Carian

Thursday, April 28, 2011

Inspirasiku Untuk Menulis:Harun Yahya



Mungkin ada di antara sahabat yang biasa dengan nama penulis terkenal ini ; Harun Yahya. Beliau dilahirkan di Ankara, Turki pada tahun 1956. Pada peringkat pengajian tinggi, beliau telah belajar di Universiti Mimar Sinan, Istanbul dalam bidang sastera dan seterusnya di Universiti Istanbul dalam bidang falsafah. Nama sebenar Harun Yahya ialah Adnan Oktar. Sejak tahun, 1980-an lagi, beliau telah menghasilkan pelbagai karya yang meliputi bidang-bidang yang berkaitan politik, agama dan sains. 




Info Yang Menarik Tentang Harun Yahya


a) Nama pena beliau iaitu Harun Yahya ialah hasil gabungan daripada dua nama nabi iaitu "Harun" (Aaron) dan "Yahya" (John).


b) Semasa menuntut di Universiti Mimar Sinan, beliau tidak terpengaruh dengan pemikiran Atheis (tidak percaya akan adanya Tuhan) walhal institusi pendidikan tersebut telah berada di bawah pengaruh pelbagai organisasi bawah tanah berhaluan Marxisme, sehingga pemikiran tersebut tampak jelas mendominasi kampus.


c) Ibu beliau, Ny. Mediha Oktar, menyatakan  bahawa Adnan Oktar hanya tidur beberapa jam saja di malam hari, sebahagian besar  waktu yang tersisa digunakan untuk membaca, membuat catatan (hasil pembacaan) dan mengumpulkan catatan beliau tersebut. 


d) Beliau berdakwah tentang kebenaran Islam dengan Al-Quran (dikaitkan dengan bukti-bukti saintifik)


e) Nama beliau muncul untuk pertama kali di majalah Nokta (Titik) pada tahun 1986 dan ini adalah kali pertama beliau dikenali masyarakat umum.


f) Karya pertama beliau telah membuktikan bahawa 'Teori Evolusi' (ciptaan Darwin) adalah terpesong jauh daripada lumrah sebenar kejadian manusia.





g) Berjaya membuktikan pengaruh Yahudi (zionis) dan 'Freemasonry' yang menyusup masuk dalam dunia Islam.


h) Beliau pernah ditawarkan sejumlah wang yang banyak oleh golongan 'Freemason' untuk beliau berhenti daripada berdakwah dalam karya-karya beliau. Namun wang yang disogok itu ditolak mentah-mentah oleh Adnan Oktar.


i) Adnan Oktar pernah ditahan dan dikurung bersama-sama pesakit jiwa yang berbahaya (di rumah sakit jiwa Bakirköy. Penyokong beliau pula hanya dibenarkan menjenguk antara 5-10 minit sahaja. Antara kata-kata beliau pada masa itu ialah:


               “Janganlah khuatir, Allah sentiasa bersama kita.”


j) Penahanan beliau berterusan selama 19 bulan dan atas kuasa Allah, beliau terselamat dan dibuktikan tidak bersalah.


k) Dua tahun setelah beliau dibebaskan pada tahun 1988, Adnan Oktar meletakkan landasan Islam dalam Lembaga Kajian Sains (Science Research Foundation, SRF) yang didirikan pada tahun 1990.




Pengajaran


1) Usaha menyebarkan ilmu itu perlu lebih-lebih lagi dalam menegakkan agama Islam.


2) Niat hanya kerana Allah S.W.T dan ikhlas hanya keranaNya.


3) Musuh Islam sentiasa ingin menghancurkan agama yang mulia ini. Mereka sentiasa  mengambil peluang untuk melemahkan kita umat Islam walau dengan apa cara sekalipun.


4) Kerja yang dilakukan kita mesti terancang dan sistematik dalam segala segi termasuklah belajar,berdakwah,bekerja mahupun menyampaikan ilmu.


5) Saling menasihati merupakan perkara yang dituntut dalam Islam..Berilah nasihat walaupun sepotong ayat dan terimalah nasihat walaupun sepotong ayat.







No comments:

Post a Comment

Terima kasih daun keladi,
Datang sini, komen le lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...