Carian

Wednesday, May 11, 2011

Wahai Wanita Berjaga-jagalah Kamu

Assalamualaikum w.b.t


Sempat jugak aku nak update blog aku ni walaupun sekarang ni dah study week. Dalam kesempatan ini, aku tak nak membebel panjang. Cuma aku nak bagi share la tentang satu kes yang sangat mengejutkan aku. Entri aku baca dalam blog saudara Bujang Susah. Aku memang terkejut la sebab kes rogol ni memang dasyat.
Mangsa ialah seorang peminat filem Korea. Aku x kisah la dia nak minat citer Korea sbb aku pun layan jugak kadang-kadang (lama dh tak layan nie). 


Apa yang memanaskan hati aku bila si 'pemangsa' ni guna filem Korea utk merogol mangsa. Ikut ceghiternyer diorang ni baru kenal dalam sebuah laman sembang sosial (aku ader spy gak dalam laman tertentu dan memang terbukti ada SEX MANIAC di situ). Dengan mengumpan mangsa datang ke rumahnya utk menonton filem Korea maka bermulalah episod hitam mangsa. Bukan sahaja dirogol oleh lelaki yang baru dia kenal tu bahkan yang lebih kejam lagi ada pulak mamat serumah ngan lelaki tu tumpang sekaki. 


Kesimpulan : Bagaimana utk kaum perempuan mengelakkan daripada kejadian seperti di atas?


1) Jangan la beri korang punyer kepercayaan kat golongan lelaki yang belum dikenali. Kalau dah cakap nyer pun 'semacam', baik korang block jer @ TAK PAYAH LAYAN.


2) Kalau diajak berjumpa bagi 1001 alasan @ bawak sapa2 yang korang rasa boleh beri protection (bwk satu keluarga senang..Ha3)


3) Kalau dah diajak ke rumah, korang tolak jer la permintaan tu lagi2 klu waktu MALAM. 


4) Abaikan jer segala pujuk rayu. "Biar Dikatakan Sombong, Jangan Sesal Tak Sudah"


5) Kalau boleh kongsi minat korang dengan sejenis korang (bukan hubungan sejenis yer). Maksudnya, klu aku minat citer Korea, aku akan pinjam kat kawan lelaki aku. Klu 'desperate' sangat beli jer.


Di atas adalah sebahagian cara yang pada aku boleh dijadikan panduan. Apa yang penting??Bukan kerjasama yer tp MARUAH KORANG!!..Aku pasti 'mangsa' mesti trauma dan ketakutan dan diharapkan penjenayah tersebut akan menerima balasan yang setimpal atas perbuatan diorang.




MANUSIA TAK DAPAT LARI DARIPADA KESALAHAN TAPI MANUSIA YANG SENTIASA MELAKUKAN KESALAHAN IALAH MANUSIA YANG TIDAK MENGGUNAKAN AKAL MEREKA. 

No comments:

Post a Comment

Terima kasih daun keladi,
Datang sini, komen le lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...