Akhbar berbahasa Inggeris tersebut menyatakan kesultanan Sulu merancang untuk membawa perkara itu ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) sebagai respons ke atas keputusan untuk memfailkan tuduhan keganasan terhadap lapan orang pengikutnya di Sabah oleh kerajaan Malaysia pada Rabu lalu.
AS $ 25 billion "denda" yang dimaksudkan adalah sebagai bayaran oleh pihak Malaysia kerana "mengeksploitasi kekayaan semula jadi Sabah", yang menurut mereka milik Kesultanan Sulu.
Jurucakap Sultan Sulu, Abraham Idjirani dilaporkan berkata semalam bahawa caj oleh Malaysia adalah "haram" dan tidak sepatutnya dikenakan terhadap lapan individu yang dipercayai terlibat dalam pencerobohan ke atas Lahad Datu.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih daun keladi,
Datang sini, komen le lagi