Assalamualaikum w.bt
Dah empat bulan menunggu khabar berita. Hari berganti hari..bulan berganti bulan. Siap aku sempat buat keje part time lagi. Itu la nasib aku salah seorang lepasan IPGM..senang kata bakal guru la. 5 tahun setengah berhempas-pulas mencari ilmu untuk mendidik, hasilnya belum lagi dapat dituai. Aku ni bukannya tak bersyukur tapi sebagai anak sulung bagi sebuah keluarga golongan marhaen adalah menjadi harapan aku untuk memberi sumbangan pulak. Aku tak boleh lagi mengharapkan ayah aku seorang sahaja yang bekerja. Aku pun nak jugak merasa membantu adik-adik aku yang tengah melanjutkan pelajaran diorang. Sekarang mampu bersabar aje la. Nak kata tak usaha, tu hah dah masuk surat khabar (trimas kepada wakil batch 2009).
p/s: Sabar itu ada tahapnya...
No comments:
Post a Comment
Terima kasih daun keladi,
Datang sini, komen le lagi