Carian

Saturday, July 9, 2011

Kisah Renungan



Dalam kesempatan kali ini, aku hanya ingin berkongsi sebuah kisah yang aku baca dalam sebuah buku. Korang hayatilah dan moga kita mendapat pengajaran buat kehidupan seharian kita. Selamat membaca!!


Gara-Gara Pedang Malam

Di zaman Abu Hassan bin Bisyar (seorang sufi), ada seorang pegawai kerajaan yang zalim. Tak hanya itu, dia tak segan silu membuat kemaksiatan di hadapan orang ramai. Suatu hari, si pegawai tersebut beristirehat di sebuah rumah mewah di tepi pantai. Dia dikawal oleh para pengawal sama ada berpakaian awam mahupun berpakaian uniform lengkap.
Apa yang dilakukan si pegawai ketika beristirehat? 

Dia hanya menghabiskan waktunya dengan minum minuman keras dan bersama wanita. Perilaku pegawai kerajaan tersebut membuatkan Abu Hassan marah dan dia segera mengumpulkan jemaahnya yang terdiri daripada orang-orang soleh. Mereka berkumpul di hadapan rumah mewah sang pegawai. Mereka mengadakan perhimpunan. Tiada maki-hamun mahupun teriakan. Tunjuk perasaan mereka hanya membaca ayat-ayat suci Al-Quran dengan suara yang keras.

Mendengar sura jemaah yang mengumandangkan Al-Quran, keluarlah para pengawal
"Mengapa kalian berkumpul di sini? Kalian telah menganggu kami," kata pengawal.

"Katakanlah kepada majikanmu, jangan berbuat kemungkaran dan mencuba melakukannya secara terang-terangan. Bila dia tidak mahu mendengar dan memperhatikan ucapan kami, akan kami bunuh dia," ancam Abu Hasan.

Pengawal itu masuk dan menyampaikan ugutan kepada majikannya.

" Bagaimanakah mungkin mereka dapat membunuhku. Aku dikawal oleh pasukan yang cekap dan berani. Lagi pula tenteraku banyak!,"" jawab pegawai itu dengan bongkak. 

Kata-kata pegawai itu disampaikan pula kepada Abu Hasan oleh si pengawal.

" Kami akan membunuh dia dengan pedang malam," kata Abu Hasan.

"Apakah pedang malam itu?" tanya si pengawal.

"Kami akan berdoa kepada Allah dengan mengangkat tangan tinggi-tinggi," jelas Abu Hasan.
Sang pengawal masuk, menyampaikan apa yang telah dikatakan Abu Hasan

"Kalau itu senjata yang digunakan untuk membunuhku, tak ada lagi kekuatan yang mampu mencegahnya," kata pegawai itu.

 Peluhnya menitis deras, Dia akhirnya keluar dan menemui Abu Hasan dan jemaahnya. Pegawai itu meminta maaf dan bertaubat pada Allah s.w.t
Para sufi pum memanjatkan doa kesyukuran. Mereka bersyukur bahawa orang selama ini berbuat kemaksiatan, akhirnya bertaubat. dan setelah bertaubat, si pegawai memimpin dengan penuh amanah.


PENGAJARAN: 

1) Perjuangan dalam menegakkan kebenaran memang sukar. Namun jika dilakukan secara bersama pasti akan mendatangkan hasil. 

2) Doa ialah senjata umat Islam. Jika dilakukan dengan ikhlas, InsyaAllah, apa yang dihajati akan tercapai (usaha perlu dilakukan terlebih dahulu).

3) Kezaliman dan kejahatan manusia tidak akan kekal. Yang hak akan menidakkan kebatilan.

2 comments:

Terima kasih daun keladi,
Datang sini, komen le lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...