Carian

Monday, May 16, 2011

seLamAt HarI GuRu

SELAMAT HARI GURU

Aku nak sampaikan ucapan ni kepada semua guru2 aku dlu yang dh mendidik aku jd manusia yang berguna..InsyaAllah..Jasa kalian tidak akan aku lupakan hingga akhir hayatku..Dan ucapan tu untuk diri aku sendiri  yg x lama lg akan bergelar guru jugak..hehe..


~GURU PENJANA TRANFORMASI PENDIDIKAN NEGARA~




*Nak kena transform betul2 nih..hehe

Wednesday, May 11, 2011

Wahai Wanita Berjaga-jagalah Kamu

Assalamualaikum w.b.t


Sempat jugak aku nak update blog aku ni walaupun sekarang ni dah study week. Dalam kesempatan ini, aku tak nak membebel panjang. Cuma aku nak bagi share la tentang satu kes yang sangat mengejutkan aku. Entri aku baca dalam blog saudara Bujang Susah. Aku memang terkejut la sebab kes rogol ni memang dasyat.
Mangsa ialah seorang peminat filem Korea. Aku x kisah la dia nak minat citer Korea sbb aku pun layan jugak kadang-kadang (lama dh tak layan nie). 


Apa yang memanaskan hati aku bila si 'pemangsa' ni guna filem Korea utk merogol mangsa. Ikut ceghiternyer diorang ni baru kenal dalam sebuah laman sembang sosial (aku ader spy gak dalam laman tertentu dan memang terbukti ada SEX MANIAC di situ). Dengan mengumpan mangsa datang ke rumahnya utk menonton filem Korea maka bermulalah episod hitam mangsa. Bukan sahaja dirogol oleh lelaki yang baru dia kenal tu bahkan yang lebih kejam lagi ada pulak mamat serumah ngan lelaki tu tumpang sekaki. 


Kesimpulan : Bagaimana utk kaum perempuan mengelakkan daripada kejadian seperti di atas?


1) Jangan la beri korang punyer kepercayaan kat golongan lelaki yang belum dikenali. Kalau dah cakap nyer pun 'semacam', baik korang block jer @ TAK PAYAH LAYAN.


2) Kalau diajak berjumpa bagi 1001 alasan @ bawak sapa2 yang korang rasa boleh beri protection (bwk satu keluarga senang..Ha3)


3) Kalau dah diajak ke rumah, korang tolak jer la permintaan tu lagi2 klu waktu MALAM. 


4) Abaikan jer segala pujuk rayu. "Biar Dikatakan Sombong, Jangan Sesal Tak Sudah"


5) Kalau boleh kongsi minat korang dengan sejenis korang (bukan hubungan sejenis yer). Maksudnya, klu aku minat citer Korea, aku akan pinjam kat kawan lelaki aku. Klu 'desperate' sangat beli jer.


Di atas adalah sebahagian cara yang pada aku boleh dijadikan panduan. Apa yang penting??Bukan kerjasama yer tp MARUAH KORANG!!..Aku pasti 'mangsa' mesti trauma dan ketakutan dan diharapkan penjenayah tersebut akan menerima balasan yang setimpal atas perbuatan diorang.




MANUSIA TAK DAPAT LARI DARIPADA KESALAHAN TAPI MANUSIA YANG SENTIASA MELAKUKAN KESALAHAN IALAH MANUSIA YANG TIDAK MENGGUNAKAN AKAL MEREKA. 

Tuesday, May 10, 2011

Awas! Daging 'lembu' diproses daripada daging BABI


Isu telur tiruan dari negara China pernah hangat baru baru ini. Diam tak diam, negara China yang sememangnya terkenal dengan kepakaran menghasilkan barang tiruan sekali lagi telah menghasilkan satu inovatif baru iaitu menghasilkan daging lembu daripada daging babi.

Media tempatan melaporkan, ekstrak perasa daging lembu di jual di Shanghai dan digunakan di restoran untuk membuat daging lembu palsu. Memasak daging babi mentah dengan bahan aditif selama 90 minit mampu memberikan rasa daging babi kepada daging lembu.

Sebotol ekstrak daging lembu seberat 500 gram dijual dengan harga 20 yuan (RM 9.13) cukup untuk mengubah rasa 25kg daging babi. Harga daging babi adalah setengah daripada harga dari daging lembu, dan ini berpotensi memberi penjimatan lebih dari 1,000 yuan (RM 456.55) jika 25 kg daging digunakan.

Menurut Fang Youzong daripada Jawatankuasa Penasihat Shanghai Food Drug Administration, Bahan penambah rasa ini banyak digunakan untuk memberikan rasa daging lembu didalam mee segera, katanya kepada Times Global. Dan China hanya melarang penggunaan bahan penambah rasa ini kedalam beberapa produk makanan yang meliputi makanan bayi dan susu, kata Fang lagi.

Dan baru-baru ini, sebuah jabatan industri dan perdagangan di Heifei telah mengatakan bahan penambah rasa ”ekstrak daging lembu” yang banyak di edar di pasaran, membolehkan daging ayam diproses menjadi “daging lembu”. Seorang penduduk bandar mendedahkan bahawa “ekstrak daging lembu” telah menjadi ”resepi rahsia” di beberapa restoran-restoran kecil.

Doktor juga telah mengesahkan penggunaan jangka panjang dari bahan penambah rasa ini, boleh menyebabkan keracunan jangka masa panjang, kecacatan, dan juga kanser.

