Carian

Monday, May 2, 2011

Apa Ada Dalam Politik?

Assalamualaikum..w.b.t dan tak terlambat kiranya aku untuk mengucapkan SELAMAT HARI PEKERJA.




Definisi Politik


Politik berasal daripada perkataan Yunani iaitu 'polis' yang membawa maksud negara kota dan jika ditinjau terdapat beberapa lagi perkataan yang berkaitan antaranya:


  1. 'polities' = warganegara
  2. 'politikos' = kewarganegaraan
  3. 'politike episteme' = ilmu politik
  4. 'Politicia' = pemerintahan Negara
Politik secara umum ialah kegiatan dalam suatu sistem terancang (sistematik) yang berkaitan proses penentuan tujuan dari sistem tersebut dan bagaimana melaksanakan tujuannya.


"Selain itu, politik  juga adalah usaha yang ditempuh warga negara untuk mewujudkan kebaikan bersama" (Aristotles)


dan banyak lagi sebenarnya pengertian politik yang korang boleh cari sendiri yer..




Politik dan Keadilan


Apabila disebut saja 'politik' pasti perkataan 'keadilan' akan bersangkut-paut. Sapa yang tak keadilan??Orang yang makan rasuah pun mahukan keadilan (golongan x sedaq diri). Sesetengah pihak yang merupakan golongan minoriti (golongan yang berkuasa dari segi kekayaan dan politik) menggunakan 'keadilan' sebagai satu alat untuk dimanipulasi secara sesuka hati. 


Kadangkala keadilan yang kononnya diamalkan tanpa segan silu MENGHUKUM ORANG YANG TIDAK BERSALAH WALHAL ORANG YANG BERSALAH DIHORMATI DAN DIKAGUMI. Itulah sebenarnya realiti kehidupan yang dihadapi sekarang ini. Lihat sahaja pergolakan baru-baru ini di negara-negara seperti Mesir dan Tunisia.Mengapa ini berlaku?? Hal ini pastinya akibat ketidakpuashatian masyarakat negara tersebut akibat rasuah dan penyelewengan kuasa oleh pihak pemerintah yang berleluasa. Wang dislaurkan kepada kroni dan ahli keluarga untuk kesenangan di antara mereka semata-mata. Mana keadilan untuk rakyat??


Dalam Al-Quran, Allah s.w.t berfirman :


" Hai orang-orang yang beriman!Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang kuat menegakkan keadilan, menjadi saksi kebenaran kerana Allah,biarpun terhadap dirimu sendiri atau ibu bapamu atau kerabatmu; baik orang kaya atau miskin, kerana Allah dekat kepada keduanya. Sebab itu janganlah kamu turutkan kemahuan yang rendah (hawa nafsu) untuk tidak berlaku adil. Kalau kamu berputar atau tidak mahu menurut, sesungguhnya Allah itu tahu benar apa yang kamu kerjakan" 


                                                                                                                      (Surah An-Nisa: ayat 135)


Banyak lagi ayat-ayat lain dalam Al-Quran yang menerangkan tentang keadilan.Sila rujuk ayat-ayat berikut :


a) Surah Al-A'raf: 181
b) Surah Ali-'Imran: 21
c) Surah Al-Ma'idah:8
d)Surah Al-Ma'idah:42


Lihat sahaja pada zaman kegemilangan Islam dahulu. Para pedagang tidak risau untuk berdagang ke tempat yang jauh kerana tiada ancaman perompak, masyarakat menikmati kekayaan negara secara saksama, orang miskin jarang sekali dijumpai, wang rampasan perang serta cukai-cukai diurus dengan begitu amanah dan lain-lain lagi. Tidak hairanlah umat Islam dahulu dipandang begitu mulia hatta oleh musuh-musuh Islam sendiri.


Lihat sahaja kini......rasuah ada di mana-mana. Pihak berkuasa yang diaggap pengamal undang-undang juga turut terlibat. Baru-baru ini kes yang melibatkan beberapa orang pegawai kastam terlibat dengan penyelewengan wang jutaan ringgit..Apa ini semua??


Bersambung..................





No comments:

Post a Comment

Terima kasih daun keladi,
Datang sini, komen le lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...