Carian

Saturday, April 30, 2011

Kanak-Kanak Indigo

Kanak-kanak Indigo???
Siapa mereka?
Apa keistimewaan mereka?
Super human kah mereka?

Ini adalah persoalan-persoalan yang menerjah ke minda saya buat pertama kali apabila diperkenalkan dengan istilah ini. Apabila melakukan pembacaan, barulah saya mengerti bahawa wujud golongan kanak-kanak seperti ini di dunia, Menurut wikipedia, Kanak-kanak Indigo ialah golongan kanak-kanak yang mempunyai sifat unik yang membezakan generasinya dengan generasi sebelum itu. Mereka ini dikurniakan Tuhan dengan kelebihan iaitu bakat yang luar biasa atau secara akademik berprestasi. Anak yang mengalami indigo ini mampu menunjukkan empati yang sangat dalam dan mudah merasa hiba, serta tampak bijaksana untuk anak seusianya. 

Istilah ini mula diperkenalkan pada tahun 1982 melalui sebuah buku 'Understanding Your Life Through Colour' tulisan Nancy Anne Tappe. Laporan bertulis dalam buku ini menyatakan bahawa kes kanak-kanak Indigo telah muncul sejak 1960-an lagi. Golongan kanak-kanak ini amat berbeza dengan kanak-kanak lain. Mereka mempunyai perwatakan yang menonjolkan persepsi luar deria atau saintifiknya 'ESP-Extrasensory Perception'. Pemikiran mereka menyamai orang dewasa malah dapat melangkaui batasan tersebut. Mereka juga kerap memberontak terhadap suatu pemerintahan, tidak patuh terhadap aturan atau adat, kesulitan dalam mengelola emosinya (seorang yang sensitif). Tidak jarang pula anak menunjukkan sikap yang sangat dingin dan tidak punya perasaan. Ada sesetengah pihak yang melabel anak ini dengan indikasi gangguan ADD (attention deficit disorder).

Nota :Murid yang mengalami ADD (Attention Deficit Disorder) tergolong dalam murid-murid yang bermasalah pembelajaran namun bukan semua ialah kanak-kanak Indigo.


Berikut merupakan antara kanak-kanak Indigo yang dikenalpasti:

Kes 1:

Di Afrika pada tahun 2008, muncul seorang kanak-kanak lelaki yang dikenali sebagai Sheikh Sharifuddin berumur 5 tahun yang menggemparkan dunia kerana berjaya mengIslamkan beribu-ribu orang dalam ceramah agamanya. Beliau juga fasih bertutur dalam 5 bahasa iaitu Swahili, Arab, Inggeris, Perancis dan Itali.



Kes 2:

Di Indonesia pada tahun 2007, seorang kanak-kanak perempuan bernama Anissa Rania Putri mampu bertutur dalam pelbagai bahasa antaranya ialah bahasa Inggeris, Arab dan Belanda (tanpa belajar secara formal).


Kes 3:

Negara kita juga turut dikejutkan dengan genius matematik cilik iaitu Adi Putra. Biodata adik Adi Putra boleh dilihat seperti di bawah:



Nama : Adi Putra bin Abd Ghani
Tarikh Lahir : 27hb Januari 1999
Umur : 8 tahun
Tahap Akademik : Sedang mengikuti program A-Level
Kolej Matrikulasi,UIA, Petaling Jaya.
Cita-cita : Professor Matematik Islam
Idola : Prof. Dato’ Dr Ismail b. Md Salleh
Impian : Bila besar nanti, insyaAllah,
Adi akan cipta sebuah komputer canggih yang boleh bercakap untuk orang buta dan Adi akan hadiahkan kepada idola Adi.
Adi akan cipta satelit bumi dan angkasa untuk kegunaan negara-negara Islam sahaja dengan menggunakan password Al-Quran.

Berikut pula merupakan sajak yang dibaca oleh Adi Putra dalam rancangan AC? Sempoi:



Akulah Adi Putra
Melayu tdk penah lupa
duduk tahun satu rasanya tersiksa
tiada siapa peduli
tetapi aku bisa bedakan
ilmu Allah bagi dan ilmu diajar guru bermula dengan
‘A’, ‘B’, C ,’one’, ‘two’, ‘three’, ‘alif’, ‘ba’, ‘ta’
di mana trillion di manakah billion,
di mana tafsir Al Quran
di mana doa2 para nabi para wali
untuk apa aku disini
aku berfikir rasional aku berfikir international
pandai aku bijak aku comel aku hanya untuk ditonton diuji dan dipuji
aku malu alangkah ruginya mereka
untuk apa semua ini
di mana mata hati mereka
pujian biar bertempat
marah bila bersopan
kurang ajar biarlah berbudi bahasa
tersirat mereka tak nampak
tersurat sahaja mereka lihat
di mana silapnya
Rasulullah memimpin ummah
hebatnya baginda
pimpinlah aku
doakanlah aku
aku punya cita-cita
aku punya idola
barangkali aku kecil mereka
hanya ketawa
Allah maha perkasa
tahfiz Al Quran itu hebat
Hafaz Yaasin itu penerang hati
matematik itu tunjang ilmu
ayuh bangsaku bangunlah
kita bertemankan islam
kita penuhkan ilmu didada
kita jadikan melayu paling hebat di persada dunia
bersamaku adi putra
akulah modal insan
anak melayu jati
wawasan 2020
takkan melayu hilang di dunia
pantang melayu menderhaka pada sultannya
pemuda harapan bangsa
pemudi tiang negara
mengapa bersembunyi diri di balik ibu pertiwi
sejengkalpun tanahairku dijajah
biar putih tulang jangan putih mata


Nota: Siapalah kita untuk mendabik dada dan katakan kita ni hebat???..Allah menciptakan golongan kanak-kanak ini untuk kita berfikir tentang kebesaranNya. Mungkin masa saya menulis dalam blog ni, ada golongan muda-mudi yang duduk melepak di pasar raya, merempit di jalan raya dan ada yang jadi 'hantu raya' di disko dan kelab-kelab malam. Hindarkan diri daripada gejala negatif dan renung-renungkanlah entry di atas..Walaupun kita tidak dianugerahkan kemampuan luar biasa namun SETIAP MANUSIA PUNYAI KEISTIMEWAAN MASING-MASING. Satu usaha dalam menegakkan agama Islam membuka jalan kita ke syurga.



No comments:

Post a Comment

Terima kasih daun keladi,
Datang sini, komen le lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...