Berikut merupakan proses menghasilkan daging lembu tiruan selama 90 minit:


1: Ekstrak Daging Lembu bermutu tinggi yang membolehkan daging babi menjadi daging lembu.



2: Agen glazing, untuk menghilangkan rasa daging babi. Pek kecil ini cukup untuk 50 kg daging babi.


3: Proses memerap daging babi dilakukan selepas ditambah ekstrak daging lembu


4: Perbezaan daging babi yang telah diekstrak dengan yang asli.


5: Perbandingan antara daging babi asli dan daging lembu palsu selepas dimasak selama 2 jam memasak. Daging babi telah di ekstrak mirip dengan daging lembu.




Tak mustahil ‘kepakaran’ ini akan sampai ke Malaysia. Seeperti telur tiruan yang kita sendiri tak sangka dengan kehadirannya. Soal makanan kita kena lah ambil berat sebab ianya akan sebati dalam badan kita dan menjadi darah daging. - MyChinaViews.com

Sumber: selangor2u

Sunday, May 8, 2011

Wanita Teristimewa Dalam Hidupku

Tak tau apa yang hendak ditulis di sini. Pengorbanan wanita yang bergelar 'ibu' bagiku amat besar dan tidak ternilai dengan kata-kata mahupun harta benda. Penat-lelahnya membesarkan diriku menjadi seorang yang berguna kepada agama, masyarakat dan negara akan ku balas dengan kejayaan. Buat mu ibu sajak nukilan khas dari anakmu ; Mohamad Azwan Bin Samsuddin


Ibu......
Tidak ada apa di dunia ini yang mampu membalas jasamu,
Walaupun emas setinggi gunung,
Walaupun wang seluas lautan,
Walaupun kata-kata seindah permata,
Hanya doa tulus dari hati nurani,
Meminta rahmat Allah ke atas dirimu yang suci



Ibu.....
Air matamu ibarat kaca,
Jika jatuh berderai pecah,
Bila terkena bukan berdarah,
Tetapi diri kan hilang arah,
Mengenangkan dosa yang membawa musibah,
Pastinya sesal tidah sudah-sudah


Ibu....
Redha Allah pada hambaNya,
Terletak pada redha dan kemaafanmu,
Bila tapak tanganmu ditadah berdoa,
Murka atau rahmat Allah kan datang tiba-tiba,
Maaf ku pinta darimu,
Amal baktiku untuk sisa hidupmu,
Selagi ada hembus nafas ini,
Selagi ada kudrat diberi.








 
 

Friday, May 6, 2011

Petua Awet Muda..=)

Untuk semua sahabat2 ... .. di sini telah di’list’kan petua awet muda dari Ustaz Ismail Kamus " untuk kita sentiasa kelihatan 'muda' . Insya-Allah 

1. Melambatkan minum air setelah makan... .. 

- minum sedikit (lebih kurang seteguk sahaja). 

- minum setelah setengah jam selepas makan. 

2. Rajin-rajin baca Al-quran... .. 

- niat ikhlas kerana Allah ... ..bukan kerana nak muda semata-mata.

3. Menanam kuku / rambut yang dipotong atau gugur. 

4. Rajin-rajin bangun sembahyang tahajjud di tengah malam...

- sesungguhnya sekuat-kuat iman itu umpama seorang yang menyempurnakan wudhunya di waktu musim sejuk. 

5. Sentiasa tenang dan tak marah-marah... .. 

- kerana setiap ahli syurga itu lembut, mudah dan mesra, manakala setiap ahli neraka itu keras dan yang kasar kepada keluarganya... .. 

Nota :Mulakannya dengan 'nawaitu'... .. amalkan sekerap termampu... .. Insya Allah mujarab
Senarai 10 Negara Terbersih Di Dunia


Setiap negara mempunyai peraturan sendiri dalam mengatur negaranya. Baik itu peraturan di bidang teknologi,lingkungan dan lain-lain. Dan dari peraturan itulah kita kemudian boleh membandingkan negara satu dengan negara yang lain. Dan yang akan kita bandingkan kali ini adalah tingkat kebersihan lingkungan suatu negara. Berikut adalah senarai 10 negara terbersih di dunia.Senarai ini dibuat oleh ahli lingkungan dari university Yale dan University Colombia dengan menggunakan EPI (Environmental Performance Index):

1. Switzerland


Switzerland tops the list with an overall EPI score of 95.5 out of 100 (dipetik daripada http://www.forbes.com/2009/04/15/worlds-cleanest-countries-business-energy-clean-countries.html)

2. Sweden
3. Norway
4. Finland
5. Costa Rica
6. Austria
7. New Zealand


8. Latvia

9. Columbia
10. France




Hmm..dekat sini Malaysia tak termasuk..Memang ada tempat-tempat yang kat negara kita cantik dan bersih. Tapi masih ada sikap masyarakat kita yang tidak pandai menjaga kebersihan yang menjejaskan tempat-tempat camtu. Korang tak pecaya!!!..Korang try la masuk tandas awam tengok sendiri camner keadaan..Lebih2 lagi yang ada kat stesen bas..perghhh. Itu belum lagi pergi lata atau tempat rekreasi..botol plastik, beg plastik, sisa makanan dibuang slumber jer kat tepi2 bukan dalam tong atau beg sampah..ishhh3




Nota: Sama2 kita menjaga kebersihan. Allah suka orang-orang yang bersih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...