Carian

Friday, July 1, 2011

CERITARAPU 2

TAK RUGI APA-APA

Suatu pagi, Pak Pandir pergi ke pasar untuk membeli kaki lembu. Mak Mandir mengidam nak makan sup ‘gearbox’.  Nak dijadikan ceghiter , si sumai yang penyayang ni pun dapat la apa yang dihajatinya. Lalu pulanglah dia dengan gembira. Dalam perjalanan, dia bertemu dengan rakannya, Pak Mil Tempe.

          “Apa yang akan kamu nak masak dengan kaki lembu tu?” tanya Pak Mil Tempe
          “Ala..buat-buat tidak tahu pula. Tak kan la aku nak goreng pula” jawab Pak Pandir
          “Baik lah..apa kata aku memberikan kau resepi sup ‘gearbox’ yang paling sedap di negeri ini. Kamu mahu?” tanya Pak Mil tempe lagi.
          “Boleh juga. Tulis saja di atas kertas bagaimana cara-caranya. Aku akan belajar di rumah nanti” jawab Pak Pandir dengan senyuman.

Selepas menerima resepi tersebut, Pak Pandir meneruskan perjalanan sambil bersiul. Rupa-rupanya, ada anjing liar yang sedang memerhatikan Pak Pandir. Sedang Pak Pandir leka kerana terlalu bersiul, sang anjing tadi pantas menyambar karung yang berisi kaki lembu di tangan Pak Pandir.

          “Cis, bedebah kau anjing kutuk tak sedar diri” jerit Pak Pandir

 Tiba-tiba, dia teringat akan resepi yang ada di bawah topi jeraminya.

          “HAHAHA..resepinya ada pada aku..Bodoh betul anjing tu!!"

1 comment:

Terima kasih daun keladi,
Datang sini, komen le lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...