Carian

Saturday, July 30, 2011

Jangan Henti Untuk Boikot Israel



Sekejap je masa berlalu..esk last kita dalam bulan Syaaban dan kemudian bakal menempuh bulan Ramadhan yang mulia. Bulan yang dinantikan oleh Rasulullah s.a.w dan para sahabat kerana pelbagai keistimewaan yang terkandung di dalamnya. Sebagai umat Islam yang beriman, kita seharusnya bijak mengambil peluang untuk berlumba-lumba membuat ibadah. Pahala dilipat gandakan oleh Allah s.w.t dan seharusnya kita harus sedar yang ini merupakan peluang keemasan untuk kita menyediakan bekalan (saham) ke Akhirat kelak. InsyaAllah..

Apa yang ingin aku kongsi di sini ialah perihal mengenai Palestin. Baru semalam di televisyen aku lihat keriangan kanak-kanak Palestin bermain layang-layang. Namun adakah kita sedar bahawa keriangan itu hanyalah ibarat setitik warna putih di atas helaian kertas hitam!!


Aku bangga melihat bangkitnya kesedaran orang Islam di sini tentang penindasan zionis Israel. Mereka bukan membenci orang Islam sahaja malah menganggap semua kaum selain mereka ialah binatang. Ironinya, masih ada lagi yang membeli serta menggunakan produk-produk mereka. Memang tidak dapat dinafikan bahawa Israel banyak menerima sumbangan daripada daripada manipulasi ekonomi mereka di US..Tidak peraya..Lihat petikan ini :

"During these difficult times, when we can give less to help others, the Israeli organizations that rely on U.S. donations are struggling like never before. The drop in the value of the U.S. dollar means charitable donations buy far less than in the recent past. And with food prices soaring worldwide, the numbers of truly poor, keep rising. The ripple effect from the U.S. financial crisis is devastating to charities and businesses in Israel."


Rokok juga merupakan antara alat yang menjadi mainan mereka. Di Israel, tabiat merokok adalah tabu (sangat jarang). Mengapa mereka tidak merokok???

SEBABNYER...diorang guna rokok untuk hancurkan umat Islam secara senyap. Penyeledikan yang dijalankan saintis menunjukkan Nikotin dalam rokok mempengaruhi gen dalam keturunan manusia. NAK TENGOK KESANNYA:


So, sebab tu la diorang tak isap rokok. Bila isap rokok effect nyer akan kena kat diri sendiri, keturunan dan orang kat sekeliling dia bila isap rokok.Inilah yang menjadi agenda tersembunyi dari Zionis dengan membiarkan masyarakat Bukan Yahudi di biarkan merokok dengan sepuas-puasnya, sedangkan mereka sebagai penghasil rokok tidak menghisapnya kerana mereka tahu bahawa di dalamnya terdapat bahan-bahan yang merosakkan sel-sel otak dan seterusnya membantutkan otak manusia untuk berfikir (jadi bodoh dan tak dapat fikir panjang).


Sedarlah itu baru rokok yang diorang gunakan!! Jadi dengan datangnya bulan Ramadhan nie sama-samalah kita menolak segala produk Israel dan berhentilah merokok (kepada yang merokok).

Di bawah ialah link yang menyenaraikan produk Israel:






Wednesday, July 27, 2011

Kelebihan Menghafaz Al-Quran



Lama rasanya tak menjengah ke dunia blog nie..Ok lah, kali ini saya akan memberikan sedikit info mengenai kelebihan-kelebihan menghafaz Al-Quran. Bulan Ramadhan pun nak dekat dh kan, so adalah sangat baik jika kita ambil peluang untuk cuba menghafaz Al-Quran (mula lah dengan surah-surah Juz Amma)..Bagi yang tak berkemampuan membaca Al-Quran juga diberi ganjaran pahala yang besar malah mendengar orang membaca Al-Quran pun tetap dikira pahala..=)

Kelebihan Menghafaz Al-Quran

1) Al Quran memberi syafaat kepada orang yang membaca  dan  menghafalnya. 

         Dari Abi Umamah ra. ia berkata, “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Bacalah olehmu al-  Quran, sesungguhnya ia akan menjadi pemberi syafaat pada hari kiamat kepada para  pembacanya (penghafalnya).”                                     
                                                                                                             (Riwayat Muslim)

2)  Para  penghafal  Al-Quran  termasuk  antara  golongan  yang  mayat  mereka  tidak  reput  
    dan  tidak  busuk  dan  apabila  dibangkitkan  kelak  dalam  rupa  fizikal  yang  sempurna
  
3)  Penghafaz al-Quran juga diangkat sebagai pemimpin.

       “Yang menjadi imam suatu kaum adalah yang paling banyak hafalannya.” 
                                                                                                       (Riwayat  Muslim)
 
4)  Penghafaz al-Quran mendapat pengikhtirafan dari Nabi S.A.W

.    “Adalah nabi mengumpulkan di antara dua orang syuhada Uhud kemudian beliau bersabda,    
     “Manakah di antara keduanya yang lebih banyak hafal al-Quran, ketika ditunjuk kepada salah satunya, maka beliau mendahulukan pemakamannya di liang lahat.”  
                                                                                                                      (Riwayat Bukhari)


5) InsyaAllah, para penghafal Al-Quran akan menjadi insan yang cemerlang di dunia dan akhirat

Amalkan membaca Al-Quran walau sehelai muka surat setiap hari. Membaca Al-Quran dapat menerang jiwa, menenangkan perasaan dan menajamkan daya ingatan dengan lebih baik (jika dihafal). Jika kita lihat sejarah kegemilangan Islam dahulu, tokoh Islam yang mahsyur seperti Imam Al-Ghazali (Falsafah dan Teologi), Ibn Battuta (ilmu pelayaran/Geografi), Ibn Sina (perubatan), Al-khawarizmi (Matematik) merupakan individu-individu yang hebat kerana mengamalkan ayat-ayat Al-Quran malah menghafaznya!!

6) Dapat dijadikan amalan yang mendatangkan pahala.

Setiap bacaan kita dikira pahala (jika betul tajwidnya). Cuba anda bayangkan jika kita berusaha  untuk menghafaznya (pahala berlipat-ganda).

7) Mendapat perlindungan daripada Allah

Ayat-ayat Al-Quran seperti 3 Qul, ayat Kursi, dua ayat terakhir Surah Al-Baqarah dan lain-lain lagi amat baik untuk dihafal dan dijadikan amalan untuk mendapat keredhaan dan keselamatan daripada Allah. 




NOTA: Ini adalah sebahagian daripada kelebihan menghafaz Al-Quran. Jika kita mahu umat Islam bangkit dan maju, amalkanlah apa yang terkandung dalam kitab suci Al-Quran. Kita melihat pelbagai gejala sosial berlaku sekarang ini kerana bangsa Melayu kita yang beragama Islam tidak lagi menghayati Al-Quran. Pesanan ini untuk diri saya sendiri dan anda semua. Sebar-sebarkan!!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...