaja.
Sesiapa pun faham ini membuktikan harga minyak di Malaysia tidak ditentukan oleh pasaran dunia. Ketika kita RM2.70 seliter, ada negara lain jual hanya 16 sen seliter (Venezuela).
2) Bagaimanakah boleh dijual begitu murah sekali?
HAMID YEOP:
Untuk memudahkan orang awam faham, ambil contoh kelapa sawit. Kita adalah negara pengeluar. Kalau dulu harga sawit RM1,000 satu tan, sekarang dah naik RM3,000. Kita untung atau rugi? Sudah tentu untung 3 kali ganda.
Begitu juga minyak mentah. Malaysia adalah sebuah negara pengeluar minyak dan menganggotai Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC). Jika Malaysia jual kira-kira 700,000 tong minyak mentah sehari pada kadar USD130 Setong (dengan kadar tukaran mata wang RM3.80 untuk USD1 satu ketika dahulu), ini bermakna perolehan setahun adalah USD33 billion iaitu melebihi RM126 billion. Dengan anggaran perolehan melebihi satu trillion ringgit untuk 10 tahun pada kadar disebutkan tadi, bolehkah Malaysia menurunkan harga bahan apinya? Jika benar rakyat didahulukan maka sudah tentulah jual murah didalam negara tetapi jual ikut harga pasaran di luar negara. Ini adalah hasil negara yang sepatutnya dinikmati rakyat.
3) Maknanya, kenaikan harga minyak mentah dunia tidak merugikan negara?
HAMID YEOP:
Ya benar. Bukan sahaja tidak merugikan Malaysia, tetapi sebaliknya mendapat keuntungan berganda. Seperti kelapa sawit, ramai yang tahu tetapi tidak ramai yang tahu pasal telaga minyak. Kita rujuk data 2008 dengan anggaran jualan minyak mentah Malaysia sebanyak 700,000 tong sehari. Oleh kerana minyak dijual dalam dollar Amerika, bagi memudahkan perbandingan, anggapkan kadar tukaran RM kepada USD ialah RM3.50 untuk USD1.
Harga minyak pada Januari 2007 adalah USD50 iaitu RM175 setong. Justeru perolehan setahun bagi 2007 adalah melebihi RM44 billion. Jun 2008, harga minyak telah naik kepada USD138 iaitu RM483 setong. Justeru perolahan setahun sehingga Jun 2009 adalah kira-kira RM123 billion. Ini memberikan tambahan lebihan untung sebanyak RM78 billion. Keuntungan tambahan ini tidak termasuk keuntungan lain seperti petrol dan diesel. Oleh itu, keuntungan sebenar hasil kenaikan harga minyak dunia adalah jauh lebih tinggi.
4) Dengan RM78 billion lebihan untung, lebih banyakkah subsidi?
HAMID YEOP:
Kalau tiada subsidi pun harga minyak boleh diturunkan, apatah lagi jika ada subsidi. Tetapi rakyat kini menanggung beban kenaikan harga minyak yang kononnya disebabkan kenaikan harga minyak dunia. Ramai yang ingin tahu kemanakah perginya lebihan untuk RM78 billion ini? Lagilah tidak logik kita terpaksa pula mengurangkan subsidi. Kita bukan Singapura dan kita tidak boleh ikut Singapura kerana ia negara pembeli bukan pengeluar. Harga di kilang tidak sama dengan harga di kedai.
5) Benarkah ada subsidi dan siapakah yang menerimanya?
HAMID YEOP:
Ketika minyak mentah berharga USD130 setong (RM455 pada kadar tukaran RM3.50 kepada USD1), kerajaan mengumumkan harga sebenar petrol di Malaysia adalah RM3.00 seliter dan diberikan subsidi RM0.30 sen menjadikannya RM2.70 seliter.
Jika benar ada subsidi, adakah subsidi diberikan kepada semua syarikat minyak seperti Petronas, Shell, Mobil, Esso, Caltex, BHP dan lain-lain? Tanpa subsidi atau suatu bentuk persetujuan bayaran tertentu kepada syarikat asing tersebut mustahil mereka mahu jual dengan harga sama seperti dijual Petronas, iaitu RM2.70 seliter.
Sekiranya syarikat asing itu tidak mendapat sejumlah subsidi (sama ada daripada kerajaan atau Petronas atau kedua-duanya), tentu mereka menjual mengikut harga yang memberikan keuntungan masing-masing sebagaimana yang dijual di negara lain. Sebab itu harga Shell di Singapura jauh lebih mahal.
