Carian

Sunday, July 10, 2011

Imam Al-Ghazali



Untuk kali ini, aku nak berkongsi dengan rakan-rakan di sini tentang salah seorang ilmuan Islam tersohor iaitu Imam Al-Ghazali. Nama sebenar beliau ialah Abu Hamid Muhammad ibn Muhammad Al-Ghazali. Beliau lahir di Tusia, Khurasan pada tahun 450 Hijrah bersamaan 1058 Masihi.

Imam Al-Gazali

Dalam kalangan ilmuan Barat, beliau lebih dikenali sebagai Algazel dan banyak karyanya yang dikaji dan diterjemahkan semasa kebangkitan dunia Barat. Beliau diangkat menjadi tokoh pemikir Islam serta dianggap sebagai mujaddid pada zamannya. Beliau telah mengembara banyak tempat untuk mencari ilmu dan antara gurunya ialah Imam al-Haramain. Beliau merupakan antara orang alim bagi Mazhab Syafie (mazhab yang diikuti orang Islam di Malaysia).

Pada tahun 488 hijrah, beliau mengerjakan haji di Mekah. Setelah itu, Imam Al-Ghazali berkunjung ke Baitul Maqdis dan kemudiannya menetap di Masjid Umawi, Damsyik. Dalam masjid tersebut, terdapat sebuah sudut belajar dan di situlah bermulanya detik bersejarah di mana beliau memulakan penulisan kitab Ihya' 'Ulumuddin yang terkenal sehingga kini. 

Mengikut sejarah, beliau telah menulis kira-kira 200 buah kitab namun yang masih kekal ke hari ini hanyalah lebih kurang 50 buah sahaja. Antaranya ialah:

a) Ihya' 'Ulumuddin
b) Mizan al-Amal
c) Minhaj al-'Abidin
d) Bidayah al-Hidayah


Nota: Sebagai umat Islam, kita perlu mencari ilmu yang bermanfaat dan lebih bermakna jika disampaikan kepada oramg lain. Usaha untuk mencari ilmu dikira sebagai salah satu cabang jihad. InsyaAllah..



2 comments:

  1. bnyak gila dia tulis , kalau aku ntah lah ~

    ReplyDelete
  2. ilmuan Islam dulu..diorang bijak sebab menghafaz Al-Quran..bila otak dilatih menghafal so daya ingatan makin kuat..nntikan entri akan datang..KELEBIHAN MENGHAFAZ AL-QURAN..=)

    ReplyDelete

Terima kasih daun keladi,
Datang sini, komen le lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...