Carian

Wednesday, May 4, 2011

Bila Manusia Menjadi Pembunuh

Hari ni bila aku bukak jer Kosmo dan Berita Harian online, aku betul2 terkejut bila ada dua wanita mati dibunuh oleh pasangan masing-masing..Sorang dek kerana cemburu buta, sorang pulak disebabkan menolak permintaan kawin lelaki pasangannya. Aku pun x tau la apa nak jadi dengan masyarakat kita sekarang. Tak puas hati sikit bunuh..Diplomasi la skit.

Memang betul la bila nafsu amarah menguasai diri kita, macam2 perkara yang tak baik boleh berlaku. Aku pun nak bukak pekung di dada tapi aku akui yang aku ni pun panas baran jugak.Macam-macam cara sebenarnya korang boleh buat untuk hilangkan marah. Contohnya:

a) Mandi (klu x der bilik air terjun jer kat mana2 sumber air yg terdekat..muahaha)
b) Ambil air sembahyang
c) Banyakkan beristighfar
d) Tarik nafas dalam-dalam kemudian hembus perlahan-lahan 
e) Pergi kawasan lapang dan jeritlah sekuat hati anda (jangan sampai pecah anak tekak)
Suspek bagi kes tersebut (kejadian di ALor Setar)
f) Tumbuk-tumbuk bantal (pompuan sesuai buat yang ni..laki pun ok jer)


Berbalik kepada tadi, dalam Islam, orang yang membunuh jiwa yang tidak berdosa dan dibuktikan bersalah perlu dihukum mati. Ini karena mereka telah menyebabkan hilangnya nyawa seseorang. Seorang ayah dan seorang ibu kehilangan anaknya akibat pembunuhan atau seorang anak kehilangan ayah atau ibunya yang dibunuh pastinya  hidup sebatang kara. Jika kita lihat kes yang berlaku di Alor Setar tersebut (tengok Kosmo), mangsa merupakan jurutera. Mangsa pastinya selalu memberi sejumlah wang kepada ibu bapanya. Apabila mangsa mati dibunuh, ibu bapa mangsa bukan sahaja hilang tempat bergantung malahan seluruh keluarga mangsa pasti trauma dan sedih kerana kejadian tersebut. Bayangkan sahaja anak yang dibela dan ditatang sepenuh kasih-sayang akhirnya mati dibunuh. Mahukah kita??


Hukuman untuk orang yang membunuh telah jelas dalam Al-Quran seperti berikut :

Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu qishaash (hukum mati) berkenaan dengan orang-orang yang dibunuh..[Al Baqarah:178]

Hal ini juga dijelaskan dalam Alkitab (Bible) dalam ayat di bawah:

”Janganlah engkau merasa sayang kepadanya, sebab berlaku: nyawa ganti nyawa, mata ganti mata, gigi ganti gigi, tangan ganti tangan, kaki ganti kaki.” [Ulangan 19:21]  


Oleh itu, beringatlah kita supaya sentiasa menjaga hati. "Perasaan marah itu ibarat api. Jika dibiarkan pastinya akan membakar (memusnahkan) diri kita". Kepada keluarga kedua-dua magsa, takziah diucapkan. Semoga roh mereka ditempatkan dalam golongan orang yang soleh dan solehah. Amin

No comments:

Post a Comment

Terima kasih daun keladi,
Datang sini, komen le lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...