Carian

Monday, April 11, 2011

Demi Masa



surah-al-asr-103.jpg



Maksudnya :“Demi MASA. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali yang beriman dan yang beramal soleh. Yang berpesan-pesan dengan KEBENARAN. Yang berpesan-pesan dengan KESABARAN”. (Surah Al-'Asr :1-3)




Kepentingan Masa




Setiap manusia dikurniakan Allah dengan masa 24 jam sehari. Tidak kira dia manusia beragama apa sekalipun rahmat Allah ini jika digunakan dengan sebaiknya pasti akan mendatangkan kebahagian dan kesenangan kepada kita.


Sebagai seorang Islam, kita renungkan-renungkan lah surah di atas. Adakah kita tergolong dalam golongan org2 yang rugi???? Sebagai manusia biasa dan tidak terlepas juga diri saya, kita secara sedar tidak sedar adakalanya melakukan perkara yang sia-sia dan mendatangkan dosa. 




Masa lebih berharga daripada emas. Mampukah kita membeli atau menjualnya???

Cuba andaikan anda merupakan seorang pelajar. Anda pasti tidak akan terlepas daripada mengambil ujian atau peperiksaan bukan...Sekarang cuba kita lihat pula dari perspektif solat 5 waktu yang diwajibkan ke atas kita. Adakah kita sedar bahawa solat itu merupakan 'benchmark' dalam menentukan kejayaan seseorang di dunia dan di akhirat. Jika solat pun terabai janganlah kita mendabik dada dan menyatakan "AKULAH PENGURUS MASA YANG BERJAYA"..


Kita lihat kini umat Islam banyak ketinggalan dalam pelbagai bidang. Bukan saya mahu menghina tapi itulah realiti. Umat Islam di negara kita khususnya remaja (sebab saya pun termasuk golongan nih) lena dibuai kesenangan dan mimpi indah. Hiburan di sana-sini!!Akhirnya masa depan terabai.................................................Cuba bayangkan jika anda berada semasa zaman penjajahan. Bagaimanakah hidup anda???Mahukah anda???

Hiburan yang merosakkan!!





Bangun dan sedarlah wahai umat Islam. Kita sekarang DIPERHATIKAN oleh musuh-musuh kita di luar sana yang ketawa melihat kedegilan kita meninggalkan suruhan Allah s.w.t. Marilah kita menggunakan masa dengan sebaiknya untuk menjadi umat Islam yang berjaya. Tuntutlah ilmu dan amalkan. Marilah juga kita beriman dengan sebenarnya serta menasihati antara satu sama lain..


Wassalam..=)

Nota : Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara :

Kaya sebelum miskin,
Sihat sebelum sakit,
Muda sebelum tua,
Lapang sebelum sempit ,
Hidup sebelum mati.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih daun keladi,
Datang sini, komen le lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...