Tinjauan saya mendapati stesen minyak membayar tunai dengan harga RM2.70 daripada pembekal syarikat asing. Daripada jumlah itu, mereka hanya memperolehi komisen RM0.095. Ini bermakna, pengusaha stesen minyak bukan penerima subsidi. Justeru kemungkinan besar subsidi tersebut dibayar terus kepada syarikat asing. Lebih 80 peratus daripada RM33 billion subsidi dibayar kepada syarikat asing.
6) Jadi berapakah sebenarnya subsidi minyak kepada rakyat?
HAMID YEOP:
Berdasarkan RM33 billion yang dikatakan tadi, kita boleh mengetahui penggunaan petrol negara ini dalam setahun adalah kira-kira 110 billion liter. Lebih kurang 301 juta liter sehari.
Mengikut laporan pada tahun 2007, terdapat 3,098 stesen minyak di seluruh negara dengan 40% daripadanya, terutama yang di bandar besar dan lebuhraya beroperasi 24 jam.
Ini memberi gambaran purata jualan harian bagi setiap stesen minyak adalah sebanyak 97 ribu liter sehari, atau hampir 3 juta liter sebulan. Suatu angka yang sukar diterima untuk sebuah stesen minyak kerana, secara purata jualan harian mereka tidak melebihi 20,000 liter.
Jika benar ada subsidi maka angka-angkanya mesti selari dengan pengiraan matematik tadi, tetapi kerana angka-angkanya tidak sekena, maka keputusan ini‘menidakkan dan menolak kewujudan subsidi petrol berjumlah RM0.30 sen seliter atau RM33 billion setahun.’
Ada atau tidak subsidi minyak untuk rakyat? Andalah yang menentukan jawapannya.
7) Jika tiada subsidi, rakyat terpaksa membeli dengan harga yang mahal?
HAMID YEOP:
Sepatutnya tidak. Salah satu cara terbaik untuk menurunkan harga minyak adalah dengan menyerapkan terus keuntungan Petronas ke dalam hasil minyak (petrol dan diesel) yang dijual di dalam negara.
Penyerapan keuntungan ini akan membolehkan Petronas menjual Petrol dengan harga lebih rendah. Secara langsung akan menaikkan lagi keuntungan Petronas dengan peningkatan penjualan minyak.
Tindakan inilah yang sebenarnya menangkis persoalan ke manakah perginya keuntungan Petronas.
Lagipun bukan semua pengusaha syarikat asing seperti BHP, Esso, Caltex, Shell dan Mobil membeli minyak mentah dari Petronas. Itupun Petronas tetap mengaut untung berbillion ringgit. Sedangkan dengan harga USD50 setong kerajaan mampu menanggung subsidi berbillion ringgit, inikan pula USD138 setong (RM483).
Bila untung 2 kali ganda sepatutnya turun separuh harga.
8) Benarkah stok minyak kita akan habis?
HAMID YEOP:
Tuhan jadikan Malaysia unik. Laluan gempa bumi pun tidak menempuh Malaysia. Telaga minyak kita macam telaga air di kampung, dicedok banyak mana pun tidak akan habis. Minyak kita, kalau ambil satu tong dia boleh keluar lagi sehingga tiga tong. Saya banyak mmendapat maklumbalas daripada ramai bekas pelajar saya yang menjadi jurutera di Petronas dan di kawsan carigali.
Untuk satu jangka yang amat lama lagi dakwaan ini tidak benar. Kalau habis pun, saya percaya ketika itu minyak bukan lagi merupakan sumber utama tenaga.
9) Formula ini telah Prof cipta semenjak 2008 tetapi tidak diterima kerajaan. Apa komen Prof?
HAMID YEOP:
Sebagai rakyat biasa yang prihatin saya hanya membantu dan mencadangkan setakat yang termampu. Asalnya pun daripada permintaan salah seorang menteri kabinet. Pada pendapat saya, model ekonomi yang digunapakai sekarang adalah betul pada mereka tetapi salah pada rakyat.
10) Akhirnya apakah harapan Prof?
HAMID YEOP:
Menurunkan harga barang menjadi harapan sebahagian besar rakyat. Saya sedia berkongsi formula ini dengan mana-mana pihak terutamanya parti politik yang berhasrat memerintah negara ini, supaya penjelasan dapat diberikan kepada rakyat jelata. InsyaAllah jika pemerintah melaksanakan formula ini, semua rakyat akan jadi kaya dan dalam tiga tahun Malaysia akan jadi ‘World Reserved Bank’.
Sisipan: SINAR HARIAN (5 Januari 2011)
oleh wartawan NOR KHALILAH GUSTI HASSAN

Sapa Nak Disalahkan????
Di Malaysia, anak luar nikah dalam maksud pendaftaran kelahiran terdiri daripada kanak-kanak yang dilahirkan oleh pasangan ibu bapa yang tidak berkahwin tetapi maklumat dimasukkan ke dalam daftar dan sijil kelahiran. Pendaftaran tersebut dibuat di bawah peruntukan pendaftaran kelahiran anak tidak sah taraf.
