Carian
Wednesday, October 17, 2012
Azraai Khor Pengurus Baru Perak
TEKA-TEKI siapa yang menjadi ketua jurulatih skuad Liga Super Perak terjawab dengan pelantikan jurulatih berwibawa, Mohd Azraai Khor Abdullah bagi mengendali persiapan skuad Seladang bagi menghadapi kempen musim 2013.
Bekas pemain kebangsaan kelahiran Kedah itu yang menjulang nama negeri asalnya serta Negeri Sembilan memeterai ikatan selama dua musim dengan pasukan barunya itu. Presiden Pafa, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin yang mengesahkan pelantikan itu berkata, Azraai yang masih mempunyai kontrak dengan Negeri Sembilan hingga hujung bulan depan akan menyertai Perak selepas menguruskan pelepasannya daripada Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS).
“Azraai akan bertanggungjawab secara tidak langsung terhadap perjalanan pasukan lain iaitu Piala Presiden dan Belia,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif pertama Pafa di pejabat persatuan itu malam kelmarin.
Menurutnya, Azraai akan dibantu dua penolong jurulatih iaitu Chong Yee Fatt dan Syamsol Saad. Sementara itu, Timbalan Presiden, Khairul Azwan Harun dilantik semula sebagai pengurus pasukan Liga Super manakala Isham Shahruddin selaku penolong pengurus.
Rizal Ali Naizali dilantik pengurus Piala Presiden manakala Zainal Anuar Abdul Rashid pengurus pasukan belia.
sumber: myMetro
NOTA: Harap sangat Perak makin mantap tahun depan. Kejor yob kejor
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Terima kasih daun keladi,
Datang sini, komen le lagi