Lama rasanya tak menjengah ke dunia blog nie..Ok lah, kali ini saya akan memberikan sedikit info mengenai kelebihan-kelebihan menghafaz Al-Quran. Bulan Ramadhan pun nak dekat dh kan, so adalah sangat baik jika kita ambil peluang untuk cuba menghafaz Al-Quran (mula lah dengan surah-surah Juz Amma)..Bagi yang tak berkemampuan membaca Al-Quran juga diberi ganjaran pahala yang besar malah mendengar orang membaca Al-Quran pun tetap dikira pahala..=)
Kelebihan Menghafaz Al-Quran
1) Al Quran memberi syafaat kepada orang yang membaca dan menghafalnya.
Dari Abi Umamah ra. ia berkata, “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Bacalah olehmu al- Quran, sesungguhnya ia akan menjadi pemberi syafaat pada hari kiamat kepada para pembacanya (penghafalnya).”
(Riwayat Muslim)
2) Para penghafal Al-Quran termasuk antara golongan yang mayat mereka tidak reput
dan tidak busuk dan apabila dibangkitkan kelak dalam rupa fizikal yang sempurna
3) Penghafaz al-Quran juga diangkat sebagai pemimpin.
“Yang menjadi imam suatu kaum adalah yang paling banyak hafalannya.”
(Riwayat Muslim)
4) Penghafaz al-Quran mendapat pengikhtirafan dari Nabi S.A.W
. “Adalah nabi mengumpulkan di antara dua orang syuhada Uhud kemudian beliau bersabda,
“Manakah di antara keduanya yang lebih banyak hafal al-Quran, ketika ditunjuk kepada salah satunya, maka beliau mendahulukan pemakamannya di liang lahat.”
(Riwayat Bukhari)
5) InsyaAllah, para penghafal Al-Quran akan menjadi insan yang cemerlang di dunia dan akhirat
Amalkan membaca Al-Quran walau sehelai muka surat setiap hari. Membaca Al-Quran dapat menerang jiwa, menenangkan perasaan dan menajamkan daya ingatan dengan lebih baik (jika dihafal). Jika kita lihat sejarah kegemilangan Islam dahulu, tokoh Islam yang mahsyur seperti Imam Al-Ghazali (Falsafah dan Teologi), Ibn Battuta (ilmu pelayaran/Geografi), Ibn Sina (perubatan), Al-khawarizmi (Matematik) merupakan individu-individu yang hebat kerana mengamalkan ayat-ayat Al-Quran malah menghafaznya!!
6) Dapat dijadikan amalan yang mendatangkan pahala.
Setiap bacaan kita dikira pahala (jika betul tajwidnya). Cuba anda bayangkan jika kita berusaha untuk menghafaznya (pahala berlipat-ganda).
7) Mendapat perlindungan daripada Allah
Ayat-ayat Al-Quran seperti 3 Qul, ayat Kursi, dua ayat terakhir Surah Al-Baqarah dan lain-lain lagi amat baik untuk dihafal dan dijadikan amalan untuk mendapat keredhaan dan keselamatan daripada Allah.
NOTA: Ini adalah sebahagian daripada kelebihan menghafaz Al-Quran. Jika kita mahu umat Islam bangkit dan maju, amalkanlah apa yang terkandung dalam kitab suci Al-Quran. Kita melihat pelbagai gejala sosial berlaku sekarang ini kerana bangsa Melayu kita yang beragama Islam tidak lagi menghayati Al-Quran. Pesanan ini untuk diri saya sendiri dan anda semua. Sebar-sebarkan!!
thank you for sharing
ReplyDelete