Carian

Thursday, October 18, 2012

Orang Inggeris Pertama Memeluk Islam


Assalamualaikum w.b.t

Entri kali ini akan membawa kita mengenali seorang lelaki yang merupakan orang Inggeris pertama yang memeluk Islam.

Moga roh arwah ditempatkan dalam golongan orang yang beriman

Perjalanan masuk agama Islam di Britain sejak beberapa abad silam dan kisah William Henry Quilliam sebagai orang Inggeris pertama yang menjadi muslim ditayangkan stesen televisyen BBC London.

Tayangan selama dua jam dalam dua siri yang bertajuk "Great British Islam" itu sempena menyambut bulan suci Ramadan 1433 Hijriah tahun 2012 yang lalu oleh umat Islam di Britain, mula dilaksanakan Jumaat, di musim panas bermula pukul 2.30 pagi hingga saat Maghrib sekitar pukul 09.05 waktu setempat.


William Henry Quilliam menurut laman Wikipedia adalah lelaki kelahiran Liverpool, 10 April 1856 yang berasal dari keluarga kaya raya.

Ayahnya, Robert Quilliam, adalah seorang pembuat jam. Sejak kecil William sudah mendapatkan pendidikan yang mencukupi, dan oleh kedua-dua orang tuanya disekolahkan di Liverpool Institute dan King William s College.

Pada kedua-dua institusi pendidikan ini, beliau mempelajari bidang undang-undang dan pada tahun 1878, William memulakan kerjayanya sebagai seorang peguam.

William dibesarkan sebagai seorang Kristian. Agama Islam baru dikenalinya ketika beliau mengunjungi wilayah Perancis selatan pada 1882. Sejak saat itu, beliau mula mempelajari dan mendalami mengenai Islam dan ajarannya. Ketertarikannya terhadap Islam semakin bertambah apabila beliau berkunjung ke Algeria dan Tunisia.

Sekembalinya dari melawat Maghribi, William merealisasikan keinginannya untuk berpindah keyakinan kepada agama Islam. Setelah memeluk Islam, ia menukar namanya menjadi Abdullah Quilliam. Setelah menggunakan nama baru ini, William hebat mempromosikan ajaran Islam kepada masyarakat Liverpool.

Untuk menyokong syiar Islam di bandar tempat kelahiran The Beatles itu, William mendirikan institusi bagi mereka yang ingin mengetahui dan belajar tentang Islam.

Pada 1889, beliau telah mendirikan Liverpool Muslim Institute. Tidak hanya setakat menjadi pusat maklumat Islam,  Abdullah kemudian memfungsikan bangunan Liverpool Muslim Institute menjadi tempat beribadah bagi komuniti Muslim Liverpool. Bangunan itu mampu menampung sekitar 100 orang jemaah.

Pendirian masjid ini kemudian diikuti oleh penubuhan sebuah universiti Islam di Bandar Liverpool  dan sebuah pusat asuhan bernama Madina House.


NOTA: orang Islam di Malaysia macam mana? Kalau kita tunjukkan akhlak yang baik tak mustahil orang bukan Islam akan tertarik kepada agama yang suci ini. Tiga hari yang lepas aku ada ikut satu program bersama seorang muallaf yang berbicara mengenai detik-detik awal dia memeluk Islam. Seorang wanita bangsa Cina yang pada mulanya merupakan orang yang berada. Pelbagai cabaran ditempuhi beliau termasuklah diusir oleh keluarga kandung sendiri dan suami..Alhamdulillah, ada yang membantu namun berapa ramai daripada kita yang prihatin terhadap saudara/saudari baru seperti beliau di luar sana?? Fikirkanlah....





2 comments:

Terima kasih daun keladi,
Datang sini, komen le lagi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...