Carian

Thursday, May 5, 2011

Pengalaman Lalu Mematangkan Kita

 Kata-kata Pujangga ada menyatakan bahawa "Berfikir sejenak, merenung masa lalu adalah permulaan yang baik untuk bertindak




Masa berputar pantas meninggalkan kita. Aku pulak dah 22 tahun sekarang dan tak lama lagi nak menghabiskan pengajian Ijazah Sarjana Muda Pendidikan. Sepanjang aku belajaq mcm2 pengalaman aku dah lalui. Tapi aku tetap aku. Orang kata "pengalaman mematangkan kita" tapi aku masih tak berapa nak matang..ha3..gurau jer.


Biasa la tu kalau seseorang tu masih lagi terbawa perangai kebudak-budakkan dia. Ada lagi yang simpan bantal busuk sampai dah beranak-pinak pun..mungkin ada sesuatu yang special dengan bantal dia tu. Benda-benda macam tu la yang boleh dijadikan kenangan. Kadang-kadang pulak bila kita buat sesuatu tu mesti kita akan terpikir tentang masa lalu contohnya kenangan dengan mak ayah, kawan-kawan, sahabat karib, atau mungkin juga dengan bekas tunang atau isteri.




Kenangan tersebut pastinya membawa kita kembali kepada memori lampau sama ada gembira, sedih, marah, dendam dan lain-lain lagi. Tapi bagi aku, semua kenangan tersebut la yang membantu kita untuk terus hidup dalam dunia yang makin mencabar sekarang. Bila ada sesuatu perkara yang pernah kita lakukan dan membawa kemudaratan kepada kita, pasti kita akan lebih berhati-hati dengan perkara tersebut pada masa akan datang. Contohnya, aku pernah kena tipu dengan kawan aku sendiri yang kononnya nak buat bisnes sendiri..Aku pun bagi la pinjam RM 100 nak tolong dia punya pasal. Ada kawan aku yang bagi pinjam lebih RM 1000. Sampai la dah setahun lebih, habuk pun tarak. Perkara ni la buat aku sedar yang kita tak boleh letak kepercayaan 100% kat sapa2 pun. Bukan aku nak suruh berburuk-sangka tapi kita kena sedar yang manusia boleh berubah seolah-olah "Pasir yang dipukul ombak".









Allah S.W.T memberi kita akal, maka gunakanlah dengan sebaik mungkin. InsyaAllah, kita akan sentiasa dilindungi dan diberkati.

2 comments:

  1. agegege..sama lah kite weh..bajet matang ah.huhu

    ReplyDelete
  2. X per biar bajet matang..jngan bajet comel..muahaha

    ReplyDelete

Terima kasih daun keladi,
Datang sini, komen le lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...