Ada sesuatu yang luar biasa pada sijil kelahiran anak tidak sah taraf. Nombor sijil yang lazimnya tertera di bahagian kanan dokumen, dicetak di bahagian bawah. Ini menunjukkan bahawa pemiliknya tidak mengetahui ayah kandungnya.
STATISTIK
Berdasarkan kepada laporan rasmi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melaporkan terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008.
Ini bermakna secara purata, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari. Jika diunjurkan lagi, satu kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat!
Amat menyedihkan kerana menurut statistik pendaftaran kelahiran kelahiran anak luar nikah dalam tempoh 4 tahun sahaja (1999-2003) 30,978 dari 70,430 (44%) orang bayi tidak sah taraf yang dilahirkan adalah anak orang ISLAM.
Pecahan mengikut negeri:
Selangor = 12,836 orang
Perak = 9,788 orang
Kuala Lumpur = 9,439 orang
Johor = 8,920 orang
Sabah = 8,435 orang
Negeri Sembilan = 4,108 orang
Pahang = 3,677 orang
Kedah = 3,496 orang
Pulau Pinang = 3,412 orang
Melaka = 2,707 orang
Kelantan = 1730 orang
Perlis = 691 orang
Sarawak = 617 orang
Terengganu = 574 orang
JUMLAH = 70,430 orang.
Perak = 9,788 orang
Kuala Lumpur = 9,439 orang
Johor = 8,920 orang
Sabah = 8,435 orang
Negeri Sembilan = 4,108 orang
Pahang = 3,677 orang
Kedah = 3,496 orang
Pulau Pinang = 3,412 orang
Melaka = 2,707 orang
Kelantan = 1730 orang
Perlis = 691 orang
Sarawak = 617 orang
Terengganu = 574 orang
JUMLAH = 70,430 orang.
NOTA: Aku dulu pun couple gak...Alhamdulillah aku disedarkan oleh Allah S.W.T sebelum terjerumus dalam perkara2 y lebih teruk..sama2 la kita bertaubat selagi pintu taubat masih terbuka!!
Sajak buat bangsa seagamaku....
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
Tanah sebidang mudah terjual.
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.
karya oleh : Allahyarham Usman Awang
Monday, April 11, 2011
Demi Masa
Maksudnya :“Demi MASA. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali yang beriman dan yang beramal soleh. Yang berpesan-pesan dengan KEBENARAN. Yang berpesan-pesan dengan KESABARAN”. (Surah Al-'Asr :1-3)
Kepentingan Masa
Setiap manusia dikurniakan Allah dengan masa 24 jam sehari. Tidak kira dia manusia beragama apa sekalipun rahmat Allah ini jika digunakan dengan sebaiknya pasti akan mendatangkan kebahagian dan kesenangan kepada kita.
Sebagai seorang Islam, kita renungkan-renungkan lah surah di atas. Adakah kita tergolong dalam golongan org2 yang rugi???? Sebagai manusia biasa dan tidak terlepas juga diri saya, kita secara sedar tidak sedar adakalanya melakukan perkara yang sia-sia dan mendatangkan dosa.
Masa lebih berharga daripada emas. Mampukah kita membeli atau menjualnya??? |
Kita lihat kini umat Islam banyak ketinggalan dalam pelbagai bidang. Bukan saya mahu menghina tapi itulah realiti. Umat Islam di negara kita khususnya remaja (sebab saya pun termasuk golongan nih) lena dibuai kesenangan dan mimpi indah. Hiburan di sana-sini!!Akhirnya masa depan terabai.................................................Cuba bayangkan jika anda berada semasa zaman penjajahan. Bagaimanakah hidup anda???Mahukah anda???
Hiburan yang merosakkan!! |
Bangun dan sedarlah wahai umat Islam. Kita sekarang DIPERHATIKAN oleh musuh-musuh kita di luar sana yang ketawa melihat kedegilan kita meninggalkan suruhan Allah s.w.t. Marilah kita menggunakan masa dengan sebaiknya untuk menjadi umat Islam yang berjaya. Tuntutlah ilmu dan amalkan. Marilah juga kita beriman dengan sebenarnya serta menasihati antara satu sama lain..
Wassalam..=)
Nota : Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara :
Kaya sebelum miskin,
Sihat sebelum sakit,
Muda sebelum tua,
Lapang sebelum sempit ,
Hidup sebelum mati.
Sihat sebelum sakit,
Muda sebelum tua,
Lapang sebelum sempit ,
Hidup sebelum mati.
Subscribe to:
Posts (Atom)